Tuesday, August 16, 2011

soalan standard

yes, i know i live in a very caring society. but honestly saya rasa tak berapa setuju bila soalan2 yang 'terlalu mengambil berat' diutarakan. tambah2 kepada orang yang tak memerlukan. tapi macam mana nak tau kan. huhu..

soalan-soalan yang tak membantu dan tak pernah tamat.

bila nak kawin?
dah pregnant blom?
bila nak ada anak?
plan ke? kenapa?
bila nak tambah anak lagi?

alhamdulillah~ mungkin sebab aku ada jawapan yang mampu memuaskan hati si penanya, aku selamat. tapi macam mana those yang masih terkapai-kapai sendiri mencari jawapan. i've been through that. sakit dalam jiwa dengan soalan-soalan tu hanya Allah yang tahu.

but still, aku suka kalau yang bertanya tu those yang close. dengan gembiranya aku akan bercerita. tapi kalo yang so-so, aku rasa awkward. kadang2 nak je tanya, kenapa? tapi dalam hati je lah keluar. tapi yang close pulak kebanyakannya x bertanya banyak sbb diorg tau aku akan bgtau dulu sebelum diorg berteka-teki. aku pon bukan jenis reti berahsia2 sangat.

tu aku. how about those yg masih mencari cebisan tulang rusuknya? yang masih mencari asal tulang belakangnya? yang berharap sangat ada si kecil penceria keluarga? hati luluh kot kalo asik dihujani soalan2 macam tu. lain lah kalau si penanya ada cara penyelesaiannya. lagi hangin kalo si penanya bertukar jadi si penceramah free. jangan nak memilih sangat lah. jangan nak rancang sangat lah. ewaah2..ko nak tolong jaga ke apa ni? (eh emo pulak tiba2..hihi.)

tatau nak tanya. syok-syok ja tanya. saja buat ramah mesra. beribu soalan lain kot ko boleh tanya. tah la..mungkin bg orang lain tak ada apa-apa kot. dan...aku sendiri pun penah ja tanya soalan-soalan standard ni. dah jadi budaya. huhuhu..apa raa..

so this is a self-reminder. thank you.