Saturday, August 28, 2010

soalan yang sama

saya bukan seorang yang baik-baik sangat. bukan setakat hati, mulut kadang-kadang tak terjaga. selalu juga sebenarnya. kadang-kadang sengaja kadang-kadang terlepas tanpa kawal. leka. salah sendiri. di sini saya bukan menegur. tapi mahu mengingatkan. sebab utama, saya sendiri pernah melakukannya. selalu. kalau bukan semua, satu dua cukup bermakna, kalau terkesan.

jika ditanyakan, "apa cerita sekarang?" dalam kurang dari sesaat pun, setiap pemikiran kita hanya berfikirkan tentang hubungan istimewa kita dengan seseorang daripada kaum bertentangan jenisnya. senang cakap, partner, isteri atau suami, kekasih, dan sewaktu dengannya. kalau yang berpunya, diceritakan perkembangan terbaru (yang masih berkaitan dengan pasangannya). kalau belum ditemukan pelengkap hatinya, dan dan tu jugak lah akan terus sedikit down, dan membalas dengan ala kadar.

"sama la, camtu jugak.." memang itu pun jawapan standard aku.

sebenarnya, memang itu kah maksud soalan itu?

sehingga kan sekarang kalau mahu ditanyakan soalan itu, aku tangguhkan saja. kerana itu mungkin menjadi pemati soalan. serba salah. sepatutnya soalan itu soalan terbuka. jawapannya boleh apa saja. mungkin cerita sakit perut salah makan, mungkin cerita beli mesin basuh baru, mungkin cerita kenaikan pangkat, mungkin cerita mak ayah sudah dapat cucu pertama dari kakak sulong kita, mungkin apa saja.

kalau soalan itu ditanyakan kepada anak-anak di sekolah aku. sungguh variasi jawapannya. seronok. diceritakan markah ujiannya. diceritakan semalam pergi beli kasut. diceritakan kisah kawannya punya kawan. diceritakan abangnya.

mungkin kanak-kanak lebih faham soalan itu.

aku sedang belajar menjawab soalan itu dengan lebih terbuka. mungkin cerita pasal kebosanan aku mengahabiskan masa di rumah. mungkin cerita anak-anak di sekolah. mungkin pasal cerita kt tv yang aku rasa best. mungkin apa saja. ya, aku sedang belajar. unless ditanyakan soalan tertutup. aku akan spesifikkan jawapannya mengikut soalan.

dunia ini luas. dah lebih suku abad hidup ini. alhamdulillah. tanpa cacat cela. itu sahaja kah yang perlu dikisahkan? mungkin ini juga masa di mana satu langkah ke belakang perlu dibuat, untuk melihatkan dari perspektif berbeza.. saya masih belajar. belajar mengajar akal dan hati untuk lebih menghargai setiap yang sesuatu dalam hidup ini. sekecil-kecil perkara ada ajaran dalamnya.

selalunya susah chenta saya dapat memahami isi kata setiap cerita saya dalam blog ini. saya cuba permudahkan bahasa. tapi saya rasa saya masih gagal. *haih* maaf ye.


Sunday, August 22, 2010

tak habis

nak menulis tak berkisah. nak meluah tak terkata.
banyak hati yang aku jaga. terutama hati aku punya.
kan bagus aku jenis belasah saja.
persetankan setiap hati yang berbicara.

aku bukan penglipur lara.
jauh sekali pemuisi jiwa.
walaupun kadang-kadang tak sengaja.
aku terlalu biasa. typical.
tiada langsung yang istimewa.
tapi aku selalu percaya, aku paling lucky dalam dunia.
terlalu percaya.
rentetan hidup aku buktinya.

aku jauh.
motivasi aku hanya anak-anak.
jasad dan jiwa terasing.
jiwa nun di sana. mahu cerita banyak pun tak guna.
jangan sesiapa kata aku lemau, kalau kau tak pernah kenal aku siapa.
cuma kadang-kadang mengada mahu bermanja.

cara aku masih sama.
entah mengapa, aku masih memandang dari sudut berbeza.
kalau masa dicucuk syaitan durjana, habislah aku jahatkan segalanya.
kalau masa malaikat berjaya meniup mesra,
tersemat di hati insaflah diri.
cerita pendek, boleh dipanjangkan.
cuma kenalah kena pada cara dan olahannya.

dia yang pasti tak seagung mana.
tapi kau ingat senang dia nak tarik aku bangun semula.
dan percaya pada cinta ini semua.
dia paling hebat pernah aku jumpa.
tak perlu berdekad lamanya. cukup hanya beberapa ketika.
dia kenal aku seadanya, kasih aku sedalamnya,
bersama aku selamanya.

Saturday, August 21, 2010

Tempat Asal Cinta (by Wani Ardy)

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal - saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.

Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.

Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.

Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat "tak boleh", lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan"? Apa makna "kepunyaan"? Wujudkah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, "tempat asal cinta ada satu saja."

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikir, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,

kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,

tempatnya cuma ada satu.


credits goes to wani ardy

Friday, August 20, 2010

tangguh

Allah tu Maha Adil. ingat tu. kalau hari ini kita menangguh solat, mungkin esok Allah menangguh rezeki Nya kepada kita. kalau hari ini kita menangguh memohon maaf, mungkin sebentar lagi Allah menangguh bahagia yang sepatutnya milik kita. adil kan. kalau hari ini kita berkira sangat dalam berbelanja, mungkin esok lusa tayar pancit, mahu tak mahu kena keluar duit ke situ pula. Allah boleh ambil dari macam-macam cara. Allah juga boleh bagi dari macam-macam cara. bila-bila masa. jangan ego kalau mahu berubah. gah sangat kah dengan ego mu itu? macam lah orang peduli. tercuit sangat kalau ditegur sedikit. kata hati kental. tapi mungkin topeng semata. lembik barangkali nya.

alasan.

memang betul pepatah melayu, mahu seribu daya, tidak mahu seribu alasan.

ada orang, entah di celah mana, mati ditikam pun tak mengapa, demi ibadah kepadaNya. ada orang, badan sihat, makan cukup, kerja elok, banyak pula bunyinya.

ya Allah, tolong lah. berikanlah aku petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi aku mati dalam Islam, demi aku hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhanku.

ya Allah, tolong lah. berikanlah dia petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi dia mati dalam Islam, demi dia hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.

ya Allah, tolong lah. berikanlah kami petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi kami mati dalam Islam, demi kami hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.


Thursday, August 19, 2010

idola

entah kenapa dari dulu aku masih tercari-cari
walhal telah termaktub sekian lamanya
entah kenapa tidak aku sedari
insan terhebat di muka bumi

Ya Rasulullah, kau idola.

Wednesday, August 18, 2010

wishlist

sudah lama rasa mahu tulis. tapi difikirkan semula, baik simpan sahaja untuk diri sendiri. di sini, walaupun kadang-kadang bukan berniat mahu berkongsi dengan umum, tapi telah menjadi hukum asal untuk tayangan umum. aku biarkan saja. tanpa ubah apa-apa. berani cakap, berani tanggung. ini wishlist aku. untuk diri aku. diletakkan di sini, supaya menjadi rujukan aku. dan motivasi aku. aku baca dalam satu buku, dengan menulis apa yg kita mahu, akan mencetuskan cas-cas dalam badan dan otak kita, dan menjana ke arah situ.

1. aku mahu mama dan abah sihat, happy, panjang umur, dimurahkan rezeki, tenang ,selalu dalam keredhaan Allah & segala yang terbaik untuk mereka. mereka cinta hati jiwa dan raga aku.

2. aku mahu mak dan abah, mama dan baba, mama dan ayah sentiasa sihat, happy, dipermudahkan urusan dan juga segala yang terbaik untuk mereka. kerana pengorbanan mak & abah, aku menjadi manusia bertuah itu. kerana mama & baba, mama & ayah, aku yang bukan siapa-siapa menjadi sebahagian daripada segalanya.

3. aku mahu urusan pernikahan dan perkahwinan aku dipermudahkan segalanya dan yang terbaik untuk setiap yang ada, terutamanya mama.

4. aku mahu suami yang baik, yang menenangkan, yang aku kagumi, yang selalui kagumi aku, yang mencintai aku sepenuh hati, yang menggembirakan, yang mampu membimbing aku dan anak-anak, yang sentiasa mencari masa untuk aku & anak-anak, yang rajin membantu aku, yang gagah di mata aku, yang pemurah, yang menghormati aku & keluarga aku, yang menyayangi aku & keluarga aku, yang segala-galanya untuk aku.

5. aku mahu memilikki sebuah rumah landed yang selesa untuk aku dan keluarga.

6. aku mahu pergi mengerjakan umrah dan pergi menunaikan haji. aku rindu sangat kaabah.

7. aku mahu selalu dekat suami, anak-anak (soon), keluarga dan kawan-kawan.

8. aku mahu pandai masak.

9. aku mahu barang-barang rumah yang baik & cantik.

10. aku mahu banyak duit.

11. aku mahu banyak masa dengan keluarga & kawan-kawan.

12. aku mahu tempat kerja, kawan-kawan sekerja & anak-anak murid yang menyenangkan dan membahagiakan.

13. aku mahu sambung Master.

14. aku mahu kejiranan yang baik.

15. aku mahu selalu ada masa untuk diri aku & Allah.

16. aku mahu segala urusan kerja aku berjalan dengan baik dan selesai dengan bermakna.

17. aku mahu keluarga mentua & ipar yang senang bersama aku dan dapat menerima aku.

18. aku mahu anak-anak yang bijak, comel, taat kepada ibu bapa & perintah Allah, sentiasa gembira & sihat.

19. aku mahu aku & kawan-kawan aku cepat bertemu jodoh masing-masing dan selalu happy dan selalu ada untuk masing-masing.

20. aku mahu melancong.

21. aku mahu keluarga besar ku sentiasa berbaik, berkasih sayang, tanpa ada isu negatif dan sepakat.

22. aku mahu hubungan bersama kawan-kawan baik-baik saja dan kekal persahabatan sampai akhirat.

Saturday, August 7, 2010

a lesson taught by them

an excellence student came to me for counseling session. as any other normal kids at the age of 12, she's searching her identity, her path, her friends, her freedom of doing things.

salah satu soalannya ialah, "cikgu..macam mana kita nak tahu kawan kita ikhlas nak berkawan dengan kita..?". aku senyum. dan aku pun tak tahu mana ilham aku dapat jawapan itu, dan aku yakin Allah yang bagi, untuk aku dan dia, ketika itu. aku jawab.."tak perlu tahu" expression muka dia masa tu memang terkejut dengan jawapan aku. mungkin dia expect jawapan aku, skema standard seperti.. sanggup tolong ketika susah, gembira sedih sama2, bla bla bla bla..

bila disebutkan berkenaan keikhlasan. aku rasa terlalu susah. tak mungkin kita tahu ikhlas atau tidak seseorang itu. diri sendiri pun belum tentu kita tahu sejauh mana keikhlasan dalam diri ini.

"kenapa cikgu?" "kita tak perlu tahu ikhlas atau tidak kawan tu yang kawan dengan kita. kita tak perlu tahu pun sesiapa pun buat apa2 ikhlas ke tak.. tapi tanya diri sendiri kita ikhlas tak kawan dengan dia. kalau kita ikhlas, tak kisah lah orang lain tu ikhlas atau tidak, jahat atau baik, kita akan kawan dengan dia jugak. tolong dia jugak. berbaik2 dengan dia jugak. tanpa kita harap sebarang balasan daripada dia. kalo kita terlalu mempersoalkan dia ikhlas ke tak, tak ada jawapan yang kita akan dapat, kecuali hanya menimbulkan prasangka buruk. "

=)

it's also a session for myself.