Saturday, September 26, 2009

chenta hati

chenta hati
mari main teka teka
sebab memang itu pun kerja minda
padahal tiada kaitan dia
suka lah anggap siapa siapa
suka hati engkau lah

ayat sangkut katanya puisi
padahal aku cuba jaga hati
kang cakap depan terus mati
oh chenta hati

ada ketika macam belasah saja
ada ketika rasa takut gila
kadang kadang fikir tak mau langsung pun ada
baru padan muka

chenta hati
bukan boleh jumpa kat pasar pagi
kat pasaraya hari-hari jauh sekali
tapi mungkin kat kenduri
yang pasti bukan semudah petik jari

ini soalnya hati
ini bukan tahap berbelah bagi lagi
ini sudah tahap hancur berkecai bersepah kat tepi
mungkin sebab dah ngeri

tabah, itu yang dicari
yang sanggup kutip dan cantum kembali
ini cerita sampai mati
oh chenta hati

p/s: macam pantun plak..hehe.

2 comments:

s.u.e.r.i.e said...

chenta hati
bukan boleh jumpa kat pasar pagi
kat pasaraya hari-hari jauh sekali
tapi mungkin kat kenduri


eceh.. bukan main lagi
nak jugak petik kat mana kau jumpa chenta hati
eventho berjumpa kat kenduri
apa ada hal, janji dia sanggup sehidup semati
haa.. cepat2 la ikat dengan 'tali'
kalau tader 'tali', cincin pun jadi

ekekeke.. amek kau, comment pun nak kena berpuisi, haha

~nasrah~ said...

hahahaha...
ada org perasan plak part tu..
malu la ai..hahahah..

soalan cepu cemas utk chenta hati tu. tanya byk2 kang pengsan plak. hehe..