Tuesday, March 31, 2009

Sebalang

Maaf.

Aku banyak hutang budi sama manusia
banyak hutang perasaan sama manusia
tapi kalaupun aku bayar
aku tahu tak akan cukup

aku tak ada kuasa mengatup minda dan mulut.
Aku tak luak
diorangasingkan manusia
diorangjahatkan manusia
tapi aku tak hendak diorangasingkan Tuhan
diorangjahatkan Tuhan

aku tak sanggup berhutang lagi dengan Tuhan.

Aku tak akan minta ruang untuk bernafas
kerana nafas itu hanya Tuhan aku yang beri
aku minta dibiar untuk terus picit butang play dan forward
bukan stop dan rewind, stop dan rewind, stop dan rewind

egois, tawar hati - adalah dua perkara berbeza
orang pandang aku pertama walhal aku kedua
aku dah telan terlalu banyak pil - bukan secara literal - bulan ini
aku perlu telan dan bertenang, telan dan bertenang, telan dan bertenang
- bukan secara literal.

puisi ini milik cik wani ardy.
tapi cermin aku juga.

tiang

isikan yang kosong
penuhkan yang lopong

hiasi yang tegak
teguhkan yang terpacak

jangan goyah
fahami hayati cintai

hari bintang jatuh '09

my kehadapan bintang jatuh
is coming soon.. (",)

the big one will be updated at
http://www.waniardy.com

Monday, March 30, 2009

Silent

Before we can lead, we must serve.
Before we can serve, we must prepare.
Before we can prepare, we must learn.
Before we can learn, we must listen.
Before we can listen, we must be silent.



Sunday, March 29, 2009

worse than that

dalam keindahan aku lalai
teruk aku dikerjakan
mungkin demi sebuah kesedaran
nasib baik Kau beri tali untuk aku pegang
pegangan itu semakin erat
bertuah aku

dalam kehancuran aku jatuh
lebur hingga longlai tiada daya
mungkin demi sebuah dugaan
tapi jalan ku bersuluh
kitab ku berselak
dahi ku bersujud
malam ku berteman Dia

dalam kekuatan kadang-kadang berombak
ada pasang ada surutnya
hingga dijentik sedikit saja
aku merajuk tanpa akal
lebih teruk daripada keji - hina
selepas segala cahaya dan kekuatan itu
aku putus asa - lupa pada ketetapanNya

bodohnya hamba Mu ini
hina kerana mungkin terasa bangga dengan ibadah segalanya
yang tak pernah berguna dibanding dengan pemberianMu
ada lagi kah ruang kemaafanMu wahai Maha Pengampun
adakah ini bicara dari Mu

tolong jangan padam cahaya itu
tolong jangan lepas tali itu

hanya pada MU aku pohon, ya Tuhanku.

*aku rindu Kaabah Mu.



aku takut akan semua dosa-dosa ku
aku takut dosa yang terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
ampuni aku, menangis ku bertaubat pada Mu
aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di surga
- Ungu (Andaiku Tahu)

Saturday, March 28, 2009

Kuasa Seorang Perempuan

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.
from iluvislam

Friday, March 27, 2009

earth hour


the lights will be switched off for one hour.
masa tu gelap. tapi hopefully sejuk la sikit.
tapi lepas tu, dunia akan kembali terang.
so do life.
there's time we have to be in the dark.
before the lights are switched on back.
don't be afraid.
it's for your own good.
support earth hour 8.00 pm - 9.00 pm 28th march 2009.
hehehe..

Thursday, March 26, 2009

K to the E to the J to the I

*lompat bintang sambil jerit perkataan itu*

sungguh keji
kalo ko tipu dan konon2 niat nak jaga hati.
pastu plak kantoi.

sungguh keji
kalo ko masuk rumah org senyap2, konon2 x dak org nampak.
siap pakai invisible cloak mcm harry potter tu.
tapi kantoi sbb org tu psg cctv yang ada heat detector.
huh.

sungguh keji
kalau ko gunakan org lain, untuk ko konon2 move on.
pastu ko tarik balik. tu hati org la ngok.
bukan kayu.

Tuesday, March 24, 2009

Monday, March 23, 2009

Different View

Today
I see from the view from a bit higher level
I see the eyes of hope, passion and pure

I see the spirit of the old one
to keep going
to hold and push them high
to carry a large 'amanah'

It might be nothing
but this is something for me to remember this feeling
- the first time

I am a teacher!

Saturday, March 21, 2009

kudus ke budus

aku tetap aku
perasaan yang tak best dalam hati aku
buat aku sangat tak selesa
aku akan segera menyahkan segala rasa itu

maaf
aku juga mungkin pernah jadi langau dan nyamuk itu
aku juga mungkin pernah atau akan
berdengung menembusi salur separuh bulat kau

ini tiada apa-apa kalau dibandingkan yang lain
aku rasa aku masih mampu bertahan
mungkin dengungan itu akan menjadi dendangan untuk aku suatu ketika

aku mohon
segala rasa tak best tu tidak hinggap lama di hati ku
dan jangan terus singgah di kemudian hari
atas sebab apa sekali pun
untuk sesiapa sekali pun

penghargaan besar
buat yang sanggup terus berada di belakang ku
thank you weh.. =)

Friday, March 20, 2009

nyamuk ke langau

perasaan dalam
keindahan menikmati makanan
disapa oleh tetamu tak diundang
berdengung2 bunyi
aku masih hormat sebab kau masih lagi tetamu
untuk muliakan kau, aku tak mampu
walau pun kau tetamu

rasa rimas
*sila play lagu lemas - ruffedge atau rimas - fabolous cats untuk background music skrg*

aku pura-pura tak tahu kau ada
supaya kau paham-paham sendiri
untuk tak membingitkan telinga aku dengan bunyi dengung itu
tapi kau jangan la pula pura-pura macam aku tak tahu
haih..aku rimas

kalau kau langau
kan aku pernah jadi tahi demi memuliakan kau
kalau kau nyamuk
kan aku pernah bagi darah demi bahagia kau
sekarang aku bukan lagi salah satu daripadanya
aku tiada apa-apa untuk diofferkan lagi kat kau

aku rasa kau cukup bijak
untuk paham apa yang aku kata
semak la wei
serabut
aku cakap baik2 ni

kau dah macam langau
kau dah macam nyamuk
cari lah tahi lain
cari lah darah lain
jangan lah nak bawa penyakit kat aku plak

kang aku spray pakai ridsect kang
sambil tu aku nyalakan lighter depan semburan tu
baru kau tau!
bbbbzzzzzzz....

ni belum aku keluar kuasa kameha meha lagi.
haih..
sshhuhhh!
aku tak marah. benci sikit pon tak.
aku just rimas.

Thursday, March 19, 2009

The One & Only

I lay down
I sit
I drive - I think
well, I guess I'm just thinking too much, maybe.

no one knows, no one will.
we planned everything perfectly in our own ways
we do, we hope, we pray.

nothing is better than HIS plans for us.

just do your best.
Allah will take care the rest.

we are just like any other normal person.
who want to be happy, to live happily.

it is not in her actual plan to be married with someone's husband.
it is not in his actual plan to leave the kids and wife that soon and die.
it is not in their actual plan to break their legs and never walk again after the accident.
it is never in our plan too.
we don't want that - and more, in a very long list.

but - we never know.

don't be so proud with what u have now - grateful is should.
because it's not yours - it's lend to you.
everything is temporarily basis.

trust to the one & only God - Allah.
kalau rasa2 rancangan kita dah cukup bagus,
rancangan DIA lagi hebat!

Wednesday, March 18, 2009

aku dah gelabah

panic attack!


cuak!

hasilnya: aku mcm beli suma buku aku jumpa.




apa laa aku nak merepek nanti nihh...
addooii..
bertenang nasrah..bertenang...

cerita pokok

aku cuba rapatkan pokok dan rumah itu
pokok tu dah besar sangat
rumah tu pon dah lama sangat kat situ
macam mana nak ubah
aku tak jumpa punca
aku tak putus asa, masih cari
harap2 tak terlewat
aku nak sangat dekatkan

terima kasih pokok2 bunga kecil
yang temani aku sepanjang jalan
ada pokok bunga yang satu ni, cantik
paling cantik, mungkin.
aku nak tanam dia kat tempat lain yang jauh
supaya dia boleh hidup lagi baik
tapi tah macam mana dia ada balik kat jalan tu
jadi lagi cantik
tak boleh sentuh, takut rosak.

hahaha..
aku tau takdak sapa paham.
sekian.

Tuesday, March 17, 2009

lagu jujur

aku layan lagu ni masa driving balik KL - Kedah.
layan doowwh..
mmg jujur habis lagu ni.
lirik penuh aku tak sure..ni yang aku ingat.

aku menyanyi dengan penuh perasaan dlm keta.
sorang2.
hahaha..best woo..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Sunday, March 15, 2009

thank you

u've touched the deep part.
u're not angel, aren't you?

Saturday, March 14, 2009

tag

tagged by hilmi khairi.

1. Kenapa kamu berblog?
cuba menyampai apa yang di dalam dan sebagai ingatan untuk diri sendiri. waahh!!

2. Apakah method penulisan dalam blog kamu?
merepek sorang2. reminder to myself.

3. Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan?
isi. tapi rupa untuk sedap mata memandang.

4. Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut?
ye. sebab saya nak dengar lagu tu. rasa macam best ja.

5. Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa?
episod & ini betul2 serius . suma aku suka actually. suma penting untuk ingatan aku. tapi.. episod - aku rasa aku pandai tulis puisi..hua hua hua. ini betul2 serius - aku rasa entry yg membuka minda.

6. Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya?
pernah. rasa ja. xbuat pon. sebab rasa mcm merepek. dan masa tu rasa nk ilangkan bukti kewujudan diri di bumi ini. mana tau org nk kaji pasal aku ka..haa.. haa.. perasan itu penting.

7. Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni?
dia cuba untuk diet. hahahaha..peace hilmi!

8. Senaraikan 5 orang yang akan kamu tag.
- qistin
- surie
- faten
- aween na
- nurin ati

Thursday, March 12, 2009

manusia berubah

aku manusia.
aku mahu berubah.

senarai aku panjang.
terlalu panjang mungkin.
susah nak execute semua. tapi tak mustahil kan.

awalkan atau segerakan.
in other word, jgn bertangguh.
homework? haha..
apa kata perbaiki solat dulu.
panahan untuk diri sendiri.

insyaAllah. tekad.

Tuesday, March 10, 2009

ponder this

"Jangan berdoa utk bertemu jodoh dgn org yg kita cinta.
Tetapi berdoalah utk mencintai jodoh yg ditetapkan olehNya."

Monday, March 9, 2009

long enough

aku hanya manusia biasa.
terlalu biasa.

aku rasa kosong itu.
ada. tetap ada.
sampai bila2?

sampah. menyampah.
itu pandangan manusia.

aku harap Dia tak lihat aku sebegitu.
aku mohon.

Sunday, March 8, 2009

blogisme

to maz: pinjam title blog eh.. tp ko patut tukar title blog ko dah. kih kih

blog.
can it tell about me?
my writting dun really show my appearance.
and vice versa.

blog.
by reading it, dun consider urself know me well.
u maybe know i am alive. (coz i'm still updating it)
but it's NOT consider u're 'contacting' with me.
u just want to know how and what am i doing, mungkin.

blog.
a lot i'd been reading,
before have it one of my own.
thanks.

blog.
ini mungkin cara aku berfikir.
cara aku bertindak, tak semestinya.
aku tak pernah kata cara itu betul.
this is the deep me.

Telah Ku Pilih Jalan Mu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu
creditted to iluvislam

Friday, March 6, 2009

maafkan aku palestin

di kala ini, aku berada di suatu tempat yang pengasas asalnya menyokong yahudi.
aku cuba mencari pilihan lain.

di pagi hari, hanya ini tempat yang ada khidmat wifi.

ampunkan aku penduduk palestin.

huu..

tapi aku ni gaya serupa org kaya.
padahal takde tgh miskin.
oh, cover and book.

stereotype

topik ini dipetik daripada topik morning crew hotfm, semalam.
A stereotype is a preconceived idea that attributes certain characteristics (in general) to all the members of class or set.Stereotypes often form the basis of prejudice and are usually employed to explain real or imaginary differences due to race, gender, religion, ethnicity, socio-economic class, disability, occupation, etc. A stereotype can be a conventional and oversimplified conception, opinion, or image based on the belief that there are attitudes, appearances, or behaviors shared by all members of a group. Stereotypes are forms of social consensus rather than individual judgments.

let make a list:
1. orang kaya - sombong, riak, kerek
2. anak tunggal / bongsu - spoil, manja, ngada2, demand, tak independent
3. doktor - nerd
4. lawyer - pandai cakap pusing2
5. orang pakai skirt pendek - jahat, b**ch
6. orang pakai kopiah 24jam - alim, baik, warak
7. qistin - jiwang..eh..keh keh keh..

and i'm very sure qistin ada lagi point untuk nak sambung list ni. hehe..

dun judge a book by it's cover.
but because of the cover la, we took the book, read n then judge!
it's normal.

ramai juga, yg judge lepas tu pakai kepala lutut. bukan kepala otak.
tengok dengan mata kasar, bukan dengan mata hati.

dunia ini macam pentas.
terlalu ramai pelakonnya.
dengan jalan cerita masing-masing.

layakkah kita untuk menilai?

tunggu perhitungan yang seadilnya di sana kelak. itu yang pasti.

aku cuba jadi sejujur mungkin.

Wednesday, March 4, 2009

treat and treated

how people (that would include US) want to be treated
  • loved NOT used
  • understood NOT judged
  • accepted NOT rejected
  • respected NOT ridiculed
  • helped NOT hurt
  • comforted NOT condemmed
  • developed NOT stified

yg ni daripada lecturer aku: Setiap hari kita mohon semoga dipermudahkan daripada Allah. Jadi, cuba lah untuk tidak menyusahkan orang lain.

tidak menyusahkan orang lain - jgn la salah intepret plak. jgn sampai ego sampai tak agak2 xmau menyusahkan orang. kdg2 menolong dan memberi peluang org lain membantu byk hikmahnya. humble dan grateful. (",) we are not alone. bantuan Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara kan..

Sunday, March 1, 2009

gigih

kalau masa sekolah n universiti dulu aku gigih macam hari ini,
mungkin aku dapat student cemerlang.
haha..poyo..

aku buat keja sekolah sampai demam2.
adui..

boleh tahan lagi ni.

tapi nak membebel pun dah tak mampu.
takleh nak berfikir.
takdak masa.