Wednesday, October 7, 2009

kita

kehadapan kamu yang di sana

tidaklah aku mahu menuduh segala macam fitnah yang berkemungkinan. kamu juga serumpun bangsa dengan aku. mungkin ini hanyalah ujian daripadaNya. beramai-ramai diambil olehNya. mungkinkah ada dalam fikiran kamu, Allah mahu kamu memandang semua ini dari sudut berbeza? bersyukur yang kamu masih bernyawa. lemahnya kita sebagai manusia. dalam satu hentakan kita terus tiada apa-apa. cukuplah kamu berbangga dengan segala harta dan ego di dunia ini. boleh saja kalau Dia mahu terus pegangkan bangunan-bangunan untuk terus kekal teguh di situ. itu kan kuasaNya. mudah sangat bagiNya. boleh saja Dia menghentak lagi 10 tahun supaya sekarang kamu mampu bersenang-senangan lagi. kita hanya sekelumit hamba, lemah lagi hina kalau dibanding denganNya.

kita masih terus ada. sudah sekian lama. sejak dibentukkan bumi ini lagi. kita saudara. bagus semangat juang budaya bangsa kamu itu. tepuk tangan dari satu dunia. tapi apa guna? teruskanlah bersemangat. tapi bukan angkat senjata dan angkat kepala besar itu. angkatkanlah segala macam alat mencari dan membina semula tempat kamu itu. angkatkanlah semangat mereka yang jatuh itu semula. angkatkanlah tangan kamu itu untuk berdoa kepadaNya demi kita. lebih bermakna dan berharga. masuk syurgakah dan tenangkah hati kamu dengan perjuangan bendera kamu itu?

bukan kami takut dan lemah sebab terus berdiam. sedangkan seorang hamba Allah pun yang sudah arwah itu pun mampu menggegarkan satu pulau. malas lah nak cakap kan kalau yang lain-lain bangkit beramai-ramai. memang kami perlu kamu. demi ekonomi bersama. tidak dapat dinafikan. teramat ramai kamu di sini. mungkin ramai yang ditindas, tapi kan terlalu ramai lagi yang hidup mewah dan bahagia di sini. fikirlah pakai iman.


kehadapan kamu di sini

syaitan banyak cucuk-cucuk kepala kita sekarang. jangan sampai terpedaya ok. tak apalah kalau ada bunyi-bunyi suara sumbang dari sana. kita jangan lah jadi macam mereka. Allah dah bagi banyak dah kat kita. kita jangan lah riak dan bangga sangat. mentang-mentang kita ok saja. itu kan adik, kakak dan abang kita juga. biarlah terpisah dengan secoet selat itu, tapi kita kongsi macam-macam. biarlah dia nak cakap apa pun. nanti sejuk lah tu. kan orang tengah sedih dan marah memang suka cakap bukan-bukan. biar orang buat jahat kat kita. kita jangan jadi macam mereka itu.

rezeki kita ini pun sedekah Dia pada kita. mungkin mereka punya, cuma diturunkan melalui kita. kita bagi lah balik kat pada yang haknya. ini masa mereka. masa kita tidak lah kita tahu bila dan macam mana pula. harap-harap tidaklah teruk. kalau pun bukan mereka yang tolong, mungkin ada Allah hantar yang lain tolong, mungkin lagi hebat dari apa kita sudah buat hari ini. kita buat baik pada orang jangan berkira. nanti Allah pun tak berkira pada kita. tengok muka di sekeliling kita; muka mama, muka abah, muka adik-adik, kakak, abang, suami, isteri tersayang, anak-anak yang comel terlompat riang depan kita, sahabat-sahabat yang selalu buat kita gelak tawa. mahu mereka selamat dan bahagia? kalau itu kita rasa. itu juga rasa mereka.

jangan terlalu cepat melatah. kita kan serumpun bangsa. kita makan nasi dan lauk rendang sama saja. cara masak lebih kurang saja. memang ada cacat cela sana sini. tapi kan ramai lagi yang cakap terima kasih. dalam hati mungkin beribu dia berdoa baik untuk kita. tidak perlulah kot diluahkan di depan kamera. dari hati itu kan lagi baik. kita juga sama. tolong lah dari hati. apa kamu dapat kalau terus sakit hati dan berdendam? ada rasa puas hati ka? ada rasa tenang diri? tidak mungkin ada. padamlah segala serkam dan api yang cuba membara. siramkanlah dengan bahagia. bantulah dari hati. rezeki kita ini pun Allah yang bagi, jom lah kongsi-kongsi. kalau tak mampu dengan harta, tolong lah doa.

kamu di sana atau di sini..
ini kita. bukan kamu atau kami.

kita.

=)

Justify Full

7 comments:

ZuL said...

mcm a samad said siott....

~nasrah~ said...

ceh..

Qis said...

WOIHH!! mula2 aku ingat ada org hack blog hg utk tulis entry ni...

*aku tgh buat standing ovation utk hg. sorg2.

fiza said...

kak nasrah, ni bahasa melayu tahap tinggi...x paham..huhu~ sy ni BM pun tunggang langgang dh...

~nasrah~ said...

qistin: patriotik dak aku..hehe

fiza: biar betul..rasa dah tak sangkut2 dh ayat ni..

maz said...

mcm disana menanti disini menunggu la...err...sama tak?ahaha

~nasrah~ said...

hahaha..sengal la lu. boleh la boleh la..