Saturday, August 28, 2010

soalan yang sama

saya bukan seorang yang baik-baik sangat. bukan setakat hati, mulut kadang-kadang tak terjaga. selalu juga sebenarnya. kadang-kadang sengaja kadang-kadang terlepas tanpa kawal. leka. salah sendiri. di sini saya bukan menegur. tapi mahu mengingatkan. sebab utama, saya sendiri pernah melakukannya. selalu. kalau bukan semua, satu dua cukup bermakna, kalau terkesan.

jika ditanyakan, "apa cerita sekarang?" dalam kurang dari sesaat pun, setiap pemikiran kita hanya berfikirkan tentang hubungan istimewa kita dengan seseorang daripada kaum bertentangan jenisnya. senang cakap, partner, isteri atau suami, kekasih, dan sewaktu dengannya. kalau yang berpunya, diceritakan perkembangan terbaru (yang masih berkaitan dengan pasangannya). kalau belum ditemukan pelengkap hatinya, dan dan tu jugak lah akan terus sedikit down, dan membalas dengan ala kadar.

"sama la, camtu jugak.." memang itu pun jawapan standard aku.

sebenarnya, memang itu kah maksud soalan itu?

sehingga kan sekarang kalau mahu ditanyakan soalan itu, aku tangguhkan saja. kerana itu mungkin menjadi pemati soalan. serba salah. sepatutnya soalan itu soalan terbuka. jawapannya boleh apa saja. mungkin cerita sakit perut salah makan, mungkin cerita beli mesin basuh baru, mungkin cerita kenaikan pangkat, mungkin cerita mak ayah sudah dapat cucu pertama dari kakak sulong kita, mungkin apa saja.

kalau soalan itu ditanyakan kepada anak-anak di sekolah aku. sungguh variasi jawapannya. seronok. diceritakan markah ujiannya. diceritakan semalam pergi beli kasut. diceritakan kisah kawannya punya kawan. diceritakan abangnya.

mungkin kanak-kanak lebih faham soalan itu.

aku sedang belajar menjawab soalan itu dengan lebih terbuka. mungkin cerita pasal kebosanan aku mengahabiskan masa di rumah. mungkin cerita anak-anak di sekolah. mungkin pasal cerita kt tv yang aku rasa best. mungkin apa saja. ya, aku sedang belajar. unless ditanyakan soalan tertutup. aku akan spesifikkan jawapannya mengikut soalan.

dunia ini luas. dah lebih suku abad hidup ini. alhamdulillah. tanpa cacat cela. itu sahaja kah yang perlu dikisahkan? mungkin ini juga masa di mana satu langkah ke belakang perlu dibuat, untuk melihatkan dari perspektif berbeza.. saya masih belajar. belajar mengajar akal dan hati untuk lebih menghargai setiap yang sesuatu dalam hidup ini. sekecil-kecil perkara ada ajaran dalamnya.

selalunya susah chenta saya dapat memahami isi kata setiap cerita saya dalam blog ini. saya cuba permudahkan bahasa. tapi saya rasa saya masih gagal. *haih* maaf ye.


1 comment:

msApple said...

erm.. btol laa kan? mcm mn sbrnanya nk jawab soalan tu...