Tuesday, September 29, 2009

tetap

aku mahu tetap
yang ada dalam hati
seperti tetapnya sepohon pokok yang besar
yang gagah dipegang tunjangnya
ribut taufan bukan cabaran

teguhlah imanku.

Saturday, September 26, 2009

chenta hati

chenta hati
mari main teka teka
sebab memang itu pun kerja minda
padahal tiada kaitan dia
suka lah anggap siapa siapa
suka hati engkau lah

ayat sangkut katanya puisi
padahal aku cuba jaga hati
kang cakap depan terus mati
oh chenta hati

ada ketika macam belasah saja
ada ketika rasa takut gila
kadang kadang fikir tak mau langsung pun ada
baru padan muka

chenta hati
bukan boleh jumpa kat pasar pagi
kat pasaraya hari-hari jauh sekali
tapi mungkin kat kenduri
yang pasti bukan semudah petik jari

ini soalnya hati
ini bukan tahap berbelah bagi lagi
ini sudah tahap hancur berkecai bersepah kat tepi
mungkin sebab dah ngeri

tabah, itu yang dicari
yang sanggup kutip dan cantum kembali
ini cerita sampai mati
oh chenta hati

p/s: macam pantun plak..hehe.

Friday, September 25, 2009

Lifehouse - You Belong To Me

see the pyramids around the Nile
watch the sunrise from a tropic isle
just remember darling all the while -
you belong to me

see the marketplace in old Angier
send me photographs and souvenirs
just remember when a dream appears -
you belong to me

and I'll be so alone without you
maybe you'll be lonesome too

fly the ocean in a silver plane
see the jungle when it's wet with rain
just remember till you're home again -
you belong to me

oh I'll be so alone without you
maybe you'll be lonesome too

fly the ocean in a silver plane
see the jungle when it's wet with rain
just remember till you're home again -
you belong to me


weeeeheee...hehehehe.. tenkiu!

Thursday, September 24, 2009

the day they become as one


With all my heart, i said my grateful to Allah n a big big congratulationss to a man that i called bestest friend n greatest brother 4 his big day becoming a husband. The kindness, the care, the help, the sacrifice, the joy moments, the thingss that u'd taught could only be repay by HIM. This is one of it.

Congratulations to Mohamad Hafiz n Nurul 'Asyikin.

p/s: tgh tggu pic dr nurin utk dicuri n ditempek di sini.hehe..cpt la gumok! trhegeh2..

*updated with pic.*

Sunday, September 20, 2009

maaf

sayu
entah jumpa lagi yang sebulan itu
tahun ni banyak aku ke laut
rugi

aku tak mau rugi lagi
hari ni
aku memaafkan
aku pohon dimaafkan
semoga sungguh lenyap dalam hati
segala rasa yang tercalar itu

aku,
nasrah
memohon semoga diampunkan segala salah dan silap ku
paling banyak dosa kata aku rasa
ampun ya..

~ salam aidilfitri ~

Tuesday, September 15, 2009

hina itu aku

Ya Allah,
untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta.
Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka.
Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu.
Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku…
Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

sumber: genta rasa

Monday, September 14, 2009

t.i.d.u.r

tidurlah mata
esok hari masih ada
banyak lagi perjuangan di depan sana

tidurlah hati
tahan diri
hanya sedikit sakit ini

tidurlah minda
inikan untuk kebaikan semua
bukan untuk selamanya

=((
tidur ja laaa!!!
kang sakit kepala pulaakkk!!

Sunday, September 13, 2009

kata

aku mahu kasih
aku mahu cinta
aku mahu tenang
aku mahu bahagia

aku mahu aku jadi aku
aku mahu kamu jadi kamu
aku mahu jadi lebih baik
aku mahu kamu juga begitu

aku mahu kamu bawa aku tuju Dia
aku mahu jalan sama-sama
aku mahu kamu depan aku sisi bukan belakang
aku mahu ini jalan cerita kita

aku mahu rasa bukan kata
aku mahu usaha bukan janji sahaja
aku mahu lengkap bukan sempurna
aku mahu nyata bukan kabur semata

ya, aku banyak pinta.
ya, aku mengada.
ya, aku dah cuba.
ya, aku masih ada.

masih mahu angkat aku bangun?
masih mahu langkah sama-sama?

kita tetap milikNya.
usaha.
tapi tetap dalam kuasa Kun Fayakun Nya.
aku redha.

bismillahirahmanirrahim.

aku cikgu


sungguh, amanah itu sangat berat
macam tak tertanggung rasa

aku bahagia di samping mereka
gelak gumbira (tepuk tangan sama-sama)
riuh rendah
hingar bingar aku mahu ke pasar
(aiiceeh..tiba2 masuk poem ada apa dengan cinta plak..ekeke)

aku gelabah
setiap kali kaki melangkah ke dalam ruang ilmu itu
boleh kah
dengar kah
faham kah
betul kah

layakkah restu aku dipohon
layakkah tangan aku dikucup

tapi
aku sudah kasih
aku sudah rindu
aku sudah cinta

ini aku. aku cikgu.

permaidani itu

di situ aku berdiri
di situ aku sujud
di situ aku bersimpuh
tunduk mengadap
tekun menghafal
cuba memahami
dalam mengenangi

suatu ketika
dalam kepayahan
dalam celahan ruangan yang sedikit
aku mencuri tenaga yang sisa untuk Dia

di suatu ketika itu juga
dalam kekalutan hari-hari yang berbeza normanya
aku pinta yang ku yakini lebih baik untuk ku bersamaNya
hati yang hilang gundahnya,
lebih kuat hadapi dugaanNya,
terisi ruang kosongnya.
cerita hari yang lebih biasa, lebih sumber ibadahnya.

aku sudah punya malam yang tenang untuk Dia
aku punya hari yang lebih baik daripada yang ku pinta
aku ada tenang itu, kuat itu.

aku punya terlalu banyak sebab untuk aku berterima kasih.

namun terlalu sedikit pula, aku tadah di atas permaidani ini.
doa;
mohon rayu pertolongan.
sujud syukur ketenangan.

Puasa Yang Terlebih Makan

Alasan buka puasa bersama-sama seem to be a good one!
Bulan puasa sebulan ja kan..bukan senang nak dapat gather ramai2 after study ni.
Suma org dah ada commitment masing2..
My dearest friends, i AM so proud of all you guys..
with who you are, where you are now ~~

haha..aku masih ingat di kala time2 "GO DM! GO Mapley! GO PM!"
i miss the good old days.

Tahun ni agak terkilan..tak sempat nk gather bukak puasa ngn Asmarians like the previous years. Hopefully, we will meet up n gather this raya!

But this year also, i joined a new bunch of great friends.



5th Aricha at Seoul Garden Plaza Pantai



Makan-makan Orang Kaya kat KLGCC with this crazee fellas n Juani's family.



Malu-malu kucing with MMU peeps at Restoran Tasik Shah Alam


Tuesday, September 8, 2009

ingat janji kita



Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam.

Janji yang kita perbaharui sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari di dalam doa iftitah semasa solat. Tapi sejauh mana sebenarnya kita dah tunaikan janji itu?


Saturday, September 5, 2009

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH


www.iluvislam.com

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

separuh

sudah separuh
kali ini macam surut
entah mana pergi ke laut yang sepatut
sungguh lah membazir tahan perut
harap harap ada la sedikit yang tersedut

cuba lagi..
huhu..

ceritakan kisah itu

meluah apa yang rasa
mengikat apa yang kata
menunai apa yang janji

keluar sampai lega
tapi simpan sampai seksa
semua kerana mahu menjaga

aku ada
aku dengar
aku pegang
sebab aku tak mampu tolong.

untuk aku?
kamu ada?