Wednesday, December 30, 2009

the uncertainty

aku x cukup sabar
curiousity can kill me
i dun like uncertainty
i rather choose to be hurt than not knowing
hurt can be healed
not knowing is killing

but now
i dunno if i really certain of the things by knowing them
maybe
waiting would be better

deal with it
is the only way for me.

Tuesday, December 22, 2009

rindu mereka

aku sangat rindukan mereka
aku pun taktau kenapa
tapi aku rindu sangat

mereka
mereka yang dah buang aku
mereka yang dah tinggal aku dan pergi jauh
mereka yang dah hina aku
mereka yang mungkin dah benci aku

mereka
mereka yang aku masih gelar sahabat
mereka yang pernah sama-sama meniti matang dengan aku
mereka yang pernah ada untuk aku suatu ketika dahulu
mereka yang pernah buat aku bahagia
mereka yang tetap aku sayang

mereka
aku rindu sangat
aku harap suatu ketika akan lebih baik
aku harap 'kami' kembali
aku harap sangat mereka sihat, bahagia selalu

rindu..~~

Friday, December 18, 2009

maafkanlah

aku tau susah memaafkan. tambah2 bila hati bukan sekadar tercalar, tapi dah kena tikam pastu dirobek2 dalam2.pastu letak plak air asam limau. perghh..tahap sakit perit tak terkata. kenapa perlu memaafkan?

susah sangat2 sebenarnya nak memaafkan.
erti maaf sebenarnya, melupakan rasa sakit dan marah itu dari hati.
aku pernah letak entri forgive n forget dulu. tah aku malas nk cari untuk linkkan.

maafkan.

untuk apa?
ketenangan hati yang terhebat akan dirasai selepas itu.
percaya lah. aku tak tipu. aku pernah rasa. aku tak boleh describe macam mana.
cari peluang itu sendiri. Allah kan sentiasa buka.

kenapa?
sebab kita hidup kat dunia ni untuk pecaturan di akhirat sana. lantak lah dia/mereka nak buat apa pun. kita hanya harap yang terbaik untuk akhirat sana.
ya aku dah tamau kata 'maybe satu hari orang akan buat the same things untuk kita, family or sapa2 yang kita sayang'. aku dah xmau guna tu dah. tu hal Allah. Allah tu adil. Dia akan balas dengan cara magic Dia. kita mungkin takkan tau.

lagipun buat perkara baik kena ikhlas. kenapa perlu harap balasan2 tu semua.
harap Allah terima amalan kita. dan kita dekat denganNya, tambah di sana nanti. amin..

kan aku dah cakap ikhlas itu payah.
lagi payah kalau kau langsung tanak cuba.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..

tahun baru

aku adalah orang lebih mengiktiraf 1 muharam sebagai tahun baru dlm hidup aku berbanding 1 januari. walopon hakikatnya, kadang2 aku lost dah tahun ke berapa. huhuhu..poyo kan.

hijrah ~ setiap tahun sangat bermakna dalam hidup aku. the tarikh itself, the meaningful things happened to me, the 'new' me, etc etc etc.

seluruh tahun ni, terlalu banyak kejutan yang berlaku kepada aku. Allah memang hebat! with no doubt i admit that. betul2 hujung tahun lepas, aku resign keja n back hometown. struggling looking for new one and applying to continue my study. tak sampai 2 bulan, aku back to kl. teacher in the making, i am! tiba2 macam my world turn tatau la upside ka, side by side ka or what. i was having a great time of back to school. seriously i enjoyed my kpli, with all the classes, friends, the activities, the schools, the exams ( yes, exam yang tiru meniru itu).

plus to that, somewhere in the middle of the year, the magic did happen to me. with all my heart, i pray the magic will keep working for many many many yearssss. i pray hard too that all my beloved friends n family will soon find theirs. i believe they will.

this great year also witnesses many of my friends and so-called my bestest friends found their love life partners. demi Allah, aku sangat happy for them. and they still n will always my bestfrens, no matter what.

aku pernah janji aku xmau benci sesiapa pun, walau macam mana pun.
alhamdulillah..as for now, aku xdak lagi benci or tak suka sesiapa. good nasrah! hehe..

hijrah.
aku mahu lebih dekat denganNya.
aku mahu jadi anak yang baik untuk mama abah.
aku mahu jadi adik, kakak, anak, mak sedara, sepupu or whatever the pangkat is yang berguna to my dear family.
aku mahu jadi cikgu yang amanah.
aku mahu jadi sahabat yang setia.
aku mahu jadi kekasih yang diredhaiNya.
aku mahu hati sentiasa redha, kuat dan tak ada dengki.

aku mahu handphone baru yang canggih. bleh? hehehe..

Tuesday, December 15, 2009

Sunday, December 13, 2009

harapan

nasib baik Allah tahan hati aku daripada kalah
di kala aku pernah rasa goyang
bilamana mata mata dan hati hati pandang hanya di bawah dan hujungnya

mula kan lagi
aku kuatkan hati demi bertahan bersama
aku percaya di hujung lorong gelap ada cahaya
itukan janji DIA yang maha esa
aku percaya kerana Dia tak pernah dusta

aku langkah semula sama-sama
macam dulu juga
langkah kini makin bergaya & bertenaga
syukur Dia dengar doa kita

cuma perlu teruskan usaha
tapi kalau ditakdirkan aku hanya peneman ketika perit payah langkah itu bermula...
aku redha.

mungkin langkah perit payah aku di sana
berteman juga
dan dipermudahkan pula hendaknya

Tuesday, December 8, 2009

going up

kalau diberi peluang semua orang nak dok kat 'atas'.
tapi macam mana nak naik?
ada yang diangkat naik.
ada yang susah payah panjat naik.
ada yang lompat naik.

panjat naik pon banyak cara plak.
ada yang pakai tangga.
ada yang pakai lift.
ada yang pijak kepala orang lain.
janji dia lebih atas daripada orang lain.

itu cara keji la.
lagi keji kalo dia jatuhkan dulu orang tu.
tapi ramai yang guna pakai.

lead.
a good leader dun ask for respect, but gain it.
apa yang hebat sangat bila kamu jadi ketua
sehingga perlu hanya tunggu untuk diberitahukan segalanya??

kalau dah yang bawah tak bagitau kat atas,
yang atas turun lah tanya. jatuhkah ego n kewibawaan? tak kan.

mana ada dosa kalau yang atas yang bertanya kepada yang lebih bawah.
itu kan tugas ketua. ambil berat. ambil tahu.

yang dinamakan ketua itu,
biasanya lebih tinggi ilmunya, lebih banyak pengalamannya.
jangan lah pulak bertindak seperti bodoh sombong.

tolong ya Allah, jangan biarkan aku terhanyut ke situ.
heh..

teacher thingy IV

kursus cikgu2 sudah selesai. alhamdulillah.
skang tgh suspen menunggu keputusan bakal dicampak ke mana untuk berkhidmat. doa & redha. ini cerita mengenang.

aku tercicir, orang terakhir daftar untuk sesi jan2009 di situ.
penat gak nak catch up, tapi serius tak tipu, kwn2 sekelas sangat banyak tolong. tak ada sorang pon yang berkira tenaga, ilmu n duit. macam back to school dulu2. dah la satu kelas suma pompuan. sesi kelas pon macam zaman sekolah dulu, cuma lebih padat n panjang. satu kelas macam adik beradik. campur kelas satu lagi, macam kakak abang.

utk bakal murid-murid.. beware!
kalau setakat meniru homework, copy paste, tiru exam, mengelat buat kerja, kami suma dah expert. (haha..jgn la ada lecturer baca ni.) so murid-murid sekalian, jgn nak cuba2 temberang.
oh untuk para ibu bapa, jangan risau. ini hanya skill2 yang perlu dikuasai oleh guru2 untuk mengharungi dunia pendidikan yang mencabar.. tmbah cikgu kaunseling. experience is the best teacher, remember? hehe..(alasan baik punya..haha)

to be honest, ramai lecturers yang aku sangat look high! cara diorg mengajar, pengalaman, cara diorg bagi semangat.. diorg memang layak menjadi cikgu. Zillions of thank you to Pn. Siti Aishah, En. Khalid, Pn. Norashikin, Pn. Khazimah, En. Lee, En. Fauzi, dan lain2. ampun tak sebut semua. dah pagi2 buta, ngantuk xleh recall. (it's 4 am by the way..) walopon padat n tak cukup..tapi byk jugak yang diperolehi. better least than nothing.

KPLI 1M. kelas paling junior. kami semua sepakat. buat baik n buat jahat. hehe.. i miss them already. takpa..nanti kita jumpa masa konvo n kursus k. (sedapkan hati..)

cikgu di lereng bukit

cikgu di atas pokok. hehe..


shooting star

A shooting star or falling star is the common name for the visible path of a meteoroid as it enters the atmosphere. A shooting star is also broken pieces of meteors that have become broken off in space.

source: encik wikipedia

shooting star = bintang jatuh

tak perlu rasanya terlalu dipuja
terjemahan diberi hanya serpihan saja
mungkin itu yang sepatut nilainya
tak ada apa yang sangat menguja

tahi bintang nama lain baginya
sisa pecahan si bintang angkasa
alaa..kira serdak2 la tu haa
kalo dikumpul2 balik pon bukan boleh bersinar2 lagi dah la

nasib baik jugak la sekali sekala saja
tak dak la bersepah merata-rata
buat semak dan serabut kepala
kecuali la kalo asalnya dr sepihan emas ka ada la gunanya

aku masih pegang janji aku
jadi sahabat kamu
tolak cerita dulu
bukak kisah baru

tolong lah jangan cabar sabar aku
syaitan iblis dah lama cucuk2 tikam kepala aku
hebat juga aku bersilat menepis semua itu
sebab tu aku masih membatu

ignorance is a bliss, it's true! =)

Monday, December 7, 2009

to through

If He brings you to it,
He will bring you through it.

Tuesday, December 1, 2009