Wednesday, August 26, 2009

1 Malaysia


patriotik sungguh tajuk entri aku. sempena bulan kelahiran aku..eh bukan. bulan kemerdekaan.
tapi entri tiada kaitan pun. aku ingin mengingatkan diri sejarah kejadian baru-baru ini dan penghargaan buat staff hospital. sapa kata staff hospital x bagus memang salah.

aku telah selamat dikejarkan ke bahagian kecemasan di hospital sultanah bahiyah yang besaq, indah nan canggih baru2 ini. kejadian berlaku pada hari pertama puasa. disambut dengan jayanya dengan wheelchair, gara2 aku tumbang di depan kaunter. sungguh cekap staff hospital itu menyambutku. seb baik sempat. kalo tak, memang lantai ja la yang sambut masa tu. bravo..bravo..!!

pastu aku yang seharian menjadi pengunjung setia toilet dek cirbir dan muntah yang terlalu amat banyak kali (cikgu BM mesti marah aku ni).. terus mencari toilet terdekat semasa menunggu giliran. keadaan aku yang macam kritikal dan nazak tu (cewahh..pandai aku tambah perisa cerita) eh..tapi mmg kritikal la hinggakan terpaksa cutting the line. pastu terus ditolak ke wad kecemasan. dia cucok tang sana, dia cucok tang sini.. sakit dowh. tapi mendengar betapa lemah lembut doc dan nurse memujuk aku setiap nak buat check up..sejuk hati. eh? bukan misi org kata garang ka? xdak pon. suma baik2 ja.

tetapi....
walaupun suara lunak memujuk..sakit tau kena cucok2 tuuu!!! body tempreture : 38.8..low blood pressure..very dehydrated.. pastu kena on drip 2 botol. kena masuk ubat kt tangan, kt bo**ot dan kat mulut. pastu pengsan. sedar2 aku cari toilet lagi. huahuahua.. kol 3 pagi doc release balik umah. sambung pegi jamban kat umah plak selama 4 hari lagi. muntah je dah berenti. asik melepek ja aku. sambil pujuk diri...takpe2..sakit tu menghapuskan dosa2 kecil. Allah nak clearkan dosa2 kecil awal2 puasa ni..takpe2.. sabar2.

sebelum puasa baru ja berjaya menambahkan berat. dah sakit. makan sikit pon tak lalu. paksa makan ja untuk lapik perut. sikit ja. janji makan. hari ni 1st time aku habiskan sepinggan nasi.. sebelum ni orang kata aku bela jin, makan banyak tapi x gemok. hehe..ni aa jin dah kuar kot. kena ikat masa bulan ramadhan. alhamdulillah.. dah getting much better. hari2 merenget macam budak2. haha..layan je la eh.

kan aku cakap..entri xdak kaitan dengan 1 malaysia pun. ekeke..
sekian.

2 comments:

fiza said...

apa daa~....sy kobar-kobar nk baca entry akak..ingat ada semangat patriotik..tp citer pasal cirbir....:P

~nasrah~ said...

hahahaha...dah cakap dah awal2.. tak patriotik ke menghargai nurse n doc yang tere. hahaha...