Saturday, September 11, 2010

usah

tolong..
aku rayu semua pergi dari sini. yang ini bukan untuk kamu.

Tuhan yang Maha Mengetahui
Tuhan yang Maha Mengampuni
Aku sujud ampuni aku kerana aku luahkan rasa ini...

sumpah. aku kasih sepenuh jiwa.
entah kenapa ada segumpal unfinished business dalam hati ini.
sekiannya meronta.

kalau setiap nikmat dunia, dikhabar-khabarkan ke 800 juta kali nya.
bukan mahu bersyukur pun ceritanya. pinta dipuji-puji dan dibangga!
kalau setiap mahunya perlu ditunduk patuh segalanya,
semua ada hadnya. bukan maharaja, wajib disembah kakinya,
come on lah, raja pun tahu juga tolak ansur dalam hidupnya.
pantang ditegur, melantun macam orang gila, wah kalau dia..
pedih sakit orang lain dia peduli apa. janji puas hati boleh lepas rasa.
dunia ini bukan pasal kau saja.
semua orang tak kena. kau pun jarang-jarang ada betulnya.
angin monsun pun ada musim. angin kepala kau macam puting beliung.
boleh sasau orang sekeliling.
caci, maki, kutuk, hina mungkin macam santapan rohani.
keluarga sendiri geli. orang luar konon-konon baik hati.
sampai masa kau bosan, macam-macam kau maki.

Tuhan..
mungkin aku terlupa untuk berdoa hari-hari.
dia bukan keji. cuma mungkin perlu hati yang lain.
terima kasih kerana dia punya lagi hati yang paling sabar
untuk ada dengan dia.

mungkin aku juga perlu hati yang lain..
aku tak mahu rasa yang tak best ini.

aku mohon usah ditanya dia siapa kali ini.
bukan yang ni.

Thursday, September 9, 2010

aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri

aku mintak maaf sangat2 atas semua salah silap aku selama ni.

aku tau aku banyak salah. yang aku sedar atau tak sedar.
meluah rasa kadang-kadang tak fikir dahulu. dah lepas. nyesal.

selalu tengok orang wish camni.."aku mintak maaf kalau ada silap bla bla bla.."
"kalau"? kau buat salah kena orang lain fikirkan ke? satu hal pula orang tu tiba-tiba kena fikir apa salah mangkuk ni kat aku ye..huhu.. kalau dah nak minta maaf, tak payah lah nak kalau2 lagi. manusia ni pelupa. memang selalu buat salah. sengaja atau tidak. kalau ingat sebut ja satu-satu salah tu. kalau tak ingat..anggap ja ada salah.

semoga kita saling memaafkan.
kita bukan dewa pun nak agung sangat, tak nak memaafkan.

sekali lagi, saya minta maaf ya.
=)


Wednesday, September 1, 2010

a lesson taught by them II


sudah 8 bulan aku sebagai seorang guru. aku bersyukur aku mengikut gerak hati aku setelah istikharah beberapa kali. aku bersyukur aku bertekad berhenti kerja dan berjudi nasib tanpa sebarang sumber kewangan dan pulang ke kedah suatu ketika itu. aku bersyukur aku memilih kerjaya yang terlalu berat amanahnya ini. aku bersyukur aku ditempatkan di sini, walaupun sungguh terasa kejauhan daripada keluarga dan kawan-kawan. tapi kerana aku di sini, aku belajar erti kehidupan jauh dari yang tersayang, aku punyai peluang untuk menyimpan, aku temui sesuatu yang aku sangat hargai. pengalaman bersama anak-anak yang terlalu baik, mendengar cakap, hormat, kawan-kawan sekerja yang mahu berkongsi ilmu dengan aku yang terlalu jahil ilmu sebagai guru ini. yang membuatkan aku jatuh cinta dengan kerjaya ini.

hari ini, aku meminta pertolongan seorang murid tahun 6 membawa barang aku ke kereta, kerana aku sudah tak cukup tangan dengan barang-barang lain. dari jauh dia berlari-lari datang tolong aku mengangkat barang. kawan-kawan yang lain pun datang berebut nak tolong bawa juga. akhirnya, aku berlenggang bawa handbag saja. itu bukan peristiwa kali pertama. entah kali ke berapa ratusnya. bukan hanya kepada aku, tetapi mana-mana guru pun. lebih baik keadaannya jika mereka sendiri datang menawarkan diri. sungguh mereka tidak mengharapkan sebarang balasan pun. sungguh cukup seronok dapat tolong cikgu. cuma kalau ada rezeki mereka, ada lah gula-gula seorang satu, kalau lebih sikit ada lah air, lebih lagi nasi ayam. kalau lah aku boleh gambarkan betapa gembiranya mereka kalau dapat habuan tak terjangka itu. memang bak kata iklan citibank, priceless. hanya Allah sahaja yang tahu.

hari ini baru aku terfikir tentang semua ini. betapa mulianya hati mereka. dalam masa kita 'mematangkan' diri, sejauh mana sebenarnya kita lebih baik dan 'matang' daripada mereka ini? aku mengaku, aku sendiri kalau boleh mahu mengelakkan daripada kena 'tolong' buat kerja. kalau buat pun, mungkin kerana tanggungjawab atau simpati atau tak sampai hati. bila masa sebenarnya yang aku seronok untuk tolong buat kerja? ada. memang ada. tetapi aku rasa semakin 'dewasa' ini semakin kurang keseronokannya. ada lah beberapa kerja sahaja yang ada rasa seronoknya itu.

ada juga antara kita terlalu berkira. berkira tenaga. berkira masa. berkira wang ringgit. semuanya ada harga. di mana pula letaknya harga diri? benarkah kita sudah merdeka?

hari ini aku belajar, untuk cari rasa itu semula. dalam setiap apa jua yang aku lakukan.

Sedarlah rezekimu dan jodohmu tidak akan dimakan & diambil orang lain,maka hatimu tenteram. Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya. Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya. Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jgn diizin ia terikat dihati. Sedarlah tiada yg lepas dari penglihatan Allah, maka Malulah kepadaNya sentiasa. - source Ustaz Zaharuddin.net (edited by me)