Wednesday, January 19, 2011

all i have to do

aku mengalami kecelaruan tindakan bertentangan niat. bukan masalah tidak mahu buat. tetapi tidak boleh buat. hidup aku yang konon-kononnya independent sangat ni, tak lah independent mana pun. kalau setakat naik turun bas dari kl -kedah - kl 9 tahun tak ada apa pun kot. kalau setakat drive johor-kedah-johor sorang2 lalu highway je pon. abis-abis benti bayar tol n isi minyak. kalau setakat pegi jb sorang2 terkial2 cari jalan utk cari barang, bukannya tak ada signbod. selain tu, sangatlah bergantung harap sana sini.

umur dah nak tukar pangkal depan masih lagi menangis homesick kadang-kadang sorang-sorang sambil peluk bantal. datang angin kus-kus masih lagi mengalami ketidak stabilan emosi sana sini. planning punya planning masih lagi tanya orang untuk yakinkan keputusan. aku sanggup tak makan daripada kena makan sorang2 kat kedai makan.

selama aku hidup ini ramai juga manusia yang tolong aku terus hidup. serius ramai. sedaya upaya aku cuba ingat segala jasa setiap yang pernah hadir dalam hidup aku. walau sekelumit mana pun. walaupun dia sendiri tak sedar. sedaya upaya aku cuba ingat supaya aku bersyukur aku bukan lah seorang dalam dunia. supaya aku sedar aku bukanlah hebat. supaya aku hargai dia. supaya aku hormati dia.

aku ingat dia penah tolong study aku. aku ingat dia tolong ceritakan pasal bekas kekasih dulu yang dah berubah hati. aku ingat dia penah bawak motor dalam hujan nak bawak aku. aku ingat setiap kata mereka masa jatuh aku dulu. aku ingat dia datang dari fakulti ambil aku utk pegi kelas. aku ingat dia yang bawa aku pegi klinik masa aku sakit. aku ingat dia yang selalu bawa aku jalan-jalan. dia yang selalu bagi hadiah. dia dia dia dia mereka mereka mereka...

dia bukan seorang.

aku tak mungkin dapat balas jasa-jasa yang bergunung-ganang tu. kalau ada peluang aku cuba. memang kalau boleh aku nak sangat. sangat-sangat. sampai aku jadi reckless memikirkan bagaimana dan bila.

dan aku lega..

all i to do is

berdoa yang terbaik untuk setiap mereka.

is there any better way?

:)

terima kasih Allah. kerana aku masih ada peluang itu.

terima kasih kamu-kamu.


No comments: