Wednesday, May 6, 2009

baiknya

baiknya Allah.
kat mana2 Dia hantar aku,
mesti Dia kirimkan sekali sahabat2 yang best.

baiknya Allah.
bila2 masa aku jatuh terduduk ke tergolek ke tersandung ke,
mesti Dia kirimkan sekali tangan untuk tahan atau tarik aku bangun balik.

baiknya Allah.
dah banyak jahat, dosa ternoda aku buat,
belum pernah aku kena panah kilat ke, atau balasan yang betul2 dasyhat.
kadang2 je kena jentik, nak bagi sedar balik.
tu pon dah takut gila.

baiknya Allah.
sebengong2 dan sejahil2 aku ni,
Dia tak pernah biar aku jadi busuk hati.
malah Dia bagi hati aku ni kuat.

baiknya Allah.
baik tersangat-sangat.

2 comments:

eksp said...

sebab tuh Allah cakap yang Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengasih... =)

~nasrah~ said...

kan kan..betul la wei..