Tuesday, August 18, 2009

alunan

ramadhan dah sangat dekat.
rindu sangat.
taktau kenapa..
satu perasaan yang sangat berbeza bila bulan ramadhan.
mungkin orang yang jahil mcm aku ni..
rasa lain macam ja..

macam mana la rasanya org2 yang baik2..alim2..
hati mulia suma tu kan..
mesti macam bahagia..indah semacam ja kan..

aku baru hafal maksud surah al-fatihah.
dari sejak kecik sampai sekarang aku baca, aku hafal ja bacaannya.
tapi hanya selepas aku jatuh tergolek2..
di kala aku mencari balik ketenangan yang sepatutnya..
baru aku nak terhegeh2 nk hafal maksud surah al-fatihah.
indah. perfect.

aku ingat lagi..
masa tu aku dekat surau tingkat 19 IBM.
solat jemaah. tak ingat waktu apa. maghrib tak silap.
yang paling aku ingat..alunan suara imam membaca surah al-fatihah.
menusuk ke jiwa.
aku tatau kenapa hati aku cair..
sampai nak nangis..
serius aku ingat lagi perasaan tu.
sedap sangat.
tapi sampai hari ni aku tatau sapa yang jadi imam masa tu.

selain tu..sebelum tu ada juga seorang hamba Allah, sahabat aku tu pun sedap sangat masa dia baca ketika dia mengimamkan solat. aku dengar ja masa tu. x join jemaah.
kat madinah & makkah..mmg perasaan yang sangat2 lain. tambah2 bila diri yang hina, kecil ini mengadap kaabah. hmm...rindunya perasaan tu.

Syeikh Saad Said Al-Ghamidi is my favourite Al-Quran reciter.
setiap kali dengar dia baca, menusuk ke jiwa raga.

hmm...
dengar. dah rasa sampai dalam.
baca. ikut ombak pasang surut.
amal. hmm..tah ke laut aku ni...huhu

2 comments:

Zul said...

Al-Quran itu mukjizat... ramai yang lupa termasuk diri ku yg hina ini... semestinya bagi mereka yang berilmu merasa begitu indah apabila mukjizat itu dapat di amalkan mereka... jika kita dan diri ini hanya berfikirkan Al-Quran itu hanyalah amalan... kurang kesannya terhadap diri...

~nasrah~ said...

betui..betui..betui.. =)