Wednesday, April 4, 2012

cinta hati cinta jiwa

dia mungkin tidak punya harta berjuta
tapi aku tak penah kebulur lapar dahaga
bersungguh sanggup susah payah
nak bagi aku makan yang sedap-sedap saja

dia mungkin bukan imam masjid mana-mana
jauh sekali baca Al-Quran macam qari negara
tapi cukup indah bila dapat berjemaah dengannya
cukup syahdu dengar dia bacakan yasin untuk aku dan anak

dia mungkin bukan lelaki kacak idaman wanita dunia
tapi tak penah sesekali dia menghina aku yang tak seberapa
lembut biacaranya, lembut lagi hatinya
wajah yang aku selalu rindu setiap masa

dia mungkin bukan lelaki macho gagah perkasa
tapi tidak sesekali dia biarkan aku sendirian buat kerja

ya Allah
aku hamba yang hina
tak mungkn cukup aku bersyukur dengan anugerah yang Kau berikan
lelaki terbaik sebagai suami ku
aku mohon bahagiakanlah dan kekalkanlah jodoh kami sampai ke syurga
bimbinglah kami ke jalan yang diredhai

suami ku
terima kasih cinta
terima kasih atas segalanya



Tuesday, April 3, 2012