Friday, September 9, 2011

bangun pagi gosok gigi

kita bangun pagi-pagi niat nak pergi kerja atau nak solat subuh?

kalau hari tu niat nak pergi kerja awal, bangun la awal kan, jadi subuh pun awal waktu la jadinya. kalau nak pergi ontime je, maka jadi subuh pun jadi 'on-time' ja la.

kalau hari minggu, mengeliat sepuluh kali pun belum tentu bangun.
subuh di hujung2 tanduk. tu pun kalau bangun.
astaghfirullah~

subuh tu tuntutan wajib. kerja pun ibadah.

itu yang kerja pagi. kalau kerja petang atau malam?

Tuesday, August 16, 2011

soalan standard

yes, i know i live in a very caring society. but honestly saya rasa tak berapa setuju bila soalan2 yang 'terlalu mengambil berat' diutarakan. tambah2 kepada orang yang tak memerlukan. tapi macam mana nak tau kan. huhu..

soalan-soalan yang tak membantu dan tak pernah tamat.

bila nak kawin?
dah pregnant blom?
bila nak ada anak?
plan ke? kenapa?
bila nak tambah anak lagi?

alhamdulillah~ mungkin sebab aku ada jawapan yang mampu memuaskan hati si penanya, aku selamat. tapi macam mana those yang masih terkapai-kapai sendiri mencari jawapan. i've been through that. sakit dalam jiwa dengan soalan-soalan tu hanya Allah yang tahu.

but still, aku suka kalau yang bertanya tu those yang close. dengan gembiranya aku akan bercerita. tapi kalo yang so-so, aku rasa awkward. kadang2 nak je tanya, kenapa? tapi dalam hati je lah keluar. tapi yang close pulak kebanyakannya x bertanya banyak sbb diorg tau aku akan bgtau dulu sebelum diorg berteka-teki. aku pon bukan jenis reti berahsia2 sangat.

tu aku. how about those yg masih mencari cebisan tulang rusuknya? yang masih mencari asal tulang belakangnya? yang berharap sangat ada si kecil penceria keluarga? hati luluh kot kalo asik dihujani soalan2 macam tu. lain lah kalau si penanya ada cara penyelesaiannya. lagi hangin kalo si penanya bertukar jadi si penceramah free. jangan nak memilih sangat lah. jangan nak rancang sangat lah. ewaah2..ko nak tolong jaga ke apa ni? (eh emo pulak tiba2..hihi.)

tatau nak tanya. syok-syok ja tanya. saja buat ramah mesra. beribu soalan lain kot ko boleh tanya. tah la..mungkin bg orang lain tak ada apa-apa kot. dan...aku sendiri pun penah ja tanya soalan-soalan standard ni. dah jadi budaya. huhuhu..apa raa..

so this is a self-reminder. thank you.


Sunday, July 3, 2011

kiamat

malam tadi aku mimpi dunia kiamat.
macam perang pun ada.
tapi aku yakin masa tu kiamat.
takut ya rabbi..

tah macam mana umah aku kt atas.
bila masa tah aku ada umah kondo.
sedara mara ramai datang menumpang.
mama abah tak datang.

aku panik.
aku redah segala kemusnahan, letupan nak cari mama abah.
sambil nangis-nangis.

masa tu aku pikir,
biar lah kalau aku mati pun, dalam pelukan mereka.

suami, jauh.
tak tahu kat mana. mungkin tempat lain.
tapi aku anggap dia selamat masa tu.

kalau betul kiamat,
kat mana kedudukan iman aku masa tu?

kalau betul kiamat,
jauh di sini kah aku?
jauh dari suami dan keluarga.

kalau betul kiamat,
serius aku sangat takut.
sebab aku belum bersedia.
aku belum layak digelar umat Muhammad, hamba Allah.

astaghfirullah~

Tuesday, June 28, 2011

kekok

lama sangat tak berbahasa
lama juga tak berbicara
sampai hingga ketika ini
aku kekok

aku salahkan masa
aku salahkan kerja
tapi yang sebenarnya hati
jiwa yang berkata telah diam

diam daripada terus merasa
diam daripada terus berfikir dalam
kisah dulu memang mengajar
terlalu mengorek-ngorek perasaaan

syukur dan redha kononnya
padahal yang betulnya 'whateva'
izinkan aku mula semula
tu pun kalau aku punya idea

:)

Tuesday, June 21, 2011

barakallah~


alhamdulillah~

i am now a wife.
to the man whom i love so much.

barakallah~



it's been a very long silence here. pardon me please. i didn't stop blogging. i was there.

i was supposed to remain anonymously.
but being on the same track, i met a lots of new friends.
sharing is the key word there.

alhamdulillah~

ya Allah, i can't thank You enough.

it's a soothing feeling.

everything went well & beautiful.

Sunday, May 15, 2011

Sajak Guru O Guru - Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Selamat Hari Guru!

Terima kasih cikgu2 yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan harta benda demi masa depan ku.


Friday, April 29, 2011

saya baru tahu..

saya baru tahu yang negara kita pernah dijajah selama 446 tahun lamanya. mungkin saya pernah tahu, tetapi saya tak pernah perasan jumlahnya sehingga 446 tahun.

patut lah kita susah sangat nak bina negara KITA.

nasib baik kita ada lagi baju kurung, baju kebaya dan baju melayu kan.

susah nak kekalkan tu selama penjajahan tu.

:)

aku tak mahu lagi
bumi dipijak jadi milik orang


Wednesday, April 27, 2011

the vibes

a few of my friends asked me, is it me that u were talking about? referring those the previous post. i stunned. eh.. how on earth it's related to them?

it's referring to me.
self-talking.

or maybe also about you.

because we live with those vibes inside. alot.

lebih menggembirakan si negative vibes ni, kita melayan. malah menambah nasi dan lauk sesedap rasa untuk membahagiakan dia lagi. maka, hiduplah si dia dengan gembiranya di dalam kita. dan lebih teruk lagi, dia buat banglo mewah kat part paling penting, hati.


sehinggakan tak mampu lagi akal nak pujuk.

tahu mana datang negative vibes ni?
syaitan nirrajim.

dan
hati yang tak bersyukur.


lately, i seldom loose my temper. more than usual.
i didn't blow up, but i said it outloud without have a little thought of others' feeling.
too loud n honest sometimes.

yes, i was like that before. n i blame the tidakkematangan that time. but i'd changed alot.
and now it kinda came back.

never proud of it.

please forgive me.

Wednesday, April 13, 2011

stay away

dear negative vibes,

please stay away.

i'd said enough.

let me live to the fullest.

yes, i have everything, n everyone with me.
because i say so. because i think so.
because they are really there.

yes, u have nothing, no one.
keep saying it.
your wish will be granted soon.

words are prays, remember?

don't you ever feel that you have Allah with you?
don't you trust Allah?

don't just say yes. feel it!

Monday, April 11, 2011

man and woman

when a guy friend said
'ko lain.. ko dah macam adik beradik laki aku..'

hahaha..
i felt flattered. (dan kelaka)

sincerity of a friendship. between man-woman.

well,
this is not the first time.

Sunday, April 10, 2011

it's just, me.

i am not.
i was never.
i tried to.
i am still trying.

i just don't know what went wrong.
i just don't know how.
maybe it's just me.

i don't feel bad.
i feel damn sux.

i don't deserve any of this.
none of it.

will i still have the chance?
how?
guide me.

Thursday, April 7, 2011

i do

i miss being here..

i really do..

i'll be back soon.

insyaAllah.

Wednesday, February 16, 2011

Monday, February 14, 2011

i want to remember this day forever

i really don't know what's gonna happen later. do we still standing n holding as strong as today? or maybe getting stronger? or maybe we might just a different entity who live with only the memories? i just don't know. we just don't know. but i always want to remember that day. i want to keep the feeling. it was the best one! it's even better than any other day. it's better than my graduation day, and my engagement day. this entry to recall and to keep the feelings..

we didn't wear any marvelous dress that day. we didn't go to any expensive place. we didn't do anything special on that day. we just be there, together. happy.

maybe it just me. who had this feeling.

all of us were there, together. we were having a good time. oh not good, but GREAT.

tak cukup aku bersyukur untuk hari itu.
terlalu indah.

terima kasih Allah.

now they know why.

lucky i am. to meet this beautiful family. to be in the family.

no such word to describe how beautiful they are..

terima kasih mama.
terima kasih abah.
terima kasih mama.
terima kasih baba.
terima kasih kaklong.
terima kasih along.
terima kasih angah.
terima kasih kakngah.
terima kasih kakyang.
terima kasih pejal.
terima kasih abgchik.
terima kasih adik.
terima kasih anak-anak.
terima kasih chenta.

i love each and everyone of you, more than you know.


abah's 60th birthday celebration


counting..

:)

alhamdulillah


terima kasih ya Allah.

terima kasih.



Monday, February 7, 2011

tak malu tapi mahu

walaupun tak suka, jangan lah mencemuh. kita bangsa ada adab. kalau pun tak mahu berterima kasih. diam sudah. sebagai ingatan untuk diri sendiri.

Wednesday, January 26, 2011

dugaan kah?

kadang-kadang susah nak beza kan, ini dugaan yang menguji kekuatan diri atau petunjuk untuk kita. atau kadang-kadang dalam hati yang paling dalam kita tahu itu petunjuk. cuma kita yang suka menafikan. konon-konon nak jadi angel. konon-konon nak jadi super hero.


Wednesday, January 19, 2011

all i have to do

aku mengalami kecelaruan tindakan bertentangan niat. bukan masalah tidak mahu buat. tetapi tidak boleh buat. hidup aku yang konon-kononnya independent sangat ni, tak lah independent mana pun. kalau setakat naik turun bas dari kl -kedah - kl 9 tahun tak ada apa pun kot. kalau setakat drive johor-kedah-johor sorang2 lalu highway je pon. abis-abis benti bayar tol n isi minyak. kalau setakat pegi jb sorang2 terkial2 cari jalan utk cari barang, bukannya tak ada signbod. selain tu, sangatlah bergantung harap sana sini.

umur dah nak tukar pangkal depan masih lagi menangis homesick kadang-kadang sorang-sorang sambil peluk bantal. datang angin kus-kus masih lagi mengalami ketidak stabilan emosi sana sini. planning punya planning masih lagi tanya orang untuk yakinkan keputusan. aku sanggup tak makan daripada kena makan sorang2 kat kedai makan.

selama aku hidup ini ramai juga manusia yang tolong aku terus hidup. serius ramai. sedaya upaya aku cuba ingat segala jasa setiap yang pernah hadir dalam hidup aku. walau sekelumit mana pun. walaupun dia sendiri tak sedar. sedaya upaya aku cuba ingat supaya aku bersyukur aku bukan lah seorang dalam dunia. supaya aku sedar aku bukanlah hebat. supaya aku hargai dia. supaya aku hormati dia.

aku ingat dia penah tolong study aku. aku ingat dia tolong ceritakan pasal bekas kekasih dulu yang dah berubah hati. aku ingat dia penah bawak motor dalam hujan nak bawak aku. aku ingat setiap kata mereka masa jatuh aku dulu. aku ingat dia datang dari fakulti ambil aku utk pegi kelas. aku ingat dia yang bawa aku pegi klinik masa aku sakit. aku ingat dia yang selalu bawa aku jalan-jalan. dia yang selalu bagi hadiah. dia dia dia dia mereka mereka mereka...

dia bukan seorang.

aku tak mungkin dapat balas jasa-jasa yang bergunung-ganang tu. kalau ada peluang aku cuba. memang kalau boleh aku nak sangat. sangat-sangat. sampai aku jadi reckless memikirkan bagaimana dan bila.

dan aku lega..

all i to do is

berdoa yang terbaik untuk setiap mereka.

is there any better way?

:)

terima kasih Allah. kerana aku masih ada peluang itu.

terima kasih kamu-kamu.


Wednesday, January 12, 2011

dalam hati ada dinding

saya bayangkan dalam hati kita ni ada dinding. dinding ni adalah satu halangan yang hanya dibina dalam diri sendiri. ada orang rempuh saja dinding itu sampai pecah. badan pasti sakit merempuh tadi. tapi lepas. ada pula orang panjat dinding tu terjun ke sebelah sana. susah nak panjat tu, sebab tu ada yang tergelincir balik. ada yang lompat nak pajat tak sampai-sampai. ada yang penat berusaha berkurun lama, akhirnya berjaya. janji lepas. ada yang tunggu saja. mungkin harap2 ada magis wujud pintu di antara dinding itu. tunggu saja lah. entah sampai bila.

bukan satu dinding saja. banyak. tapi kalau dah berjaya lepas yang satu, yang lain boleh buat penambahbaikkan. cara dan masa dipermudahkan. ada juga yang dapat bantuan. dihulurkan tali untuk dipanjat. nak tolong dirempuhkan, tak ramai yang sanggup. jadi hulur tali pun dah cukup bagus kan. terpulang pula pada diri kita, nak sambut atau tidak. nak sambut, terus panjat. tak sambut, panjat sendiri. tak sambut tak panjat. hidup ini terus, atas dasar pilihan.

pilih lah sendiri.

Tuesday, January 4, 2011

buat baik berpada-pada

aku tak tahu samada aku salah perhitungan atau apa
aku pernah dengar orang cakap, Nabi tak pernah cakap buat baik berpada-pada, tapi Nabi pesan buat baik bersungguh-sungguh.
tak kisah lah orang nak balas macam mana.
itu aku pegang.

tapi mungkin yang aku sangkakan 'berbuat baik' tu tak kena kot
ada orang tak suka. maka tak jadi lah baiknya.

ok.
selagi confirm bukan jahat.
ignorance is also a choice of 'berbuat baik'.
aku senang. dia selesa.
win-win situation.