Sunday, September 13, 2009

kata

aku mahu kasih
aku mahu cinta
aku mahu tenang
aku mahu bahagia

aku mahu aku jadi aku
aku mahu kamu jadi kamu
aku mahu jadi lebih baik
aku mahu kamu juga begitu

aku mahu kamu bawa aku tuju Dia
aku mahu jalan sama-sama
aku mahu kamu depan aku sisi bukan belakang
aku mahu ini jalan cerita kita

aku mahu rasa bukan kata
aku mahu usaha bukan janji sahaja
aku mahu lengkap bukan sempurna
aku mahu nyata bukan kabur semata

ya, aku banyak pinta.
ya, aku mengada.
ya, aku dah cuba.
ya, aku masih ada.

masih mahu angkat aku bangun?
masih mahu langkah sama-sama?

kita tetap milikNya.
usaha.
tapi tetap dalam kuasa Kun Fayakun Nya.
aku redha.

bismillahirahmanirrahim.

2 comments:

pecinta penulisan juga said...

makin dibaca, makin ternyata.
nasrah sudah ada style dan gaya sendiri ketika menulis.
shabbas beti, shabbas.

struktur dan pengayaan makin kemas. best. cuma flow & rhythm kena up sket. cuba baca dgn kuat selepas menulis. dr situ akan tampak kalau ada 'sendawa' dalam karangan kita.

keep itu up!

~nasrah~ said...

uih la..komen dr atas rupanya.

a ah..bila baca kuat bunyi macam bersepah. just say out the inside feeling..mana2 dulu yg kuar je. ekeke..

thank you sifu!