Tuesday, March 31, 2009

Sebalang

Maaf.

Aku banyak hutang budi sama manusia
banyak hutang perasaan sama manusia
tapi kalaupun aku bayar
aku tahu tak akan cukup

aku tak ada kuasa mengatup minda dan mulut.
Aku tak luak
diorangasingkan manusia
diorangjahatkan manusia
tapi aku tak hendak diorangasingkan Tuhan
diorangjahatkan Tuhan

aku tak sanggup berhutang lagi dengan Tuhan.

Aku tak akan minta ruang untuk bernafas
kerana nafas itu hanya Tuhan aku yang beri
aku minta dibiar untuk terus picit butang play dan forward
bukan stop dan rewind, stop dan rewind, stop dan rewind

egois, tawar hati - adalah dua perkara berbeza
orang pandang aku pertama walhal aku kedua
aku dah telan terlalu banyak pil - bukan secara literal - bulan ini
aku perlu telan dan bertenang, telan dan bertenang, telan dan bertenang
- bukan secara literal.

puisi ini milik cik wani ardy.
tapi cermin aku juga.

No comments: