Wednesday, October 7, 2009

t.e.r.i.m.a k.a.s.i.h

terima kasih..

kerana dalam ribuan yang terkorban di padang sana
adik aku masih selamat dan boleh buat lawak di rumah

kerana dalam seribu kemungkinan yang lebih teruk
abang aku hanya hilang sikit saja jari kakinya
dan otaknya masih cacat macam dulu (hehe..)

kerana dalam keseorangan aku membesar
aku punyai sangat ramai sahabat yang masih sanggup bersamaku
walaupun macam mana keji dan setannya aku

kerana dalam tahunan menempuh perjuangan
adik aku kini segak bergaya dengan aset terbaru, keretanya

kerana aku ada seluruh keluarga
walaupun bicara sesedap rasa, hati tetap mulia, mereka terus setia ada

kerana aku ada dia
yang mahu teman aku smpai aku tua

kerana aku ada mereka
yang banyak tolong aku bangun dan terus berjalan semula
yang tak pernah berkira apa yang ada

kerana aku gembira aku melihat mereka gembira
mereka; keluarga dan kawan-kawan

kerana aku masih ada kekuatan
untuk terus sujud dan bersyukur padaMu

terima kasih.

No comments: