Friday, August 20, 2010

tangguh

Allah tu Maha Adil. ingat tu. kalau hari ini kita menangguh solat, mungkin esok Allah menangguh rezeki Nya kepada kita. kalau hari ini kita menangguh memohon maaf, mungkin sebentar lagi Allah menangguh bahagia yang sepatutnya milik kita. adil kan. kalau hari ini kita berkira sangat dalam berbelanja, mungkin esok lusa tayar pancit, mahu tak mahu kena keluar duit ke situ pula. Allah boleh ambil dari macam-macam cara. Allah juga boleh bagi dari macam-macam cara. bila-bila masa. jangan ego kalau mahu berubah. gah sangat kah dengan ego mu itu? macam lah orang peduli. tercuit sangat kalau ditegur sedikit. kata hati kental. tapi mungkin topeng semata. lembik barangkali nya.

alasan.

memang betul pepatah melayu, mahu seribu daya, tidak mahu seribu alasan.

ada orang, entah di celah mana, mati ditikam pun tak mengapa, demi ibadah kepadaNya. ada orang, badan sihat, makan cukup, kerja elok, banyak pula bunyinya.

ya Allah, tolong lah. berikanlah aku petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi aku mati dalam Islam, demi aku hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhanku.

ya Allah, tolong lah. berikanlah dia petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi dia mati dalam Islam, demi dia hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.

ya Allah, tolong lah. berikanlah kami petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi kami mati dalam Islam, demi kami hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.


1 comment:

MiszJamal said...

Manusia kadang tidak bersyukur.. selalu merasa rezeki itu sedikit tapi kekadang tak sedar yang sekiranya bersyukur kpd Allah.. wlupn sesempit mana pun, hati tetap gembira dan bahagia, itu yang paling utama.. Moga Allah jadikan kita hamba yg bersyukur....