Wednesday, January 26, 2011

dugaan kah?

kadang-kadang susah nak beza kan, ini dugaan yang menguji kekuatan diri atau petunjuk untuk kita. atau kadang-kadang dalam hati yang paling dalam kita tahu itu petunjuk. cuma kita yang suka menafikan. konon-konon nak jadi angel. konon-konon nak jadi super hero.


Wednesday, January 19, 2011

all i have to do

aku mengalami kecelaruan tindakan bertentangan niat. bukan masalah tidak mahu buat. tetapi tidak boleh buat. hidup aku yang konon-kononnya independent sangat ni, tak lah independent mana pun. kalau setakat naik turun bas dari kl -kedah - kl 9 tahun tak ada apa pun kot. kalau setakat drive johor-kedah-johor sorang2 lalu highway je pon. abis-abis benti bayar tol n isi minyak. kalau setakat pegi jb sorang2 terkial2 cari jalan utk cari barang, bukannya tak ada signbod. selain tu, sangatlah bergantung harap sana sini.

umur dah nak tukar pangkal depan masih lagi menangis homesick kadang-kadang sorang-sorang sambil peluk bantal. datang angin kus-kus masih lagi mengalami ketidak stabilan emosi sana sini. planning punya planning masih lagi tanya orang untuk yakinkan keputusan. aku sanggup tak makan daripada kena makan sorang2 kat kedai makan.

selama aku hidup ini ramai juga manusia yang tolong aku terus hidup. serius ramai. sedaya upaya aku cuba ingat segala jasa setiap yang pernah hadir dalam hidup aku. walau sekelumit mana pun. walaupun dia sendiri tak sedar. sedaya upaya aku cuba ingat supaya aku bersyukur aku bukan lah seorang dalam dunia. supaya aku sedar aku bukanlah hebat. supaya aku hargai dia. supaya aku hormati dia.

aku ingat dia penah tolong study aku. aku ingat dia tolong ceritakan pasal bekas kekasih dulu yang dah berubah hati. aku ingat dia penah bawak motor dalam hujan nak bawak aku. aku ingat setiap kata mereka masa jatuh aku dulu. aku ingat dia datang dari fakulti ambil aku utk pegi kelas. aku ingat dia yang bawa aku pegi klinik masa aku sakit. aku ingat dia yang selalu bawa aku jalan-jalan. dia yang selalu bagi hadiah. dia dia dia dia mereka mereka mereka...

dia bukan seorang.

aku tak mungkin dapat balas jasa-jasa yang bergunung-ganang tu. kalau ada peluang aku cuba. memang kalau boleh aku nak sangat. sangat-sangat. sampai aku jadi reckless memikirkan bagaimana dan bila.

dan aku lega..

all i to do is

berdoa yang terbaik untuk setiap mereka.

is there any better way?

:)

terima kasih Allah. kerana aku masih ada peluang itu.

terima kasih kamu-kamu.


Wednesday, January 12, 2011

dalam hati ada dinding

saya bayangkan dalam hati kita ni ada dinding. dinding ni adalah satu halangan yang hanya dibina dalam diri sendiri. ada orang rempuh saja dinding itu sampai pecah. badan pasti sakit merempuh tadi. tapi lepas. ada pula orang panjat dinding tu terjun ke sebelah sana. susah nak panjat tu, sebab tu ada yang tergelincir balik. ada yang lompat nak pajat tak sampai-sampai. ada yang penat berusaha berkurun lama, akhirnya berjaya. janji lepas. ada yang tunggu saja. mungkin harap2 ada magis wujud pintu di antara dinding itu. tunggu saja lah. entah sampai bila.

bukan satu dinding saja. banyak. tapi kalau dah berjaya lepas yang satu, yang lain boleh buat penambahbaikkan. cara dan masa dipermudahkan. ada juga yang dapat bantuan. dihulurkan tali untuk dipanjat. nak tolong dirempuhkan, tak ramai yang sanggup. jadi hulur tali pun dah cukup bagus kan. terpulang pula pada diri kita, nak sambut atau tidak. nak sambut, terus panjat. tak sambut, panjat sendiri. tak sambut tak panjat. hidup ini terus, atas dasar pilihan.

pilih lah sendiri.

Tuesday, January 4, 2011

buat baik berpada-pada

aku tak tahu samada aku salah perhitungan atau apa
aku pernah dengar orang cakap, Nabi tak pernah cakap buat baik berpada-pada, tapi Nabi pesan buat baik bersungguh-sungguh.
tak kisah lah orang nak balas macam mana.
itu aku pegang.

tapi mungkin yang aku sangkakan 'berbuat baik' tu tak kena kot
ada orang tak suka. maka tak jadi lah baiknya.

ok.
selagi confirm bukan jahat.
ignorance is also a choice of 'berbuat baik'.
aku senang. dia selesa.
win-win situation.