Tuesday, May 26, 2009

miss me?


rindu aku tak?
hehehe..

nnti aku update ye wahai kwn2, sedara mara, langau2..
(edisi perasan, padahal aku je dok baca)

byk nk membebel ni.

ni gambar terbaru selepas kena langgar ikan tu.

ikan tu ikan parang, anak kot. beliau telah melompat dari lautan lalu dtg mencium badan aku. lalu jatuh ke dalam bot dan menggelumpur. habis busuk tudung aku bau ikan tak pasal2. kitorg beranggapan ikan tu bunuh diri. frust bercinta. biasa la masalah remaja. hehe.. tapi seb baik ikan parang..kalo ikan todak.. mmg kiookk dah aku kt atas bot nelayan tu.

Wednesday, May 20, 2009

superhero

wani kata dia dah jadi wonderwoman.
aku?

macam penat.
tapi ingat niat.

masih gagah kayuh.
jauh sangat lagi perjuangan ni.
ini baru set induksi kalau dalam istilah rancangan pengajaran harian.

aku ada Tuhan.
beri aku semangat itu.
beri aku kekuatan itu.

fizikal. mental. emosi.

aku nak tolong semua.
aku nak sokong semua.
aku nak buat segala.

maaf, aku hanya manusia.

Fifteen Things God Won’t Ask

God won’t ask which car you drive, but will ask how many people you drove who didn’t have transportation.

God won’t ask how big is your house, but will ask how many people you welcomed into your home.

God won’t ask about the fancy clothes in your wardrobe, but will ask how many of those clothes helped the needy.

God won’t ask about your social status, but will ask what kind of class you displayed with others.

God won’t ask how many material possessions you had, but will ask if they dictated your life.

God won’t ask what your highest salary was, but will ask if you compromised your character to obtain that salary.

God won’t ask how much overtime you worked, but will ask if you worked overtime for your family and loved ones.

God won’t ask how many promotions you received, but will ask how you promoted others.

God won’t ask what your job title was, but will ask if you reformed your job to the best of your ability.

God won’t ask what you did to help yourself, but will ask what you did to help others.

God won’t ask how many friends you had, but will ask how many people to whom you were a true friend.

God won’t ask what you did to protect your rights, but will ask what you did to protect the rights of others.

God won’t ask in what neighborhood you lived, but will ask how you treated your neighbors.

God won’t ask about the color of your skin, but will ask about the content of your character.

God won’t ask how many times your deeds matched your words, but will ask how many times they didn’t..

Monday, May 18, 2009

entry versi pagi

dalam meredahi cerita hidup
adakala ada hujan
ada panas terik
ada ribut petir
ada tandus kontang

dalam perjalanan itu
kadang2 ada payung dipinjamkan
malah dipayungkan
seronok
indah
selamat

tapi itu hanya payung
yang mungkin dipulangkan
yang mungkin rosak

ada yang lagi baik
kalau ada yang cukup gagah
cukup berani
cukup hebat
untuk membina bumbung di sepanjang jalan itu

kamu,
payung atau bumbung?

this is my story IV

kehadapan bintang jatuh,

ini MUNGKIN penutupnya,

kalau sebelum ini, aku rasa kamu yang terbaik
tapi Tuhan kata belum
aku suka
sebab aku tahu Tuhan akan hantar yang lagi baik
(woooohooooooo...!!!)

ingat janji aku dgn kamu?
sampai kamu genggam tangan aku itu.
aku tahu kamu akui semua itu.
malah aku yakin dengan sepenuh hati.

terima kasih
atas pertemuan itu
atas payung yang kamu pinjamkan itu
hebat kisah itu

Friday, May 15, 2009

happy birthday sahabat!!

hehehehe...
yaaa aaaammppuuunnnn!!!

aku terlupe beb..
but with full of my heart,
i pray for your happiness, jodoh, wealth and health!
last but not least, our great friendship will remain till end of days.


happy birthday..(bleh sebut nama tak?)

Thursday, May 14, 2009

reasons to smile

..well..actually to laugh out loud!

hahahahaha..
adeh la manusia..
sungguh kelaka la korang..

terima kasih kerana karenah korang yg menceriakan hidup aku..
hahahahahahahahaha...
serius kelaka..

=D

ye, aku pon kelaka gak..
sbb aku pon org..
ekekeke..

Monday, May 11, 2009

My Name

aku suka menda ni! sgt cool.
cahaya ketenangan - maksud nama aku. hehe. bercahaya ke? tenang ke? jeng jeng jeng..
i have a few nicknames.
most ppl called me Nasrah.
1. kecik - ye, obviously becoz of the size. until now, still ramai yg panggil.
2. budak sekolah - abg sam n abg apai pjg panggil.
3. nas - ni dasar nk pendekkan jugak nama aku...haha.
4. chipmunk - org pertama pnggil aku ni ialah Lados. tapi aku tatau camne bdk2 IBM n KPLI terpikir the same name. demyuh. haha.. tapi aku terima ja. chipmunk tu comel.
aik? tu je?
xde la byk sgt. mungkin ada lg..tp ni je yg kekal smpai skang.
anything else?
weirdxzz ialah nick dalam internet semata.
jgn le sesapa gerdiks nk panggil. aku pon geli.
walopon sudah 11 tahun menggunakannya.

Sunday, May 10, 2009

layan tag ati mabuk

rules & regulations
::: DO NOT copy answers::
tagged questions must be 100% same::
tag 9 people before doing the tag.


people i tag :
1. hilmi
2. qistin
3. faten
4. peh
5. surie
6. dhiya
7. aima
8. apit manan
9. jamal

how do you know 1?
pres asasi

what would you do if you never meet 2?
i would never find the courage i have now =)
*tepuk2*

what would you do if 3 & 4 dated?
waahahahaha..gosip meimon akan termakbul.

would 5 & 6 make a good couple?
a homo one..maybe..hahaha

you think 7 is attractive?
cumel!

would you date 8?
errk! nak mampos..kang aku kena tembak dr jauh.

tell me something about 9
a cool fren that i met about 3 years ago and now a cikgu yg suka nyanyi2 walopon x sedap.
ekekeke..

what's 1's favourite past time?
p surau..lalala.. dan bg ucapan kot.

what language does 2 speaks?
hahaha..bahasa falsafah..

who is 3 going out with?
ade ke? hahaha..dia tunggu lecturer tu ajak kuar kot.
wahahaha..

how old is 4?
tua bangka tak sedar diri ni dah 26..hehe.

when was the last time you talked to 5?
a few minutes ago.

who is 6's favorite singer?
dia kata agnes monica..baru tanya.

would you date 7?
of coz! janji dia belanja aku.

is 8 single?
TIDAK! haha..

what's 9's last name?
lia? hahaha..ok tak jamal?

Friday, May 8, 2009

mode tempek2









Be Nice & Smile


Be nice and smile to everyone you meet.

You don't know what they are going through,

and they might just need that smile.

At least for a moment, it would make a lot of difference to them.

Life gives us many such moments to make others feel better.

For tomorrow when you feel low,

someone might smile and you may feel better.

Hitam itu Seksi..haha

from iluvislam-Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika.

" Muka Kak Long dah putihkan Ummi, " kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi." Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang ?" saya melemparkan pertanyaan.

Hairan dengan lakunya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini." Kak Long nak putih macam Kak Ngah, " Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam.

Belas pula saya melihatnya.Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami.

" Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina" Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah.

" Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya, " saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya.

WANITA DAN WARNA KULIT

Betapa dunia hari ini. Seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih, semakin banyak mata yang menoleh.

Ironinya, di luar negara khususnya di UK ini, ramai wanita terutama golongan remaja kulit putih yang baru menginjak dewasa berfikiran sebaliknya. Bagi mereka, berkulit gelap dan hitam lebih seksi dan memikat hati. Justeru mereka berlumba-lumba melakukan rawatan wajah dan seluruh tubuh yang dinamakan ‘sunbed' untuk menukar warna kulit dari putih ke warna coklat dan agak gelap. Dilaporkan, lebih dari 25% remaja dan golongan muda di UK menunjukkan gejala obses terhadap rawatan berisiko ini.

Saya pernah menonton satu rancangan bualbicara, Trisha Goddard Show yang banyak mengenengahkan masalah masyarakat termasuk remaja yang terlalu obses dengan kecantikan diri. Remaja jemputannya pada rancangan tersebut membelanjakan hampir GBP2000 sebulan hanya untuk rawatan kulit dan tubuh badan. Jumlah ini termasuk kos melakukan rawatan ‘sunbed' di atas. Baginya, rawatan tersebut menjadikannya kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan seterusnya akan mendapat ketenangan diri.

Saya bimbang dan kasihan melihat wanita-wanita yang terlalu mementingkan kecantikan rupa seperti ini. Bimbang kerana jika mereka seorang selebriti, pengaruh yang dibawa bukan sedikit impaknya. Ramai wanita kini menjadikan artis dan selebriti sebagai idola dalam menentukan gaya dan penampilan mereka. Kasihan, lantaran kecantikan yang mereka tonjolkan adalah cantik palsu yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit' ingin sentiasa cantik ini, apa yang telah dimiliki bagaikan tidak mencukupi dan ada sahaja yang tidak kena dengan kemahuan jiwa. Mereka kurang yakin dengan penampilan biasa-biasa. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka berlumba-lumba melakukan rawatan mencantikkan tubuh dan rupa. Cuma bezanya, yang putih ingin lebih gelap dan gelap pula mengimpikan kulit putih menawan. Cetusan keinginan yang sama walau berlainan warna dan rupa.

SYUKURI KESEMPURNAAN

" Eee..tengok muka orang tu Ummi, sebelah mukanya tak ada" Kak Ngah tiba-tiba menjerit. Mungkin terkejut dengan gambar yang dilihatnya di kaca televisyen. Saya dan suami saling berbalas pandang. Kak Long yang asyik menggunakan komputer juga menerpa ke ruang depan mendengar jeritan Kak Ngah.

Ketika itu kami sedang menonton rancangan bercorak dokumentari, The extraordinary People yang memaparkan wajah dan rupa tubuh manusia yang luarbiasa dari yang biasa wujud di dunia ini. Dan kali ini, wajah lelaki di hadapan kami rongak sebelah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang rebeh sebahagian besarnya. Wajahnya memang cukup menggerunkan bagi anak kecil yang melihat.

Lelaki itu berasal dari kawasan pedalaman negara China. Kedudukan kampung halamannya yang jauh terpencil menyebabkan dia hidup beberapa tahun dengan wajah yang rosak teruk selepas diserang seekor beruang hutan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital di tengah kotaraya untuk menerima rawatan membaikpulih wajah dengan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Saya, suami dan anak-anak melihat dengan rasa penuh keinsafan.

"Sebab itu kita yang ada wajah yang sempurna ini perlu selalu bersyukur. Allah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Semua sama sahaja. Ada mata, hidung, mulut, telinga dan anggota lainnya. Jadi kena selalu ucap Alhamdulillah," kata suami saya menasihatkan anak-anak sebaik selesai menonton.

" Tak boleh banyak komen tentang warna kulit lagi, " saya mencelah dengan nada bergurau. Mata saya memandang Kak Long yang hanya tersengih malu.

" Kulit Kak Long putih juga sebab Kak Long ikut Ummi. Cuba Kak Long tengok, samakan ?" saya menambah lalu memegang tangannya di atas tangan saya. Kami berdua memang memiliki warna kulit yang sama. Bibir Kak Long mula mengorak senyum biasa.

" Tapi kulit Kak Ngah, Khalil, Solehah dan ayah lebih putih dari kita, " bidas Kak Long masih belum puas hati.

" Putih lebih sikit je. Tapi muka Kak Long muka ayah, tahu tak. Kak ngah pula lebih hampir dengan muka Ummi. Itu tandanya baik Kak Long mahu pun Kak Ngah, kedua-duanya anak-anak Ummi dan ayah yang tiada bezanya," kata saya lagi sambil menjeling manja kepada suami. Kak Long dan Kak Ngah ketawa kecil mendengar celoteh Ummi mereka.

MENGUBAH CIPTAAN

Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia. Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit hati' seumpama ini, merasakan kulit yang mulus, masih belum mampu membahagiakan kerana warnanya yang tidak seputih salju. Lalu ribuan ringgit dibelanjakan. Berbagai rawatan kecantikan dicuba tanpa mengira halal dan haram menurut syari'at agama. Semua itu dilakukan hanya untuk mencapai impian memiliki warna kulit idaman hati agar lebih menawan pada pandangan manusia lainnya. Seolah-olah kejadian Allah menjadikan warna kulit yang gelap tidak tepat dan sangat hodoh pada pandangan mata.

Soal mengubah warna kulit bukan soal ranting yang boleh dikesampingkan dari diperkatakan oleh golongan agamawan. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah, lantaran kejahilan diri. Allah SWT menghebahkan tipudaya syaitan menerusi kalamNya yang bermaksud :

Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (an-Nisa': ayat 117 - 119)

Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa Islam mengharuskan rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya seperti menggunakan ubat-ubatan untuk membuang jeragat atau jerawat yang merosakkan kulit wajah dan seumpamanya dan bukan dengan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit.

BERSYUKUR APA YANG ADA

Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba yang Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Ibrahim : ayat 7)

Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya DIA telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada Nya.

Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat). (Ibrahim: ayat 34)

Benarlah..benarlah..
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

kejahatan itu bukan kebetulan

from genta rasa

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’ setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.

Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

Thursday, May 7, 2009

-r-i-n-d-u-

aku rindu
berbicara sendiri dengan kamu

aku rindu
sentiasa sebut nama kamu

aku rindu
selalu ada kamu dalam hati aku

aku rindu
membaca tulisan-tulisan kasih kamu

aku rindu
Kamu, Ya Allah.
=(

Kau beri aku bahagia
aku tawa gembira

tapi, payah sungguh aku nak luangkan masa untuk Kamu.
ampunkan aku ya Allah.

kebaikan kerapkali perlu dimulakan berkali-kali.
come on lah nasrah!
jangan terbabas.


Wednesday, May 6, 2009

baiknya

baiknya Allah.
kat mana2 Dia hantar aku,
mesti Dia kirimkan sekali sahabat2 yang best.

baiknya Allah.
bila2 masa aku jatuh terduduk ke tergolek ke tersandung ke,
mesti Dia kirimkan sekali tangan untuk tahan atau tarik aku bangun balik.

baiknya Allah.
dah banyak jahat, dosa ternoda aku buat,
belum pernah aku kena panah kilat ke, atau balasan yang betul2 dasyhat.
kadang2 je kena jentik, nak bagi sedar balik.
tu pon dah takut gila.

baiknya Allah.
sebengong2 dan sejahil2 aku ni,
Dia tak pernah biar aku jadi busuk hati.
malah Dia bagi hati aku ni kuat.

baiknya Allah.
baik tersangat-sangat.

ini rahsia

ok.
aku nak pecahkan satu rahsia.
again aku cakap..aku rimas.

kepada langau2 dan nyamuk2,
aku rimas.
aku rimas.
aku rimas.

oo..ini takde kaitan dgn anonymous.
sbb aku suka anonymous.
walaupun aku tak tau sapa anonymous ni,
tapi reti adab masuk umah org.
tak dak la nak INVISIBLEkan diri kat Feedjit Live Traffic aku.

tumpang tanya la kan,
takde topik lain eh nak sembang selain cite blog aku?atau aku?
contohnya, macam mana nak cegah daripada menghampiri maksiat ke?
atau boleh ada alasan ke untuk keluar berdua-duaan?
tu contoh je.
atau contoh lain, macam mana nak bangunkan negara ke?

haih.

Monday, May 4, 2009

hiway utara selatan jammed dan aku masih belum study

di kala2 aku buang masa tak study lagi. jumpa link ni kt blog dug.
seriously aku sgt kagum.

aku nk letak vclip kt sini. tapi xleh plak.

sila rajin click kt link tu.

pagi ni aku ada test

word for today

'read between the line'

'mencintai tak bererti memilikki'

dua2 takdak kaitan antara satu sama lain. sekian.

p.s: doakan aku berjaya meneka jawapan dgn tepat. ooo..aku tak study.