Saturday, April 4, 2009

teacher thingy 1



di suatu pagi yang hening, berlokasi di sekolah rendah, berbaju kebaya cun warna hijau pucuk pisang. seorang kanak-kanak comel berambut pendek berlari-lari arah aku. ku pikirkan kenapa budak ni kelam kabut mendapatkan aku. segala tanda tanya aku berakhir..dia berkata.."kakak!! kakak!! kakak nama apa?" ekekeke..x cukup gaya cikgu ke aku ni. boleh plak panggil aku kakak. then, aku pon bgtau yg aku cikgu. pastu dia mcm kecelaruan fikiran. lalu cuba rephrase balik soalan dia tadi dgn "cikgu kakak nama apa?" time tu aku rasa nk golek2 gelak..tapi kontrol. aku layankan je. tanya aku sekolah mana, keta warna apa. untuk pengetahuan, budak tu darjah dua.

***************************************************************************

kids need attention. tu yg pasti.
diorg akan tanya soalan2 yang sungguh mencabar minda.
contohnya;
cikgu, tarikh nak garis tak?
cikgu, nak warna bumbung kaler biru boleh tak?
cikgu, macam ni aa? (selepas satu perkataan ditulis)
cikgu, macam mana nak eja elektrik?

p.s: sib baik tak tanya kt aku nama tempat. kalo tidak, mmg kantoi aa aku tatau.

kalau bila masuk bab mengadu..mengacum.. lagi la. laki ke pompuan sama ja.

ciiikkkgguu.. dia contiang(conteng) tangan saya..
ciikkgguu..dia ambik pemadam saya..
cciikkgguuu.. dia ejek nama ayah saya..
cciikkggguu.. dia x buat kerja..
cciikkguuu.. saya tak reti la nak lukis pokok..cikgu tolong la lukis sat..
(ekeke..mcm cikgu reti lukis..solution: aku suh dia tiru kwn dia..ekekeke)

************************************************************************

situasi: 3 org cikgu tgh jalan bersama2 menuju ke kantin. bertembung dengan murid darjah 6.

"assalakum cikgu..assalakum cikgu..assalakum cikgu.."
ekekeke..seingat aku. aku dulu pon bagi salam byk2 kali kalo ada byk cikgu.
hahaha..tah apa2 kan. bg sekali pon cukup la. dah la salam pon dh tak betul.

on the way balik dari kantin pulak.

murid lain la..
"assalamualaikum cikgu-cikgu!"
eceehh..masa ni kitorg tergelak kt situ gak. sebab macam terpikir.. ni aa cara yang betul.

2 comments:

marfuza said...

hohohooi.. selamat datang ke dunia aku.. hahaha

~nasrah~ said...

hehe..coming soon..
insyaAllah