Friday, June 26, 2009

nisbah

kenapa perlu dirisaukan yang satu
kalau ada 10 lagi yang masih baik
kenapa perlu jatuh sebabkan yang satu
kalau ada 10 lagi yang masih gagah di belakang

tapi..
kalau tak dapat 10 satu pon dah cukup baik

jangan lah tamak

memang kita nak maju, malah lebih maju daripada org lain
tapi kadang2 kita kena juga ambil satu langkah ke belakang
dan lihat dari sudut berbeza
supaya kita boleh berada di depan dgn hebatnya tanpa sia-sia

Tuesday, June 23, 2009

di mana kamu?

...

wash away

ada satu rasa dalam hati
rasa yang pastinya tidak menenangkan
bukan mudah menyahrasa ini
bukan senang menjentiknya keluar

aku tak suka hinggapan ini
sangat merimaskan
sungguh org kata syurga dunia adalah ketenangan hati
tolong lah aku Yang Maha Kuasa
layakkan diri ku menikmatinya

mungkinkah Kau rindu padaku
demi menarikku kembali kepada Mu
janganlah Kau biarkan aku alpa di kala kebahagiaanku
janganlah Kau biarkan aku hanyut di kala kekalutan hati ku

aku sedar
semua ini hanya pinjaman dari Mu
sungguh, aku benar-benar berserah pada Mu
demi yang terbaik untuk diri ku, dia, mereka semua..

Monday, June 22, 2009

may i have the correct answer pls

mengcangkul ke
mencangkul ke
menyangkul???

aku sgt blur.
3 org bg jwpn lain2..
biar betul.

another start

=)

today..
practically, i am a teacher.
amanah besar tu..pergh..cuak!
semoga segalanya dipermudahkan.
amin..

***************************************************************
=(

semalam..
aku dpt tau satu cerita yang agak menyakitkan hati.
daripada aku tak menyampah..aku jadi sgt menyampah.
sebelum ni dh banyak kali sgt aku pujuk diri aku..pikir positif pasal ko.
tapi kali ni mmg dah too much.
sorang keji..busuk hati..selfish..
sorang buduh..sengal..bengap..buta hati..


utk kali ke brp tah..
aku sgt bengang dgn org hipokrit.
pelis la jgn nak menjatuhkan standard pandangan org
terhadap orang2 yg mcm ko tapi mereka sebenarnya ikhlas.
kau cukup bijak aku rasa utk pikir lebih dalam.


ya Allah..
tolong lah jauhkan perasaan ini dari hati ku.
semoga kami semua diberikan petunjuk dan hidayah Mu..
termasuk mereka.

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Sumber: www.iluvislam.com

Saturday, June 20, 2009

along the way

i thought i've been through alot
but i met someone that who had a tougher one
i think God sent that person to me
so i would be grateful

i thought it's really over
but there's someone who came and offered help
i think it just a sign
so i won't give up and believe there's hope

Thursday, June 11, 2009

Wednesday, June 10, 2009

i 'write' it down

blogging.

i write down about anything..but not everything.

ada untuk kawan-kawan.
ada untuk kenangan.
ada untuk teguran.
ada untuk nasihat.
ada untuk sound org tak paham bahasa (tapi tetap xpaham..heh).
ada untuk konon2 mengasah bakat.hehe..poyo.
ada saja-saja tak dak kaitan dgn apa-apa.

but most of all, adalah utk ingatan kepada diri sendiri.

aku hanya tulis. ada yg paham. ramai yg tak paham.
mungkin disengajakan. hee..

******************************************************************

ini cerita daripada seorang sahabat.
dari satu segmen kat radio hotfm.
topik haritu dugaan sebelum perkahwinan. (lebih kurang la tajuk ni)

ada yang telefon cerita pasal dugaan setahun sebelum kawin..
ada yang cerita sebulan, seminggu, beberapa hari sebelum..
memang macam2 cerita la.
ada yang sakit..
ada yang keluarga meninggal..
ada yang dah susah payah, pastu suami cari pasal..dan bercerai.
ada yang pasal duit..

tapi ada satu cerita ni..
dia telefon, dia cakap..dugaan kawin dia 10 minit sebelum.
kira org lain telefon ceta sebulan, seminggu, setahun..
tapi dia cakap..dia punya hanya 10 minit sebelum.

semua orang hilang.
mak ayah dia, bakal isteri dia, keluarga dia..dgn tok kadi pon hilang.
ingatkan hilang sebab apa..accident ke..kena kidnap alien ke ape..
ke suma org pakat2 lari ke kan..

10 minit sebelum majlis akad nikah dia..

tsunami datang.

semua orang di tempat dia..meninggal.
hanya dia yang selamat. satu2nya hamba Allah yg selamat di situ.
caller tu berasal dari Acheh.
sampai hari ni dia x berkahwin...
peristiwa tu 6 thn lps.

masa aku dengar tu aku terdiam.

masyaAllah..

bukan pasal dugaan kawin yang aku cuba sampaikan di sini.
tapi betapa besarnya kuasa Allah.
dalam masa beberapa saat, Allah boleh tarik balik segala yang Dia berikan pada kita.
takut aku pikirkan segala yang berlaku..

lagi aku nak sia-siakan masa..
lagi aku nak buat sambil lewa..
aku ni jauh sangat daripada title hambaNya yang bertaqwa..
ya Allah..takutnya aku..

hmm..
kamu tahu apa akan jadi 10 minit dari sekarang?

pleasing everyone

(ade eh word pleasing? belasah je la..)

yes, you cannot please everyone.
adalah suatu perkara yang susah untuk menggembirakan orang.
kadang2 jadi macam syok sendiri.
kadang2 jadi macam salah cakap.
tu normal.

tp jgn takut utk teruskan.

adalah membahagiakan apabila dapat membahagiakan orang.
ibu.
ayah.
adik-beradik.
keluarga.
suami.isteri.
kekasih.
sahabat.
kawan-kawan.

hebat perasaan apabila dapat melihat
senyuman itu.
muka gembira itu.
gelak tawa itu.
wajah ceria itu.
kelegaan itu.

appreciation. i had issue about that last time.
let's not talking sapa salah or sapa betul.
whatever it is, part of it still my fault.
if not, it's not gonna be any issue..kan?

sekarang..
aku try dan do my best to appreciate everything and everyone.
even for a small matter.
sebab aku tau perasaan kehilangan.
sekurang-kurangnya aku tak menyesal of not doing it.

tak susah..
nak cakap tima kasih.
nak senyum.
nak diam bila tak suka.

life is temporarily basis!
bila2 suma menda yg kita ada bleh diambil balik.
bukan semua mesti tentang 'AKU' semata.
banyak kisah lain dalam hidup ini.
ada juga kamu, dia dan mereka.
diam. dengar.

aku ada byk kurang.
harap ada byk ruang untuk aku betulkan.

changing, i am.

Tuesday, June 9, 2009

aminn

tima kasih kawan2 yang telah mengaminkan doa aku..
hehehe..

this is to those yg dpt msg aku smlm.
kalo jadi betul aku belanja korg mkn.

sila jgn mention di sini isi kandungan tersebut.
biarlah menjadi rahsia antara kita.
hua hua hua..

Saturday, June 6, 2009

feeling of needed

i hope..


someone
somehow
somewhere

have a feeling of needed me..
so, i know, aku ni berguna jugak kt dunia ni..even once.

=)
do you?


p/s: on this lovely day, there's few persons that come in my life n play certain important role..got married. congrats! happy 4 u.

Wednesday, June 3, 2009

3 N

mereka yang cantik =)

mereka yang sewel

dinding tu boleh melekat

tak cukup korum. missing here Dr. Juani.

cayaq habaq haangg

kejadian satu saat
tapi seb baik tak pengsan
seb baik tak pitam
gile lah

haih..
cayaq habaq hang!
ekekeke..

*forbidden love - pinjam ayat faten

Monday, June 1, 2009

sampai tak sampai

aku selalu tak sampai hati
aku selalu serba salah
sebab tak sampai hati
penat eh nak jaga hati ni..

suka hati lah.
heh.
aku cakap ja, tapi tetap tak sampai hati.

haru sungguh la aku ni.

bahagia yang membahagiakan

tajuk adalah quote dari genta rasa
http://genta-rasa.com/2009/05/31/bahagia-itu-bila-membahagiakan/

bahagia hanya datang
bila yang orang yg paling hampir kita bahagia
tidak perlu dikhabarkan
kerana jawapan itu hanya untuk diri

pilihlah siapa saja
hanya hati tahu pilihan itu

dengan apa pun caranya
memenuhi apa yang diimpi
mengiyakan apa yang dikata
menahannya daripada jatuh

atau sekadar ada di situ
atau mungkin pergi jauh dari situ

rasa itu indah
mungkin kadang2 ada yang rasa pedih sedikit
Allah ada, Dia lihat segalanya

senyumlah
berbahagialah
tak susah..
=)