Tuesday, December 21, 2010

nota kecil di dalam kotak


Untuk setiap cinta yang tiada...
Kaseh yang buta...
Akan kau jumpa jiwanya...

Hanya...
Pejamkan mata...
Sujudkan hati...
Pasti ada yang rasai...

Dan pasti...
Jauh lebih memadai...

-2008-

Tuesday, December 14, 2010

it's coming

lately, i have emotionally breakdown. i blamed the hormone. i reserve the rest of the story.

********************************

dah masuk tahun 1432 hijrah. 2011 pun tak lama lagi. azam tahun ni,

solat di awal waktu

banyakkan membaca Al-Quran

belikan hadiah untuk mama abah sebelum kahwin

jumpa dentist at least 2 kali setahun

exercise

banyakkan minum air dan makan buah

disiplinkan diri utk jaga kesihatan

masak

Wednesday, November 17, 2010

sahabat

dedicate to my dearest friend mazlina

maz,
sorry. aku jauh.
kalau aku dekat pun ntah apa aku boleh buat.
sama juga. dengar. tu saja.
useless kan aku.

aku tak ada kata untuk ko.
aku tak ada jalan untuk ko.
aku tak mampu nak pujuk ko.
apa lagi nak bangun kan ko.
useless kan aku.

aku hanya dapat rasa sakit ko.
sakit yang orang tak nampak.
sakit yang orang tak paham tanpa pernah rasa.
tapi apa guna? bukan aku ada ubat bius pun
yang boleh tolong kurangkan sakit ko.
useless kan aku.

sumpah.
kalau aku punya kuasa.
aku dah pukul dia sampai lunyai.
aku dah hilangkan setiap rasa ko terhadap dia.
aku dah bomohkan dia bagi gila, sasau sampai tak kenal diri.
aku benci dia. benci yang amat.
dah lama dia buat macam ni.
kalau aku doakan dia kena panah kilat, dosa tak aa?

maz,
ya, aku kawan yang useless.
tapi ko selalu ada Dia.
teruskan cerita dengan Dia ok.
jangan putus asa.

aku pun ada.
ceritalah.
telinga aku ada untuk dengar.
mata aku ada untuk sama-sama nangis.
mulut aku ada untuk pujuk apa yang daya.
hati aku ada untuk terus sama-sama doa.

Monday, November 15, 2010

doa

ini hanya pandangan aku. mungkin ada benar. mungkin ada salahnya.
kalau sebelum ini, (sekarang juga ada) selalu dengar (baca) orang cakap (tulis/taip pun dikira sekali la), "aku doakan ko bla bla bla (perkara2 yang si empunya yang didoa inginkan dan harapkan). tetapi recently, aku selalu juga dengar orang komen balik, dan kadang-kala siap request lagi, jangan bagitau kalau mendoakan dia. diam diam saja. alasannya, doa lebih baik, orang yang didoakan tu tak tahu.

hmmm...

memang aku akui ada benarnya. tetapi apa lah salahnya si dia mengkhabarkan dia doakan kamu, sekurang-kurangnya kita tahu ada orang bersama kita. mungkin dia tidak sempat pun nak menadah tangan ataupun terlupa terus di baris doa2nya yang lain, doa untuk kita tu. pada ketika dan saat dia menulis, 'aku doakan ko ........' tu telah terniat di hatinya kata-katanya. itu kan sudah menjadi doa. bersyukur lah.. terima dengan hati terbuka. juga sebagai motivasi diri.

kalau yang dikatakan doa lebih baik tanpa pengetahuan orang yang kita doa tu, dalam fahaman aku, (yang mungkin salah ini), tak perlu lah diwar-warkan, seperti ' aku dah doakan ko jugak..' 'dia dapat kerja tu, aku lah yang doakan sama tu'... haih.. abis hebat lah kau kan. huhu.. itu dah jadi riak dan menunjuk-nunjuk pulak. kalau betul kau tak mahu memberitahu, betul, diamkan saja. hanya urusan kau dan Allah semata-mata. hanya Allah yang tahu, keikhlasan kau mendoakan mereka.


Monday, November 8, 2010

diri

cari diri SENDIRI
bukan cari orang lain dalam diri kita
tidak semestinya baik untuk dia dan mereka
baik juga untuk kita

kalau dah rezeki kita
kalau dah jodoh kita
kenapa perlu takut dapat kat orang lain?
kenapa perlu takut tak dapat?

mungkin...
mungkin Allah simpan dulu bahagian kita
sebab Allah tunggu kita tunaikan yang sepatutnya

hmm..
untuk mak ayah dah cukup?
untuk adik-adik?

Sunday, November 7, 2010

sangka baik

belajar bersangka baik
adakala kita tak mungkin mampu cuba berada di dalam kasutnya
kita tak mungkin mampu memahaminya
cukup lah sekadar bersangka baik
cakap lah yang menggembirakannya
no harm pun
x rugi sedikit pun
untung? x kisah lah ada ka tak.
janji tak rugi kan.

Saturday, November 6, 2010

pantai

Port Dickson
02 Nov 2010

Terima kasih chenta :)

Friday, November 5, 2010

291

aku yakin ini bukan yang terakhir kali nya

kerana kamu
jiwa aku
penyelamat aku
peneman aku
sahabat aku

kerana kamu
aku punyai sesuatu yang hebat sejak hampir seabad lama dulu
aku pegang ijazah sarjana muda 4 tahun dulu
aku ada teman meluah cerita
aku tak pernah sunyi dan bosan

kamu
yang terlalu setia
yang jarang sangat menyusahkan aku
yang selalu ada

aku amanahkan kamu kepada cinta hati ku
kepada orang yang aku paling sayang dan percaya
selepas mama abah ku
orang yang ku pasti akan kembalikan kamu kepada ku

sungguh aku sayang sangat kepada kamu

chenta,
tolong jaga sepenuh hati ya

Tuhan,
tolong tengok2kan mereka ya


-nasrah-
kisah aku dan acer travelmate 291
since 2002

Sunday, October 31, 2010

reban

ada seorang kawan aku, lelaki, asal dari johor, kawin dengan orang penang. dia lah yang cerita. masa awal-awal baru bertunang, dia dengan baik hatinya, pegi lah menziarah keluarga tunang di penang. masa beramah mesra dengan ahli keluarga tunang beliau,

bakal ayah mentua : issh laa..hari ni jambatan kat station bas bagan tu reban. habis jalan jammed. seb baik takdak sapa2 mati.



kawan aku : ooo yaa kaa... *sambil tersengih, sopan lah konon. nak tanya takut kecik hati*


*****

kawan aku : awak, awat (cuba berbahasa utara) ayah kata orang buat reban ayam bawah jambatan? bagan tu kat mana?

tunang dia + adik tunang dia + ahli keluarga lain yang dengar sekali : wakakakakakakakakakakaka!!!!!

tunang dia : bukan lah awak.. reban tu maksudnya runtuh. ayah kata, jambatan kat bagan tu runtuh. bagan tu butterworth la. orang sini sebut bagan.

kawan aku : ooohh.... *sambil tersipu2* (dalam hati, ciiissss!!)

reban dalam bahasa utara ada 2 maksud. satu maksudnya reban ayam, tempat tinggal ayam. dan lagi satu maksudnya, runtuh.


Monday, October 25, 2010

pantai

dari kecik2, aku suka tengok lampu2. rasa happy n tenang. dulu masa kecik2 abah bawak jalan2 kat area2 masjid zahir n bandar alor setar, semata-mata nak tunjuk lampu kat aku. aku seronok sangat. sampai sekarang aku masih suka tengok lampu-lampu. masa kat kl, kadang2 jalan2 malam2 kat area bangunan sultan abd samad tu, kadang2 area sunway pyramid, the curve n putrajaya. tatau kenapa rasa tu.


tapi at this very moment, aku sangat berharap aku ada di pantai. duduk atas pasir. lepak. sambil tengok ke laut. ada satu tin air. diam. a long silence. aku sangat perlukan masa itu. tanpa tanya aku kenapa, bagaimana, dan sebagainya. untuk seketika, escape daripada cerita kerja, cerita kahwin, cerita masalah dunia yang tak pernah habis.


*diam*


penat

sumpah penat. tinggal tak menyumpah lagi saja.

penat dengan segala.
banyak sangat impian nak gapai.
banyak sangat kepala nak ikut.
banyak sangat fiil nak layan.
banyak sangat janji nak bayar.
banyak sangat kerja nak buat.
banyak sangat dengan segalanya.

boleh gila tau tak. agak-agak la wei..
dah suruh aku buat, tolong lah jangan menyemak.
sibuk! semak! serabut la! kalau tak kau buat lah sendiri.

kalau air liur ni ada nilai berjuta-juta, aku tak kisah.
memang aku cakap dah cukup banyak.
cakap saja tak guna. jangan tekan minta yang bukan-bukan la.

campaklah!
aku kan tempat buang sampah.
baling saja apa yang ada. agak-agak salah, aku pun boleh jadi sampah.
sampahkan saja kat muka aku ni.
agak-agak jadi baja, ambillah. kutip kutip hasilnya.

aku penat lah.
serius.

kenapa aku rasa berat sangat kali ni?
kenapa aku rasa seorang diri ni?

Monday, October 18, 2010

7 bulan

7 bulan.
banyak lagi cerita.
banyak lagi ombak.

sehingga ke situ, aku hanya boleh lakukan yang termampu sebaiknya.
rancang.

Allah yang tentukan.
yang pastinya terbaik untukku.

redha.

kembali

sejak hari itu, dah jauh aku jalan. Dia terus teman. tapi kadang-kadang aku lupa Dia. tambah-tambah time suka2. tapi Dia tak pernah tinggal aku. walau kurang sedetik. sunyi, Dia bagi peneman. dah tak perlu susah payah macam dulu. jauh2 Dia hantar aku, aku patut sunyi ingat Dia. tapi, aku rilek2 je.

rindu.
rindu pada masa aku selalu mahu bersamaNya.
hati sepenuh jiwa tunduk di tengah malam.
mohon kuat dariNya.
sekarang yang Lima nak dapat satu yang bermakna pun susah.
aku lewa. lalai.

takut.
takut Dia tarik aku turun balik.
sebab salah aku semua ni.

bismillah..
bahagiakan aku dalam iman.


Sunday, October 17, 2010

pijak

aku rasa recently aku banyak terbang berangan. mau itu ini. sampai kadang-kadang aku lupa nak berpijak di bumi nyata. pastu kecewa. sekarang perlu berimpian, bukan berangan. kaki perlu pijak di bumi. jom! langkah bersama..

hahaha..ye blog aku ceria semacam.
boleh pengaruh mood aku. *sengih*

pasang niat nak selalu update.
tapi ringkas.
sebab selalu ada ilham tapi asyik terlupa.
kali ini biar ringkas dan padat.

kalau ada iphone kan best..boleh update masa terdetik ilham tu.. sambil jalan kaki ke, sambil berak ke, sambil makan ke..ekekeke...

Saturday, September 11, 2010

usah

tolong..
aku rayu semua pergi dari sini. yang ini bukan untuk kamu.

Tuhan yang Maha Mengetahui
Tuhan yang Maha Mengampuni
Aku sujud ampuni aku kerana aku luahkan rasa ini...

sumpah. aku kasih sepenuh jiwa.
entah kenapa ada segumpal unfinished business dalam hati ini.
sekiannya meronta.

kalau setiap nikmat dunia, dikhabar-khabarkan ke 800 juta kali nya.
bukan mahu bersyukur pun ceritanya. pinta dipuji-puji dan dibangga!
kalau setiap mahunya perlu ditunduk patuh segalanya,
semua ada hadnya. bukan maharaja, wajib disembah kakinya,
come on lah, raja pun tahu juga tolak ansur dalam hidupnya.
pantang ditegur, melantun macam orang gila, wah kalau dia..
pedih sakit orang lain dia peduli apa. janji puas hati boleh lepas rasa.
dunia ini bukan pasal kau saja.
semua orang tak kena. kau pun jarang-jarang ada betulnya.
angin monsun pun ada musim. angin kepala kau macam puting beliung.
boleh sasau orang sekeliling.
caci, maki, kutuk, hina mungkin macam santapan rohani.
keluarga sendiri geli. orang luar konon-konon baik hati.
sampai masa kau bosan, macam-macam kau maki.

Tuhan..
mungkin aku terlupa untuk berdoa hari-hari.
dia bukan keji. cuma mungkin perlu hati yang lain.
terima kasih kerana dia punya lagi hati yang paling sabar
untuk ada dengan dia.

mungkin aku juga perlu hati yang lain..
aku tak mahu rasa yang tak best ini.

aku mohon usah ditanya dia siapa kali ini.
bukan yang ni.

Thursday, September 9, 2010

aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri

aku mintak maaf sangat2 atas semua salah silap aku selama ni.

aku tau aku banyak salah. yang aku sedar atau tak sedar.
meluah rasa kadang-kadang tak fikir dahulu. dah lepas. nyesal.

selalu tengok orang wish camni.."aku mintak maaf kalau ada silap bla bla bla.."
"kalau"? kau buat salah kena orang lain fikirkan ke? satu hal pula orang tu tiba-tiba kena fikir apa salah mangkuk ni kat aku ye..huhu.. kalau dah nak minta maaf, tak payah lah nak kalau2 lagi. manusia ni pelupa. memang selalu buat salah. sengaja atau tidak. kalau ingat sebut ja satu-satu salah tu. kalau tak ingat..anggap ja ada salah.

semoga kita saling memaafkan.
kita bukan dewa pun nak agung sangat, tak nak memaafkan.

sekali lagi, saya minta maaf ya.
=)


Wednesday, September 1, 2010

a lesson taught by them II


sudah 8 bulan aku sebagai seorang guru. aku bersyukur aku mengikut gerak hati aku setelah istikharah beberapa kali. aku bersyukur aku bertekad berhenti kerja dan berjudi nasib tanpa sebarang sumber kewangan dan pulang ke kedah suatu ketika itu. aku bersyukur aku memilih kerjaya yang terlalu berat amanahnya ini. aku bersyukur aku ditempatkan di sini, walaupun sungguh terasa kejauhan daripada keluarga dan kawan-kawan. tapi kerana aku di sini, aku belajar erti kehidupan jauh dari yang tersayang, aku punyai peluang untuk menyimpan, aku temui sesuatu yang aku sangat hargai. pengalaman bersama anak-anak yang terlalu baik, mendengar cakap, hormat, kawan-kawan sekerja yang mahu berkongsi ilmu dengan aku yang terlalu jahil ilmu sebagai guru ini. yang membuatkan aku jatuh cinta dengan kerjaya ini.

hari ini, aku meminta pertolongan seorang murid tahun 6 membawa barang aku ke kereta, kerana aku sudah tak cukup tangan dengan barang-barang lain. dari jauh dia berlari-lari datang tolong aku mengangkat barang. kawan-kawan yang lain pun datang berebut nak tolong bawa juga. akhirnya, aku berlenggang bawa handbag saja. itu bukan peristiwa kali pertama. entah kali ke berapa ratusnya. bukan hanya kepada aku, tetapi mana-mana guru pun. lebih baik keadaannya jika mereka sendiri datang menawarkan diri. sungguh mereka tidak mengharapkan sebarang balasan pun. sungguh cukup seronok dapat tolong cikgu. cuma kalau ada rezeki mereka, ada lah gula-gula seorang satu, kalau lebih sikit ada lah air, lebih lagi nasi ayam. kalau lah aku boleh gambarkan betapa gembiranya mereka kalau dapat habuan tak terjangka itu. memang bak kata iklan citibank, priceless. hanya Allah sahaja yang tahu.

hari ini baru aku terfikir tentang semua ini. betapa mulianya hati mereka. dalam masa kita 'mematangkan' diri, sejauh mana sebenarnya kita lebih baik dan 'matang' daripada mereka ini? aku mengaku, aku sendiri kalau boleh mahu mengelakkan daripada kena 'tolong' buat kerja. kalau buat pun, mungkin kerana tanggungjawab atau simpati atau tak sampai hati. bila masa sebenarnya yang aku seronok untuk tolong buat kerja? ada. memang ada. tetapi aku rasa semakin 'dewasa' ini semakin kurang keseronokannya. ada lah beberapa kerja sahaja yang ada rasa seronoknya itu.

ada juga antara kita terlalu berkira. berkira tenaga. berkira masa. berkira wang ringgit. semuanya ada harga. di mana pula letaknya harga diri? benarkah kita sudah merdeka?

hari ini aku belajar, untuk cari rasa itu semula. dalam setiap apa jua yang aku lakukan.

Sedarlah rezekimu dan jodohmu tidak akan dimakan & diambil orang lain,maka hatimu tenteram. Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya. Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya. Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jgn diizin ia terikat dihati. Sedarlah tiada yg lepas dari penglihatan Allah, maka Malulah kepadaNya sentiasa. - source Ustaz Zaharuddin.net (edited by me)


Saturday, August 28, 2010

soalan yang sama

saya bukan seorang yang baik-baik sangat. bukan setakat hati, mulut kadang-kadang tak terjaga. selalu juga sebenarnya. kadang-kadang sengaja kadang-kadang terlepas tanpa kawal. leka. salah sendiri. di sini saya bukan menegur. tapi mahu mengingatkan. sebab utama, saya sendiri pernah melakukannya. selalu. kalau bukan semua, satu dua cukup bermakna, kalau terkesan.

jika ditanyakan, "apa cerita sekarang?" dalam kurang dari sesaat pun, setiap pemikiran kita hanya berfikirkan tentang hubungan istimewa kita dengan seseorang daripada kaum bertentangan jenisnya. senang cakap, partner, isteri atau suami, kekasih, dan sewaktu dengannya. kalau yang berpunya, diceritakan perkembangan terbaru (yang masih berkaitan dengan pasangannya). kalau belum ditemukan pelengkap hatinya, dan dan tu jugak lah akan terus sedikit down, dan membalas dengan ala kadar.

"sama la, camtu jugak.." memang itu pun jawapan standard aku.

sebenarnya, memang itu kah maksud soalan itu?

sehingga kan sekarang kalau mahu ditanyakan soalan itu, aku tangguhkan saja. kerana itu mungkin menjadi pemati soalan. serba salah. sepatutnya soalan itu soalan terbuka. jawapannya boleh apa saja. mungkin cerita sakit perut salah makan, mungkin cerita beli mesin basuh baru, mungkin cerita kenaikan pangkat, mungkin cerita mak ayah sudah dapat cucu pertama dari kakak sulong kita, mungkin apa saja.

kalau soalan itu ditanyakan kepada anak-anak di sekolah aku. sungguh variasi jawapannya. seronok. diceritakan markah ujiannya. diceritakan semalam pergi beli kasut. diceritakan kisah kawannya punya kawan. diceritakan abangnya.

mungkin kanak-kanak lebih faham soalan itu.

aku sedang belajar menjawab soalan itu dengan lebih terbuka. mungkin cerita pasal kebosanan aku mengahabiskan masa di rumah. mungkin cerita anak-anak di sekolah. mungkin pasal cerita kt tv yang aku rasa best. mungkin apa saja. ya, aku sedang belajar. unless ditanyakan soalan tertutup. aku akan spesifikkan jawapannya mengikut soalan.

dunia ini luas. dah lebih suku abad hidup ini. alhamdulillah. tanpa cacat cela. itu sahaja kah yang perlu dikisahkan? mungkin ini juga masa di mana satu langkah ke belakang perlu dibuat, untuk melihatkan dari perspektif berbeza.. saya masih belajar. belajar mengajar akal dan hati untuk lebih menghargai setiap yang sesuatu dalam hidup ini. sekecil-kecil perkara ada ajaran dalamnya.

selalunya susah chenta saya dapat memahami isi kata setiap cerita saya dalam blog ini. saya cuba permudahkan bahasa. tapi saya rasa saya masih gagal. *haih* maaf ye.


Sunday, August 22, 2010

tak habis

nak menulis tak berkisah. nak meluah tak terkata.
banyak hati yang aku jaga. terutama hati aku punya.
kan bagus aku jenis belasah saja.
persetankan setiap hati yang berbicara.

aku bukan penglipur lara.
jauh sekali pemuisi jiwa.
walaupun kadang-kadang tak sengaja.
aku terlalu biasa. typical.
tiada langsung yang istimewa.
tapi aku selalu percaya, aku paling lucky dalam dunia.
terlalu percaya.
rentetan hidup aku buktinya.

aku jauh.
motivasi aku hanya anak-anak.
jasad dan jiwa terasing.
jiwa nun di sana. mahu cerita banyak pun tak guna.
jangan sesiapa kata aku lemau, kalau kau tak pernah kenal aku siapa.
cuma kadang-kadang mengada mahu bermanja.

cara aku masih sama.
entah mengapa, aku masih memandang dari sudut berbeza.
kalau masa dicucuk syaitan durjana, habislah aku jahatkan segalanya.
kalau masa malaikat berjaya meniup mesra,
tersemat di hati insaflah diri.
cerita pendek, boleh dipanjangkan.
cuma kenalah kena pada cara dan olahannya.

dia yang pasti tak seagung mana.
tapi kau ingat senang dia nak tarik aku bangun semula.
dan percaya pada cinta ini semua.
dia paling hebat pernah aku jumpa.
tak perlu berdekad lamanya. cukup hanya beberapa ketika.
dia kenal aku seadanya, kasih aku sedalamnya,
bersama aku selamanya.

Saturday, August 21, 2010

Tempat Asal Cinta (by Wani Ardy)

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal - saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.

Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.

Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.

Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat "tak boleh", lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan"? Apa makna "kepunyaan"? Wujudkah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, "tempat asal cinta ada satu saja."

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikir, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,

kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,

tempatnya cuma ada satu.


credits goes to wani ardy

Friday, August 20, 2010

tangguh

Allah tu Maha Adil. ingat tu. kalau hari ini kita menangguh solat, mungkin esok Allah menangguh rezeki Nya kepada kita. kalau hari ini kita menangguh memohon maaf, mungkin sebentar lagi Allah menangguh bahagia yang sepatutnya milik kita. adil kan. kalau hari ini kita berkira sangat dalam berbelanja, mungkin esok lusa tayar pancit, mahu tak mahu kena keluar duit ke situ pula. Allah boleh ambil dari macam-macam cara. Allah juga boleh bagi dari macam-macam cara. bila-bila masa. jangan ego kalau mahu berubah. gah sangat kah dengan ego mu itu? macam lah orang peduli. tercuit sangat kalau ditegur sedikit. kata hati kental. tapi mungkin topeng semata. lembik barangkali nya.

alasan.

memang betul pepatah melayu, mahu seribu daya, tidak mahu seribu alasan.

ada orang, entah di celah mana, mati ditikam pun tak mengapa, demi ibadah kepadaNya. ada orang, badan sihat, makan cukup, kerja elok, banyak pula bunyinya.

ya Allah, tolong lah. berikanlah aku petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi aku mati dalam Islam, demi aku hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhanku.

ya Allah, tolong lah. berikanlah dia petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi dia mati dalam Islam, demi dia hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.

ya Allah, tolong lah. berikanlah kami petunjuk dan hidayah ke jalan lurus Mu, tetapkanlah iman dan kuatkanlah hati demi kami mati dalam Islam, demi kami hidup kembali demi syurga Mu, demi Kamu Ya Tuhan.


Thursday, August 19, 2010

idola

entah kenapa dari dulu aku masih tercari-cari
walhal telah termaktub sekian lamanya
entah kenapa tidak aku sedari
insan terhebat di muka bumi

Ya Rasulullah, kau idola.

Wednesday, August 18, 2010

wishlist

sudah lama rasa mahu tulis. tapi difikirkan semula, baik simpan sahaja untuk diri sendiri. di sini, walaupun kadang-kadang bukan berniat mahu berkongsi dengan umum, tapi telah menjadi hukum asal untuk tayangan umum. aku biarkan saja. tanpa ubah apa-apa. berani cakap, berani tanggung. ini wishlist aku. untuk diri aku. diletakkan di sini, supaya menjadi rujukan aku. dan motivasi aku. aku baca dalam satu buku, dengan menulis apa yg kita mahu, akan mencetuskan cas-cas dalam badan dan otak kita, dan menjana ke arah situ.

1. aku mahu mama dan abah sihat, happy, panjang umur, dimurahkan rezeki, tenang ,selalu dalam keredhaan Allah & segala yang terbaik untuk mereka. mereka cinta hati jiwa dan raga aku.

2. aku mahu mak dan abah, mama dan baba, mama dan ayah sentiasa sihat, happy, dipermudahkan urusan dan juga segala yang terbaik untuk mereka. kerana pengorbanan mak & abah, aku menjadi manusia bertuah itu. kerana mama & baba, mama & ayah, aku yang bukan siapa-siapa menjadi sebahagian daripada segalanya.

3. aku mahu urusan pernikahan dan perkahwinan aku dipermudahkan segalanya dan yang terbaik untuk setiap yang ada, terutamanya mama.

4. aku mahu suami yang baik, yang menenangkan, yang aku kagumi, yang selalui kagumi aku, yang mencintai aku sepenuh hati, yang menggembirakan, yang mampu membimbing aku dan anak-anak, yang sentiasa mencari masa untuk aku & anak-anak, yang rajin membantu aku, yang gagah di mata aku, yang pemurah, yang menghormati aku & keluarga aku, yang menyayangi aku & keluarga aku, yang segala-galanya untuk aku.

5. aku mahu memilikki sebuah rumah landed yang selesa untuk aku dan keluarga.

6. aku mahu pergi mengerjakan umrah dan pergi menunaikan haji. aku rindu sangat kaabah.

7. aku mahu selalu dekat suami, anak-anak (soon), keluarga dan kawan-kawan.

8. aku mahu pandai masak.

9. aku mahu barang-barang rumah yang baik & cantik.

10. aku mahu banyak duit.

11. aku mahu banyak masa dengan keluarga & kawan-kawan.

12. aku mahu tempat kerja, kawan-kawan sekerja & anak-anak murid yang menyenangkan dan membahagiakan.

13. aku mahu sambung Master.

14. aku mahu kejiranan yang baik.

15. aku mahu selalu ada masa untuk diri aku & Allah.

16. aku mahu segala urusan kerja aku berjalan dengan baik dan selesai dengan bermakna.

17. aku mahu keluarga mentua & ipar yang senang bersama aku dan dapat menerima aku.

18. aku mahu anak-anak yang bijak, comel, taat kepada ibu bapa & perintah Allah, sentiasa gembira & sihat.

19. aku mahu aku & kawan-kawan aku cepat bertemu jodoh masing-masing dan selalu happy dan selalu ada untuk masing-masing.

20. aku mahu melancong.

21. aku mahu keluarga besar ku sentiasa berbaik, berkasih sayang, tanpa ada isu negatif dan sepakat.

22. aku mahu hubungan bersama kawan-kawan baik-baik saja dan kekal persahabatan sampai akhirat.

Saturday, August 7, 2010

a lesson taught by them

an excellence student came to me for counseling session. as any other normal kids at the age of 12, she's searching her identity, her path, her friends, her freedom of doing things.

salah satu soalannya ialah, "cikgu..macam mana kita nak tahu kawan kita ikhlas nak berkawan dengan kita..?". aku senyum. dan aku pun tak tahu mana ilham aku dapat jawapan itu, dan aku yakin Allah yang bagi, untuk aku dan dia, ketika itu. aku jawab.."tak perlu tahu" expression muka dia masa tu memang terkejut dengan jawapan aku. mungkin dia expect jawapan aku, skema standard seperti.. sanggup tolong ketika susah, gembira sedih sama2, bla bla bla bla..

bila disebutkan berkenaan keikhlasan. aku rasa terlalu susah. tak mungkin kita tahu ikhlas atau tidak seseorang itu. diri sendiri pun belum tentu kita tahu sejauh mana keikhlasan dalam diri ini.

"kenapa cikgu?" "kita tak perlu tahu ikhlas atau tidak kawan tu yang kawan dengan kita. kita tak perlu tahu pun sesiapa pun buat apa2 ikhlas ke tak.. tapi tanya diri sendiri kita ikhlas tak kawan dengan dia. kalau kita ikhlas, tak kisah lah orang lain tu ikhlas atau tidak, jahat atau baik, kita akan kawan dengan dia jugak. tolong dia jugak. berbaik2 dengan dia jugak. tanpa kita harap sebarang balasan daripada dia. kalo kita terlalu mempersoalkan dia ikhlas ke tak, tak ada jawapan yang kita akan dapat, kecuali hanya menimbulkan prasangka buruk. "

=)

it's also a session for myself.


Sunday, July 25, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

source: kata-kata hikmah

dedicate to my dear fiance, Amir Afandi Razli.

semoga segalanya dipermudah dan diberkati Allah.

ini post yang ke 301. =)

Monday, July 19, 2010

quote

if you can't stop thinking about me, how on earth do you expect him to forget me?
-quote from a friend. =)

Thursday, July 15, 2010

good one?

aku selalu percaya..
a good husband comes from a good son.

tetapi
sebenarnya
a good husband need chances from a good wife.

vice versa

habuk

uhuk..uhuk..

dah bersawang!
*lap*

=)

aku ada. masih hidup.

masih aku.
selalu lihat.
selalu dengar.
selalu fikir.
selalu cakap.

cuma bezanya, kali ini, itu punca rezeki ku.

Sunday, June 13, 2010

Three Words That Make Relationships Betters

Three-Word Phrases, can be tools to help develop every relationship.

There are many things that you can do to strengthen your relationships. Often the most effective thing you can do involves saying just three words. When spoken sincerely, these statements often have the power to develop new friendships, deepen old ones and even bring healing to relationships that have soured.

The following three-word phrases can be tools to help develop every relationship.

~ Let me help:
Good friends see a need and then try to fill it. When they see a hurt they do what they can to heal it. Without being asked, they jump in and help out.

~ I understand you:
People become closer and enjoy each other more when the other person accepts and understands them. Letting your spouse know - in so many little ways - that you understand them, is one of the most powerful tools for healing your relationship. And this can apply to any relationship.

~ I respect you:
Respect is another way of showing love. Respect demonstrates that another person is a true equal. If you talk to your children as if they were adults you will strengthen the bonds and become closer friends. This applies to all interpersonal relationships.

~ I miss you:
Perhaps more marriages could be saved and strengthened if couples simply and sincerely said to each other “I miss you.” This powerful affirmation tells partners they are wanted, needed, desired and loved. Consider how important you would feel, if you received an unexpected phone call from your spouse in the middle of your workday, just to say “I miss you.”

~ Maybe you’re right:
This phrase is very effective in diffusing an argument. The implication when you say “maybe you’re right” is the humility of admitting, “maybe I’m wrong”. Let’s face it. When you have an argument with someone, all you normally do is solidify the other person’s point of view. They, or you, will not likely change their position and you run the risk of seriously damaging the relationship between you. Saying “maybe you’re right” can open the door to explore the subject more. You may then have the opportunity to express your view in a way that is understandable to the other person.

~ Please forgive me:
Many broken relationships could be restored and healed if people would admit their mistakes and ask for forgiveness. All of us are vulnerable to faults, foibles and failures. A man should never be ashamed to own up that he has been in the wrong, which is saying, in other words, that he is wiser today than he was yesterday.

~ I thank you:
Gratitude is an exquisite form of courtesy. People who enjoy the companionship of good, close friends are those who don’t take daily courtesies for granted. They are quick to thank their friends for their many expressions of kindness. On the other hand, people whose circle of friends is severely constricted often do not have the attitude of gratitude.

~ Count on me:
A friend is one who walks in when others walk out. Loyalty is an essential ingredient for true friendship. It is the emotional glue that bonds people. Those that are rich in their relationships tend to be steady and true friends. When troubles come, a good friend is there indicating “you can count on me.”

~ I’ll be there:
If you have ever had to call a friend in the middle of the night, to take a sick child to hospital, or when your car has broken down some miles from home, you will know how good it feels to hear the phrase “I’ll be there.” Being there for another person is the greatest gift we can give. When we are truly present for other people, important things happen to them and us.

We are renewed in love and friendship. We are restored emotionally and spiritually. Being there is at the very core of civility.

~ Go for it:
We are all unique individuals. Don’t try to get your friends to conform to your ideals. Support them in pursuing their interests, no matter how far out they seem to you. God has given everyone dreams, dreams that are unique to that person only.

Support and encourage your friends to follow their dreams. Tell them to “go for it.”

~ I love you:
Perhaps the most important three words that you can say. Telling someone that you truly love them satisfies a person’s deepest emotional needs. The need to belong, to feel appreciated and to be wanted. Your spouse, your children, your friends and you, all need to hear those three little words: “I love you.” Love is a choice. You can love even when the feeling is gone.

Monday, June 7, 2010

kisah pintu

alkisah suatu hari bercerita dengan mama tentang topik hangat masa usia sekarang..kawin!
tah macam mana terbukak cerita pasal ni.

dan tiba-tiba mama kata,"jangan kawin cepat2 sangat..mama nak tukaq pintu bilik dulu".

ni pintu bilik lama.

aku yang tercengang dan terkedu dan terblur kat situ lalu merespon,
"haahhh?? apa kaitan?? nak tukaq pintu besi ka??"
(dalam hati, takkan nak tukaq pintu kalis bunyik kot mak aku ni..biar betul..hahahaha. )

mama : dak aih..pintu kayu laa...yang cantik sikit..orang ramai nak mai tengok. malu la pintu buruk.

aku : ok ma..pasni kalau orang tanya bila nak kawin..cheq jawab tunggu mama tukaq pintu bilik.. (dalam hati, laaa..26tahun dah aku bagi masa, tamau nak tukaq..)

...dan lepas tu kalau orang tanya, bila nak kawin, aku jawab tunggu mama tukaq pintu bilik. kalau rajin aku explen..tapi selalu aku biar je orang tu terkebil2..dan aku blah..sambil gelak2.

since then jugak..orang dah tuka soalan. mak ko dah tukar pintu bilik blom? hahaha..

alkisah, baru-baru ni mama call dari kedah ke kulai.."isnin ni orang mai tukaq pintu bilik.."
yaahuuuu...dah bleh kawin. hahaha..

ni pintu bilik baru..kalis bunyikah? gua tatau..blom test. haha..

alkisah jugak lagi..berikutan peristiwa itu..err..(sebenarnya terbali), maka terjadi lah kejadian seperti gambar di bawah ini.

jari kena ikat, hati kena tambat. (waah..ayat..)

beberapa hari sebelum tu, walaupun tiada kaitan dengan pintu terjadi peristiwa ini.


Monday, May 31, 2010

hanya..

hanya doa aku kirim
aku tahu mereka cukup kuat
sebab itu Allah uji

bertahanlah
orang jahat itu akan lumat
dikerjakan dek kuasa Maha Besar

hanya serpih-serpih sakit
yang kami rasa
yang ditanggung terlalu hebat

ya Allah
tolong lah bangkitkan keluarga kami
di Gaza sana

kami yakin padaMu

it's my nurin's day

my dearest friend, nurin wahidah finally meet her soulmate, zaheruddin. in a few months, they decided to be as 'one'. she turned out sssooooooooo gorgeous and lovely!! masa 1st day jumpa nurin, it was in 2001. dia cakap, dia nak jadi baik..dia kata i looked 'baik', maka jadinya dia nak kawan ngn aku. hakhakhak...dun judge book by its cover. haha.. but she's a great friend.. x penah berkira langsung..sangat2 helpful. aku ingat dia penah tak pegi dinner mechy sebab aku dah turning upside down bila tau orang tu accident. dalam hujan dia bawak motor nak bawak aku pegi tengok. aku ingat kami penah redah hujan masa nak pegi british council..balik tu aku demam panas..and dia jaga aku, siap masakkan aku bubur nasi. aku ingat masa aku masa spital kena operate..dia ngn cikyan susah payah ulang alik pegi spital n klinik, setelkan surat guarantee aku. aku ingat masa kami sama2 kena tahan ngn pak guard yang anak dia masuk uni tu, sebab balik lambat p tengok midnite. aku ingat masa sahur n bukak puasa sama2 dulu.. masa keluar tengok bola malam2 dulu.. masa pass mcd kat keta celica sebelah..hehe..

i luv u beb! i am so damn happy for you. aku yakin ko akan jadi wife n mummy yang best dan baik.. it was a beautiful moment seeing you and zaher diijabkabulkan.

congratulations nurin wahidah n zaheruddin!

Monday, May 24, 2010

humanity

Two blind people wanted to drink water at the RagiGudda Temple, Bangalore India. When they were unable to operate the tap, this Mother Monkey opened the tap for them, allowed them to drink water, drank some water herself and then closed the tap before leaving the scene.


:: from email ::

Thursday, May 20, 2010

cash

Allah dah janji setiap perbuatan kita akan diberi balasan yang adil. yang kita sedar atau tidak. sebab tu kena selalu buat baik, pikir baik, niat baik, cakap baik setiap detik. sebab tu juga kena selalu minta ampun setiap yang berlaku dalam sedar atau tidak. kadang-kadang kita bergurau senda, entah mana salah, ada yang terasa. kadang-kadang kita tersepak botol, ada yang terlanggar, mati tergolek. kadang-kadang kita mahu menjaga, ada pula yang terhina. susah..susah.. memang susah. peluang selalu ada..mohon lah doa. Allah sentiasa dengar. tak ada satu pun yang terlepas. dijawabNya dengan caraNya tersendiri.

Allah itu terlalu adil. tiada yang terlepas pandanganNya.

kadang2 sampai aku takut. takut buat jahat. takut orang buat jahat kat aku. sudah terlalu banyak aku saksikan balasan 'cash' Allah. takut. dulu2 aku selalu cakap bergurau..'aku ni berdaulat..' hehe..perasan. tp kdg2 jadi takut lak..bila org betul2 'terbalas'. aku sendiri pun selalu kena 'bayaran cash'.. huhu.

kalau umur panjang, banyak lagi, jauh lagi, panjang lagi langkah di hadapan. hidup terlalu indah untuk diganggu rasa-rasa kurang senang terhadap perkara-perkara minor itu. aku mahu lepaskan dan bebaskan rasa tak best itu. bukan senang. tapi boleh buat. aku akan usaha. aku dah lalui lorong yang gelap dan sempit tu, sakit yang hanya Allah yang mengetahui..tapi masa tu aku yakin di hujung tu ada cahaya. aku rasa aku dah nampak cahaya tu. itu arah tujuan aku. yang datang mengganggu, hanya bunyi-bunyi bising yang tak mengancam aku langsung.

terima kasih kerana sakit yang tersangat itu. kerana itu, hari ini aku kuat.

langkah baru.....bermula.

=)

p.s: chenta, jom teman jalan sama-sama!

Monday, May 17, 2010

Never Give Up On Anything

Its Madness -
To hate all roses, because you got scratched by one thorn.
To give up all your dreams, because one did not come true.
To lose faith in prayers, because one was not answered.

To give up on your efforts, because one of them failed.
To condemn all your friends, because one of them betrayed.
Not to believe in love, because someone was unfaithful.

Remember that, another chance may come up.
A new friend, A new love, A new life.

Never give up on anything!


Friday, April 23, 2010

aku mahu jadi seperti bulan


ilham : sumber anis april 2010

aku mahu jadi seperti bulan.
bulan yang indah.
terpukau kalau lihat bulan penuh mengambang.
hati tenang, senang, sayu dan rindu.
apa yang cantiknya? rupa bulat, kosong, menggerutu lagi.
hodoh kan..
tapi tetap indah dek cahayanya.
cahaya yang datang dari sumber hebat, si matahari.

aku mahu jadi seperti bulan.
hamba yang kerdil, banyak dosa, jahil pula.
kurang segala, lemah saja.
mahu penuh cahaya iman dan islam.
mahu terus panjat gapai ke tujuan yang satu.

aku mahu jadi seperti bulan.

Wednesday, April 21, 2010

pekak, buta, bisu

apa aku boleh buat?
kalau kamu pekak
kalau kamu tuli
kalau kamu buta
kalau kamu bisu

bukan kuasa aku nak kembalikan semua itu
pekak dan tuli - sengaja ditutup ruang hati untuk kamu percaya pada qadha dan qadar Allah
buta - dibutakan mata hati dari melihat segala kebaikan daripada setiap kejadian
bisu - dibisukan mulut daripada mengucapkan sesuatu yang baik

apa guna kalau hari-hari kamu ingatkan diri kamu tentang betapa sedihnya hidup kamu, betapa malangnya hidup kamu, betapa tak bermaknanya hidup kamu.. kerana dia yang tak tahu siapa dan di mana. apa mungkin yang tahu itu datang dan terus mahu kamu kerana penyataan harianmu. kira kamu lah yang paling malang dan menyedihkan dalam muka bumi Allah ini. mungkin sudah tak ada keluarga agaknya, mungkin kawan-kawan pun dah mati semuanya, berbogel saja hari-harinya, kasut pun sudah tak mampu dimiliki, makan pun belum pasti bila terakhir kalinya..

si dia mungkin pelengkap. tapi dia bukan segalanya. pasti kah kamu bahagia kalau dia ada? bahagiakan hati kamu, keluarga dan sahabat yang ada dulu.

tujuan hidup untuk akhirat sana.
esok lusa pun belum tentu ada untuk kita.


Monday, April 19, 2010

cari balik

aku tengah cari balik..

semangat membaca..
semangat mengkaji..
semangat mengamal..
semangat mengingatkan..
semangat mengarang..
semangat membebel..
semangat bercerita..

banyak terkisah atas dasar pemerhatian..
banyak terfikir sumber terbaca..
banyak tergambar demi sebuah pengalaman..

bukan cerita sudah pudar..
atau terlalu sempurna sampai tak terajar..
cuma penyakit malas yang durjana..
malas segala..

malas nak ambil tahu.

aku mulakan balik ya..

ada kah yang sudi sumbangkan mata, hati dan telinga?

Sunday, April 11, 2010

my bestfriend's wedding


my dearest qistin is married! to her loved one - asraf. the so brotherly n fun guy.

knowing her since kami masih melompat2 dari atas kerusi meja sekolah, panjat tingkap dan main sliding kt lantai koridor, surely made me so damn excited bila tau the news that she's getting married. we got so close to each other becoz of a few series n episodes of sharing ceta telenovela. hahaha.. i think Allah sent her to me, to be at the right time with the right words. always worked for me. i found myself and gather it back with her help, a lot, plus some others. she's such a motivator cum a counselor for me.

choosing 14.3 as her magic date..haha..aku gelak gila knowing why she chose that date. 14.3 = 143 = i love you. hahaha..weii...xdak org pikiaq pun mcm hg nk pilih tarikh sebab tu. haha.. tu belum kira dia punya hantaran lg, lebih kurang camtu gak maksudnya. her so-called disaster wedding seem so perfect in its' own way to others happened without me around. =(( so sorry beb.. she's so queen of DIY..kreatif gila! all her unique ideas, tahap rajin nak mampos, n saiko jugak (bagi aku la..) mmg boleh dilihat di sini (sila klik). tapi dia mmg DIY dari dulu2. aku ingat lagi dia jahit wallet sendiri, kaler ijau..pastu masa dia kt mrsm tepeng..dia antaq surat kt aku, sampul surat pakai plastik roti yang warna warni...sampai mak aku kata, awat dia antaq sampah ni..hahaha..

becoming her bridemaid kt kluang side is really a honoured for me, first time kot..hehehe.. thanks weih. seb baik x kena ngorat ngn bestman yang tough tu..(ooh..abg bestman..i miss u..*gatal*) n i enjoyed myself that day. the beautiful part, let the pics do the talking.

semua DIYatau design sndiri.
balloons tu cumel kan..


i luv this pic..

DIY bunga + paper beg + tissue paper polka dot + cop mohor

oh abg bestman..hehe




ini masa aku

ini masa aku
kalau tak suka, jangan didengki pula
tapi tak apa, Allah itu adil
pandai lah Dia setelkan nanti

ini masa aku
kalau tak happy, jangan lah sedih pula
buat aku pening kepala
serba salah pun ada

ini masa aku
masa kau akan tiba
dengan izinNya
jom lah sama-sama doa

ini masa aku
aku pernah lagi teruk daripada itu, dah lupa?
tapi aku sungguh2 percaya kuasa Dia
redha dan sabar kuncinya

Tuesday, March 23, 2010

hai..nama saya..

batman


ada kawan baru yang bernama


abu


:)


yeaay!

Saturday, March 6, 2010

sang mantan

di sini aku kisahkan tentang sang mantan. umum sifatnya. namun sang mantan itu mungkin aku, kamu, dia, mereka atau kita. sang mantan, kisah meninggal dan ditinggalkan. kisah terpisah, memisah atau dipisah. kisah yang jauh - kenangan. sang mantan, aku yakin bukanlah bodoh sangat kita pada ketika itu untuk bersama dengan orang sebegitu. bukan buta. bukan tuli. bukan bebal. tapi dia memang yang terbaik ketika itu. terbaik untuk pada keadaan itu. terbaik untuk memberi kita jalan ke sini. terbaik untuk mendidik kita sekuat hari ini.

bukan kata cerca, maki hina yang perlu diucapkan.
tapi penghargaan dan terima kasih tak terbalas dek segalanya.
satu pengajaran dan pembelajaran yang hanya dia, sang mantan dapat berikan.

bukan terkilaf atau tersalah Allah, memang sudah diaturkan segalanya.
kau lagi hebat daripada Allah kah? jadi, jangan menyesal. ini susunan Dia.

kerana dia(aku) sang mantan..

aku(dia) dan kamu lebih nampak
aku(dia) dan kamu lebih kuat
aku(dia) dan kamu lebih bijak mengatur hidup ini
aku(dia) dan kamu lebih menghargai
aku(dia) dan kamu lebih bersedia
aku(dia) dan kamu lebih memahami
aku(dia) dan kamu lebih bersabar
aku(dia) dan kamu lebih melengkapi

terima kasih...
sang mantan aku.
sang mantan kamu.
sang mantan dia.
sang mantan mereka.
sang mantan kita.

Monday, March 1, 2010

i dun mean..

my dear
i really dun mean to cheat on you
but i have to confess..
it might hurt you so much
i am so sorry

i fall in love with him
again and again
every time i see him
my heart beats damn fast
when he's around
i can't see anything but him
i can't hear anything but him

my dear
i love you so much
i really do
i can't live without you

i just need to be honest with you
falling in love doesn't mean i have to live with him, right?
he is just too adorable
he is just too handsome
he is just too smart

oh my dear batman,
i'm so in love with caldina.
heee...

nak satu peeliisss.... '-'

Tuesday, February 23, 2010

rockstar dah kawen!

source : udeyismail

this a story about a rockstar! haha..a good fren of mine. who is now enjoying his marriage life n their honeymoon in Bali, Bidi! married with a lovely dan pretty girl, known as Atun. i am so happy for both of them. knew bidi since 2001, when we were in Asasi. became a good fren somewhere in 2002/2003. bidi, kawan lepak, kawan gelak kuat2, kawan bahan-membahan, kawan tegur-menegur, kawan sedih duka lara, kawan 'PM', kawan mapley, kawan sapot-menyapot. and i was there when he said he fall in love with a girl named Atun, that night! hahaha.. aku masih ingat kata-kata ko lepas balik, first time jumpa Atun.. how you were so excited, and even said, she's the one. aku masih ingat ko menggelabah sudu nak ejas atun.. n remember it now, aku rasa sangat sweet dan terharu. finally, you're happily married with her. kawan, aku sangat happy untuk ko n atun. Congratulations to Bidi n Atun! Nanti kitorg pegi karoke kt umah korang k. hehehe..

Happy Birthday Bidi!

(and udey ismail too..hehe)


Friday, February 19, 2010

connection

i need you
to talk to

this is the time
to keep your promise

i know
you read me

in need
indeed

Thursday, February 18, 2010

mereka - aku - kamu

terlalu banyak untuk dikisahkan
tapi tenggelam dengan kata-kata
terlalu banyak rasa untuk diluahkan
tapi tenggelam dengan segala cerita

jalan mulia itu diduga
kuatkah hati untuk meredah
mahu lagikah kamu bersama

kalau lah kamu paham setiap kata dalam ini
kalau lah kamu tahu apa rasa ini

mereka jiwa raga aku
mereka hidup aku
kamu pelengkapnya
demi tuhan, bahagia mereka impian aku
yang tak tahu aku mampu capai atau tidak

ada ketika mereka pernah jadi panah
tertusuk sakit ke dalam
aku harap kamu yang tarik keluar panah itu
kamu ubati segala luka itu

tapi tolong jangan bawa aku pergi dari situ

padan muka

aku ada buat salah
memang lah selalu pun buat salah
tapi kali ini salah yang memang disedari

Allah macam dah balas ja
sakit!
tapi kalau ikutkan salah patut kena lagi teruk
kira Allah bagi chance bertaubat ni
nasib baik..

mintak2 sempat diperbetulkan
mintak2 sempat diampunkan

perkara yang baik harus dimulakan berkali-kali.

mula lagi sekali!

Wednesday, February 17, 2010

happYness

HAPPY birthday to miss sunshine. cik surie.
yang berjaya mencecah usia 27 pada hari ini.
dia sangat pendengar and pembaca (sbb ym) yang baik.
dia juga pencerita yang baik..smpai kadang2 aku lost cite dia yang mana ujung pangkal.. sbb panjang sangat dia cite. hehehe..
we've been sharing something in common..well at least i think so.


HAPPY engagement day. eh camtu ke? hahaha..
nurin wahidah.
kalau tengok gamba aku mungkin tertipu dengan keayuanmu.
congratulations my dear fren!
can't wait for the big day. soon.
aku cancel p sarawak woo..hehe

cik eija sorang ni.. is in a very HAPPY mode.
kira pic ni menggambarkan hatinya sekarang. =D
tu je bleh komen. hahaha..

Tuesday, February 16, 2010

teacher thingy V

Alkisah suatu pagi, ada ceramah maal hijrah di sekolah. dah habih ustaz ni bercerita, maka ada kuiz. sapa bleh jawab dapat hadiah. soalan-soalan diberi mengikut tahap. dari pra-sekolah sampai tahun 6. maka seronok lah kanak-kanak riang ini cuba untuk menjawab.

sampai ke soalan untuk pra-sekolah, ustaz pun tanya, apakah nama ibu nabi muhammad? maka ada lah beberapa orang angkat tangan. kalau mengikut pandangan cikgu-cikgu ni, musykil je tahu ke jawapan bdk2 kecik ni. pastu ada la sorang si comel pompuan yang dipilih. cikgu kelasnya pun bawak lah budak ni ke depan. on the way tu, si cikgu tanya tahu tak, dia blur. pastu cikgu tu pun bisik jawapan, siti aminah.

pastu sampai kt depan ustaz tanya, pakai mic, nama sapa. dia jawab siti aminah. pastu ustaz tu tanya balik, nama awak ni sape..dia pun jawablah nama dia. apetah..tak ingat. pastu ustaz tu tanya, ok, jawapan tadi apa. dia dah blur. dia jawab nama dia balik. ustaz tu ulang soalan disertakan hint skali. siti apa..tadi jawab siti apa. dengan yakinnya budak ni jawab, "SITI NURHALIZA!" hehehehe...aku dh tergelak2 dah masa ni.

pastu ustaz tu betulkan..tadi jawab apa, siti aminah kan..? si kecik ni siap jawab balik.."buuukaann, siti nurhaliza.." hahaha..pastu ustaz tu bagi hadiah, suh duduk. hehehe.. sabo je lah.

Sunday, February 7, 2010

hidayah

(dayah, bukan pasai hang, if u ever read my blog..haha)

i'm talking about hidayah or petunjuk daripada Allah.
how magic it worked..to me n people around me.

1. N bukan nama sebenar. mengalami kekeliruan dan kecelaruan fikiran utk membuat keputusan nak kawin ke tak. ngan lelaki yang bergelar tunangnya. tetapi dia tak dak perasaan apa2 kt laki tu. jeng jeng jeng..yg dia tau laki tu baik..tp tak ensem sgt. haha..rekemen drp family. maka beliau mengambil keputusan berjalan2 ambik angin, rehatkan minda di tesco. masa jalan2 tu, suasana n keadaan adalah seperti biasa. cuma hari tu beliau lebih 'memerhati'..keluarga dan suami isteri yang pegi bershopping hari tu. happy. walaupun pada fizikal, biasa-biasa. elok terjaga si isteri dengan keadaan si suami yang tak lah gempak sgt.
kini, beliau bergelar isteri.

2. F bukan nama sebenar. penat dibebel2 oleh aku supaya redha dengan segala kepayahan yang berlaku. penat beliau baca buku berkodi2 untuk cari motivasi diri. tetapi beliau masih belum boleh menerima kenyataan dan redha. yang bestnya, pada suatu malam, sedang menonton cerekarama di tv3, ummi aida berkata, saya redha dengan ketentuan Tuhan. lalu F tersedar yang beliau perlu redha.

banyak lagi cerita2 lain...

bayangkanlah..dengan berjalan2 di tesco. terdetik hati untuk menerima lelaki tu sebagai suami. dengan tgk tv, bleh dapat ilham utk berubah dan redha. hebatkan kuasa Allah. kalau Dia kata Dia akan bagi hidayah tu, bila2 masa pun buleh. tak semestinya masa dok solat atau dengar ceramah agama. tapi kalau solat tak berenti, tengok perangai asik mendengki dengan orang lain..mungkin Allah belum sampaikan hidayah tu kot. insyaAllah ada nanti..

semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah daripadaNya..
amin..

Thursday, January 28, 2010

tepu

sudah tak ada rasa sayu
sudah tak ada rasa api
sudah tak ada rasa hancur
sudah tak ada rasa apa-apa

oh centa masih setia ada, itu pasti

bila usaha junjung melangit
diletakkan hanya di hujung-hujung kaki
bila hati ditambat tidak terdorong nafsu yang mahu semua
dihenyak dengan senarai berjela
bila perut berikat demi gandaan pahala kemudiannya
dihidang dengan kemahuan segala

tepu.

Monday, January 25, 2010

Something Better For You

When something happens to you - Good or Bad;
Consider what it means.

There's a purpose to life's events.
to teach you how to laugh more or not to cry too hard.

When you feel down because you didn't get what you want,
just sit tight and be happy.
God has thought of something better to give you.


source: www.pravsworld.com

Thursday, January 21, 2010

counting...

i am
counting how many works are done
counting how MUCH works are coming
counting the days left for the school holidays
counting how much money left to survive
counting how much much more money are needed
counting for the big pay day
counting on you..haha..ada kaitan kah?

Monday, January 18, 2010

demi kamu happy

rasa lama gila ok
padahal baru beberapa detik
tatau sampai bila
sakit. pedih. adeh.
kamu tak peduli pun. kalau tak dah cari.
kamu tak rasa pun. kalau tak, tak suruh.

happy?
ini demi kamu.

Life is an Echo

What you sent out - comes back.
What you sow - you reap.
What you give - you get.
What you see in others - exists in you.

Remember, Life is an Echo.
It always gets back to you.

source: http://www.pravsworld.com

dia

aku harap dia magic tu
magic yang terus kekal dalam redhaNya
kadang-kadang sakit hati
kadang-kadang rasa nak jerit geram gila
kadang-kadang menyampah

lain yang diharap, lain lafaznya
hampeh gila rasa
sakit jiwa raga aku ni haa

tapi dia selalu ada
jauh dekat, baik buruk
ada kalanya, angin lintang lalu
dia tak halang, jadi tak lah terbalik
tapi dia mengiring, jadi teguh lah
hebat kan

memang aku mengada-ngada
ada aku kacau kau
aku kacau dia saja
sebab dia paham apa aku nak
walaupun aku tau
kadang-kadang dia pun menyampah
tapi tak apa kan? hehe..

memang ada ketika keraguan itu ada
aku pegang pada kuasa yang Satu
jadi aku tanya Dia
semoga terus dapat petunjukNya
aku redha

Friday, January 15, 2010

adapting

alor setar.
terkedu. doa byk2 untuk redha.
ini kan amanah. aku pujuk.
aku yang pilih jalan ini. tiada siapa-siapa pun yang paksa atau yang halang.
aku kena terus langkah. tak ada pilihan yang lebih baik.
Allah dah tetapkan ini yang terbaik.
mama~ mama risau. mama sedih.
abah rilek. abah kata tak banyak komen, dia tau aku boleh hidup kat mana-mana.

kulai.
bila abah nangis peluk aku masa nak balik, luluh jiwa aku.
bila abah cakap dia sayang sangat2 kat aku, mau saja ikut balik ke kedah.
bila peluk cium mama, mama diam, air mata meleleh.
aku..aku cakap, jangan lah nangis. aku tahan. aku perlu kuat.
aku tak mau mama abah risau.
masuk kereta. pegang stereng. macam hujan lebat aku nangis.
sedih. rindu. Allah saja yang tahu.

jauh.
itu aku rasa sampai hari ini.
home is where the heart is.
seriously i am not home.
setiap masa aku rindu mama, rindu abah, family, kawan-kawan.

doa aku semakin teguh, pohon sejahtera untuk mereka.
kerana aku tahu, aku tidak ada di sisi.
hanya ini yang paling baik termampu aku lakukan.
mungkin ini hikmah terbaikNya.
hati aku lebih kuat terikat dengan hati mereka.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku.

Thursday, January 7, 2010

stuck

i'm stuck in the middle of nowhere
thinking of everything but nothing
i have no time but too much time

i have the unfinished business.