Wednesday, January 12, 2011

dalam hati ada dinding

saya bayangkan dalam hati kita ni ada dinding. dinding ni adalah satu halangan yang hanya dibina dalam diri sendiri. ada orang rempuh saja dinding itu sampai pecah. badan pasti sakit merempuh tadi. tapi lepas. ada pula orang panjat dinding tu terjun ke sebelah sana. susah nak panjat tu, sebab tu ada yang tergelincir balik. ada yang lompat nak pajat tak sampai-sampai. ada yang penat berusaha berkurun lama, akhirnya berjaya. janji lepas. ada yang tunggu saja. mungkin harap2 ada magis wujud pintu di antara dinding itu. tunggu saja lah. entah sampai bila.

bukan satu dinding saja. banyak. tapi kalau dah berjaya lepas yang satu, yang lain boleh buat penambahbaikkan. cara dan masa dipermudahkan. ada juga yang dapat bantuan. dihulurkan tali untuk dipanjat. nak tolong dirempuhkan, tak ramai yang sanggup. jadi hulur tali pun dah cukup bagus kan. terpulang pula pada diri kita, nak sambut atau tidak. nak sambut, terus panjat. tak sambut, panjat sendiri. tak sambut tak panjat. hidup ini terus, atas dasar pilihan.

pilih lah sendiri.

1 comment: