Wednesday, September 1, 2010

a lesson taught by them II


sudah 8 bulan aku sebagai seorang guru. aku bersyukur aku mengikut gerak hati aku setelah istikharah beberapa kali. aku bersyukur aku bertekad berhenti kerja dan berjudi nasib tanpa sebarang sumber kewangan dan pulang ke kedah suatu ketika itu. aku bersyukur aku memilih kerjaya yang terlalu berat amanahnya ini. aku bersyukur aku ditempatkan di sini, walaupun sungguh terasa kejauhan daripada keluarga dan kawan-kawan. tapi kerana aku di sini, aku belajar erti kehidupan jauh dari yang tersayang, aku punyai peluang untuk menyimpan, aku temui sesuatu yang aku sangat hargai. pengalaman bersama anak-anak yang terlalu baik, mendengar cakap, hormat, kawan-kawan sekerja yang mahu berkongsi ilmu dengan aku yang terlalu jahil ilmu sebagai guru ini. yang membuatkan aku jatuh cinta dengan kerjaya ini.

hari ini, aku meminta pertolongan seorang murid tahun 6 membawa barang aku ke kereta, kerana aku sudah tak cukup tangan dengan barang-barang lain. dari jauh dia berlari-lari datang tolong aku mengangkat barang. kawan-kawan yang lain pun datang berebut nak tolong bawa juga. akhirnya, aku berlenggang bawa handbag saja. itu bukan peristiwa kali pertama. entah kali ke berapa ratusnya. bukan hanya kepada aku, tetapi mana-mana guru pun. lebih baik keadaannya jika mereka sendiri datang menawarkan diri. sungguh mereka tidak mengharapkan sebarang balasan pun. sungguh cukup seronok dapat tolong cikgu. cuma kalau ada rezeki mereka, ada lah gula-gula seorang satu, kalau lebih sikit ada lah air, lebih lagi nasi ayam. kalau lah aku boleh gambarkan betapa gembiranya mereka kalau dapat habuan tak terjangka itu. memang bak kata iklan citibank, priceless. hanya Allah sahaja yang tahu.

hari ini baru aku terfikir tentang semua ini. betapa mulianya hati mereka. dalam masa kita 'mematangkan' diri, sejauh mana sebenarnya kita lebih baik dan 'matang' daripada mereka ini? aku mengaku, aku sendiri kalau boleh mahu mengelakkan daripada kena 'tolong' buat kerja. kalau buat pun, mungkin kerana tanggungjawab atau simpati atau tak sampai hati. bila masa sebenarnya yang aku seronok untuk tolong buat kerja? ada. memang ada. tetapi aku rasa semakin 'dewasa' ini semakin kurang keseronokannya. ada lah beberapa kerja sahaja yang ada rasa seronoknya itu.

ada juga antara kita terlalu berkira. berkira tenaga. berkira masa. berkira wang ringgit. semuanya ada harga. di mana pula letaknya harga diri? benarkah kita sudah merdeka?

hari ini aku belajar, untuk cari rasa itu semula. dalam setiap apa jua yang aku lakukan.

Sedarlah rezekimu dan jodohmu tidak akan dimakan & diambil orang lain,maka hatimu tenteram. Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya. Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya. Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jgn diizin ia terikat dihati. Sedarlah tiada yg lepas dari penglihatan Allah, maka Malulah kepadaNya sentiasa. - source Ustaz Zaharuddin.net (edited by me)


No comments: