Friday, February 27, 2009

ini berat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH

(Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

************************************************************************

aku malu dgn Allah.
byk amanah yg aku gagal pegang.

diri sendiri.
mama abah.
keluarga.
sahabat-sahabat.
dunia.
tambahan akan datang... anak-anak didik.

dari dulu aku pandang tugas itu terlalu mulia untuk aku pegang.
hingga suatu ketika aku tolak jauh dari rancangan aku.
bukan sebab tak mahu. tapi takut sangat.

besar.
berat.
tak layak rasa.

tapi hari ini, ini jalan yang Allah tentukan untuk aku.
mampu kah aku?

ya Allah, permudahkan lah. bantu lah aku.

amanah tu berat.
ya.

Tuesday, February 24, 2009

status : busy

new. baru.

isi borang yang sangat banyak.
blur.

new friends. nice.

kelas byk.
blur.

assignment sgt amat byk.
blur.

ingat masa lompat, main2 ngn bola masa sekolah?
aku ulang. kelaka.

ingat nyanyi lagu riang2 ria?
aku enjoy. best.

cuti byk.
keh keh keh..

forgive & forget

aku selalu dgr org ckp..
'i can forgive & but i cannot forget!'

tapi..
aku percaya kalo kita dah maafkan, means kita dah lupakan.
mungkin bukan peristiwa tu,
tapi perasaan marah, sedih, sakit hati disebabkan
kejadian tu sepatutnya dah dilupakan.
itu baru memaafkan dalam maksud yang sebenar.
itu juga yang aku sentiasa cuba lakukan.

so, kalau forgive & come with forget.
xyah la nk ckp, forgive not forget.

bg aku memaafkan tu jugak bukan mudah.

sebab tu tinggi martabat seorang pemaaf.
pemaaf dalam erti yang sebenarnya.
jgn main ckp ja..hati tu kena ikut sekali.

tipu org senang. tipu diri pun boleh.
tipu Allah, jangan harap la.
Dia yang jadikan kita.
mana boleh tipu.

sumber: pengalaman.
hasil:
bukan senang kan nak memaafkan.
ini kan hal dunia. maafkan lah untuk akhirat.
bukan senang kan nak memaafkan.
tapi kita pon penah buat salah..
selalu sgt kita harapkan org maafkan salah kita.
buatlah dulu.
semoga Allah mengampunkan kita.

cakap memang senang. heh.

Sunday, February 22, 2009

batman, marilah kita terus berjuang!

at this very moment,
batman collapse.
=(

adakah batman sudah letih kerana berjuang sakan mggu ni?
kesian.
tolong bertahan batman.
i need u.

dlm keadaan ni, aku sedar betapa jauhnya aku drp tahap hebat sebagai seorang hambaNYA yang diberi dugaan.

x berubah mukanya apabila dipuji?
heh, mmg aku akan tersengih2 mcm kerang busuk. atau rasa xbest yg amat sgt. (aku xbrp suka dipuji kalo menda tu xbetul)

x berubah mukanya apabila diduga atau menempuh kesulitan?
muka aku dah mcm apa lg skang ni. muncung dah boleh ikat.

Uwaa..mama abah dah balik!!

Friday, February 20, 2009

mari mengenal buah tempatan


ini buah setaq (sebutan org kedah). sebutan bakunya mungkin buah setar.


ini pulak buah kundang. sebutan rakyat malaysia.

sama tak?
ye, pandai.

buah setaq dan buah kundang ialah buah yang sama.
rasanya sedap. manis lazat berkrim tentu disukai ramai.
ini bukanlah buah mempelam kecik yang dah masak.
harap maklum!

pelajaran pertama daripada cikgu nasrah.
kih kih kih..
i like!

mobile n ringkas

minggu ini aku bergerak dalam halaju yang agak tinggi.
dan juga jauh.
mungkin kiranya kalau aku menghala pada koordinat yg betul, aku dah sampai kt palestin.
tapi macam tak logik.
mungkin la tenggelam di lautan pasifik, atau singgah di phuket berjola joli.

heh.aku mmg merepek.
aku penat.
aku letih.

mungkin, mungkin ye di sini, di atas kesengalan aku menjadi anak jati negeri jelapang padi nan indah, aku x leh nak bermukim di situ lama2.

haih.
edisi come back bermula.
semoga segalanya dipermudahkan.
amin.

Thursday, February 19, 2009

pandangan

kata fynnjamal

kita semua performer.
penunjuk.
penayang.
kerana pameran itu suatu yang perlu.

hidup, seperti iman, ada turun naiknya.

kan aku cakap, ikhlas tu payah.
ramai yang lebih pentingkan pandangan manusia drp pandangan Allah.
cantik di mata Allah kan lebih indah.

aku selalu pegang, biar orang buat kt kita, kita jangan buat kt org.
kalo Allah tak balas kat kita, mungkin mak ayah, anak2, sedara mara, kwn2 kita dpt.
tapi Allah tu maha adil. dah kita buat baik, kita la dapat.
jangan risau. Dia lagi tau.

apa yang diagungkan sangat persembahan luarannya.
manusia ni hebat.
bukan setakat orang lain cuba ditipunya, diri sendiri pun ada.
mudah, cakap niat kerana Allah.
terus semua jadi betul.
dah kaji dalam2 niat yang paling sebenar tu?

ada pernah aku jumpa yang paling dalam itu. =)

minta jauh sangat dari hati aku
dengki.
dendam.
benci.
tak bersyukur.
marah.

aku tulis bukan untuk memberitahu.
tapi aku tak halang kalau kau nak ambil tahu.
semua atas dasar ingatan pada diri aku.

Friday, February 13, 2009

bunga dalam hati?


No such thing as coincidence. ni quote daripada qistin.
i believe that too.

People do change. i believe that also.

dalam hidup aku, aku dah buat satu keputusan yg agak besar.
which i called it as pengorbanan.
bukan semudah petik jari atau baling dadu aku decide semua tu.
tapi aku x menyesal. walopon ada fasa kepayahan dalam celah2 tu.

ini masa aku kenal diri aku sendiri.
ini masa aku mengajar diri untuk menjadi lebih baik.
ini masa untuk lebih buka mata, buka hati, buka minda.
ini masa untuk kenal sahabat, kawan, kenalan.
ini masa untuk aku jadi kuat gagah perkasa.
otromeennn ffireee!!!! haha..

hebat.
aku masih tersenyum.
aku terus gelak tertawa.
aku ada segalanya.

ada pelangi dalam hati.
ada bunga dalam taman.

=D

aku masih selamat dari jatuh (lagi).
ada yang tolong pegang aku.
aku seperti atas buaian. gembira dengan hayunan.
wweeeeeeee.....!!!! (lama x naik buaian..cam best ja..)

aku bahagia.

sebab pengorbanan aku tak sia-sia.

aku tak sehebat itu.
tapi jgn risau, aku masih tahu pegangan ku.
aku pon tak tahu ada ganjaran tak. tapi xkisah.
sebab aku yakin.

buat lah istikharah.

kenapa kau rasa kau lebih tahu, sedangkan kau tak tahu.
Dia kan ada.
mintaklah padaNya.
Dia akan tolong.
aku masih kawan yang setia.
aku mahu dengar dengan hati.
ceritalah.
aku ada. =)

Tuesday, February 10, 2009

hujung

aku ulang
payah suatu keikhlasan itu
berat suatu pengorbanan itu
seksa suatu keredhaan itu
sakit suatu penghijrahan itu

aku percaya
di hujung jalan gelap ada cahaya
di hujung usaha ada jayanya
di hujung sabar ada indahnya

aku takut
kepenatan yang melampau singgah
kehilangan daya yang ada
ketandusan harapan yang sisa
tiada lagi semangat aku terus berjuang

apa hujung itu?

Sunday, February 8, 2009

Al-Quran dan Doa

Oleh Mohd Zamri Shafie

Al-Quran terkandung pelbagai hikmah supaya manusia mudah terima hidayah.
TAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.

Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.

Firman Allah bermaksud:
“Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23)

Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah dalam tiga keadaan :
  • Apabila mereka membacanya atau mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran serta memahami maksud ayat itu yang memberi gambaran janji neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah Allah dan khabar gembira dengan janji syurga bagi mereka yang patuh pada perintah-Nya (Imam As-Suddy)
  • Terpahat dalam hati perasaan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) yang tinggi kepada Allah.
  • Tersemat dalam lubuk hati mereka keagungan al-Quran dan lembut hati mereka ketika membacanya.
Hari ini, umat Islam dipaparkan dengan kezaliman yang berlaku terhadap saudara mereka. Penindasan dan keganasan boleh diungkapkan dengan pepatah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Doa umat Islam di seluruh dunia dengan iringan tangisan adalah pengorbanan kecil berbanding kesusahan yang dihadapi umat Islam di Palestin. Menangis adalah cara yang boleh melembutkan jiwa dan hati.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu masuk (melihat) suatu kaum yang ditimpa azab, melainkan engkau menangis (melihat keadaan mereka), apabila engkau tidak mampu menangis, maka hendaklah engkau berpura-pura menangis sebagai kebimbangan (pengajaran) di atas kamu nanti akan ditimpakan musibah (azab yang sama) yang menimpa mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Runtunan emosi perlu diiringi doa supaya Allah sentiasa mencampakkan kemanisan iman dan kesabaran yang terus segar dan harum menghadapi bencana dicipta musuh. Nabi SAW mengajar umatnya meletakkan kesabaran menghadapi kesulitan dan kepayahan angkara musuh.

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam apabila mendapat bala dan seksaan daripada orang lain supaya berdoa. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Mas’ud katanya, aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasulullah yang diseksa (dipukul) oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca doa yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Umat Islam juga diberi peringatan oleh Rasulullah SAW bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Allah akan menghapuskan dosa seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Said dan Abu Hurairah katanya: Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenai dirinya melainkan dihapuskan oleh Allah daripada kesalahannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
creditted to mutiara hati

Suami mithali idaman isteri

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

creditted to mutiara hati

++ nasrah: *wink* ++

Me, talking.

Yes, I do a lot of talkingss.
But hardly heard me talking about politics.
It's not that I wasn't aware of that. I did and do have my own choice.
I choose to remain silent.
Because I have no heart to change to your opinion.
and still not now.

Perak. Gaza. Melayu.

The third word might not the big issue for now. But it is for me.
Gaza - abaikan isu politik, kenapa dan mengapa.
(minta dijauhi.) tapi bayangkan kalo itu yg terjadi di sini.
adik2, anak2 yang tgh sekolah tu kena bom.
those yg keja, no more aircond, no more cars. semua dah musnah.
ko xsempat nk call sapa2 pon time tu.
tahu2 ko tgh sembunyi kt celah tong sampah mana tah.
fireworks yg ko nmpk cantik tu peluru berpandu yg hancurkan rumah ko.
imagine it. feel the pain.

negara2 jiran tutup pintu. tutup telinga. tutup mata. tutup hati mungkin.

palestin. byk mahzab dan puaknya.
tapi dgn serba kekurangan, diorg masih kuat bersatu.
demi negara. demi bangsa. demi islam.

ko nak orang amik negara kita ni?
bila agaknya org melayu nak bersatu?
maybe when we finally find the 'same' enemy.
i hope it's just not too late.

i'm proud to be anak Melayu!
biar orang kata org melayu tu malas, emosi, lambat.
aku orang Melayu. the perfect race in my heart.
adab. budaya. sopan. adat. warisan. lemah lembut. hormat. seni.

jgn smpai terlalu pertahankan 'kebenaran' masing2 sampai
kita memperbodohkan dan diperbodohkan.
tak akan ada sesapa nak tolong kita kalau jadi apa2 kalo bukan org melayu sendiri!

it's me, talking. nonsense.

Friday, February 6, 2009

mari bercerita

The Story of The Pencil

A boy was watching his grandmother write a letter. At one point, he asked:
'Are you writing a story about what we've done? Is it a story about me?'

His grandmother stopped writing her letter and said to her grandson:
'I am writing about you, actually, but more important than the words is the pencil I'm using. I hope you will be like this pencil when you grow up.'

Intrigued, the boy looked at the pencil. It didn't seem very special.

'But it's just like any other pencil I've seen!'

'That's depends on how you look at things. It has five qualities which, if you manage to hang on to them, will make you a person who is always at peace with the world.

'First quality: you are capable of great things, but you must never forget that there is a hand guiding your steps. We call that hand, GOD, and He always guides us according to His will.

'Second quality: now and then, I have to stop writing and use sharpener. That makes the pencil suffer a little but afterwards, he's much sharper. So you, too, must learn to bear certain pains and sorrows, because they will make you a better person.

'Third quality: the pencil always allows us to use an eraser to rub out any mistakes. This means that correcting something we did is not necessarily a bad thing; it helps to keep us on the road to justice.

'Fourth quality: what really matters in a pencil is not its wooden exterior, but the graphite inside. So always pay attention to what is happening inside you.

'Finally, the pencil's fifth quality: it always leaves a mark. In just the same way, you should know that everything you do in life will leave a mark, so try to be conscious of that in your every action'


by Paulo Coelho (Like the Flowing River)

Like the Flowing River

Be like the flowing river,
Silent in the night.
Be not afraid of the dark.
If there are stars in the sky, reflect them back.
If there are clouds in the sky,
Remember, clouds, like the river, are water,
So, gladly reflect them too,
In your own tranquil depths.

Manuel Bandeira

from Paulo Coelho (Like the Flowing River)

****************************************************************************

Thanks to Qistin for sharing this book.

Happy Birthday to you bebeh!!
I pray for your happiness, good health, jadi engineer cum penggubah hantaran yang berjaya!
hehehe..*big hug*

Thursday, February 5, 2009

The Juliana Theory - Piano Song

Old friend, I hear you
I know just how you feel
I've been in your shoes before

I've seen your worries,
And I can understand everything you going through

And I believe in you
Your time is coming
Don't give up tonight
There's a life ahead
Your time is coming
Don't let go tonight

My friend, I've listened
Things only can improve
You have all the time in the world
So keep on fighting,
And never let them say there's anything that you can't do

Cause I believe in you
Your time is coming
Don't give up tonight
There's a life ahead
Your time is coming
Don't let go tonight

I watched as you sat with a cigarette in your hand,
holding a drink in the other,
Trying to drown all your pain:

And I believe in you
Your time is coming
Don't give up tonight
There's a life ahead
Your time is coming
Don't let go tonight

Old friend, you'll realize,
Good things are worth the wait
Enjoy the times that you have
You'll see a new day,
When darkness fades again,
And the sun can rise to shine

And I believe in you
Your time is coming
Don't give up tonight
There's a life ahead
Your time is coming
Don't let go tonight.


p.s.: I dedicate this lovely old song to my dearest friends. (well i think you know who you are)

Wednesday, February 4, 2009

Proudly present..

my first ever tag thingy i've done.
copied from facebook notes.

I've been tagged by Nurin Wahidah sengal.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

(To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your 25 random things, tag 25 people (in the right hand corner of the app) then click publish.)

1. Aku sangat terpaksa ketika buat tag ni. kalo tak esok nurin akan bising dlm ym suh aku buat tag. hehehe.. nampak tak skang kasih sayang aku kt ko nurin?? hah? skang ko pilih razif ke aku..hahahaha

2. aku rindu kawan-kawan yang jauh di mata dekat di hati..TV9. haha..tp seres la aku rindu kwn2.

3. aku skang blogger sepenuh masa. sebab aku belum bekerja. sila lawati. hehe..sempat lg.

4. aku penah tersalah..nk bg salam, tapi aku baca bismillah dgn kuatnya masa nk masuk kereta.masa tu aku tumpang jiran aku. aku masuk nk bg salam 'assalamualaikum' dalam masa yg sama aku nak baca bismillah..end up aku cakap 'bismillahirahmanirrahim' dgn nada bg salam dan kuat. jammed! masa tu darjah 2 kot.

5. aku takut lintas jalan atau berada berhampiran kenderaan yang tgh on engine. cuak..takut keta tu bergerak dan langgar. huhu..imiginasi aku jauh. pengalaman ngeri kot.

6. aku tak reti berenang dan panic attack bila tenggelam walopon dalam air yg cetek. tapi aku suka gak mandi sungai, laut dan sebagainya.

7. aku suka makan ice cream. ice cream adalah ciptaan makanan yang paling sedap bg aku. thanks to the inventor!!

8. masa darjah satu aku pernah bercita-cita untuk jadi ustazah. hua hua hua.. alih2 perangai cam setan je.

9. nurin penah cakap dia nak kawan aku sebab muka aku cam budak baik. lalala~~

10. baru2 ni aku rasa Kyle XY tu ensem..mata dia cantik. selama ni aku xsuka pon cite tu. blur semacam je mamat tu..tu la org kata jgn xsuka sgt, nnti jadi suka..(adakah ini termasuk sekali??)

11. ahli keluarga sebelah abah aku kesemuanya mempunyai suara yang lunak merdu dan sedap, kecuali aku. aku sungguh tak paham kenapa aku tidak mewarisi bakat itu.

12. aku juga sungguh tak berbakat dalam melukis dan mewarna. kalau tak caya, tanya kawan2 sekolah aku. ciss~~

13. keta aku nama BATMAN. sebab dulu dia selalu kuar malam saja. dun get this wrong..dulu aku keja ikut time europe and US.hehehe..itu tak kira lepak2 laa.

14. aku skang miskin. selain bantu org di GAZA tu..mungkin bleh masukkan duit kt akaun maybank aku jugak..ada sesapa nk no acc?

15. ada orang cakap, i do not fit into any normal template of people. hahaha..adakah aku cacat di sini??

16. i love cats. cats very nice. tapi parents aku tak nak bg aku bela dah. dan aku sbenarnya allergic, tapi aku x peduli..kalo jumpa kucing aku tetap nk pegang n main2.

17. habit aku, kalau naik keta aku selalu bukak kasut, pastu angkat kaki duduk bersila/bertimpuh. mesti la bukan time aku yg drive. pastu bila dh nak turun, baru terhegeh2 nak cari n pakai kasut.

18. i love reading. masa study, malas plak.

19. i love chocolate flavour. ice cream coklat, cake coklat, biskut coklat, air coklat, susu coklat, koko krunch, coklat cadburry dsb.

20. aku bercita-cita nak pegi keja kt oversea. tapi setahun dua je la. taknak lama2. mana aku tahan tak makan nasik kandaq lama2..hahaha..

21. aku sesat jalan kt kedah dah tak terhingga banyak kali. kalau tak sesat pun aku ikut jalan yang jauh gila walhal ada jalan dekat. so harap maklum. jgn nk tanya aku jalan atau nama tempat kt kedah. aku masih budak sedang belajar. tapi aku dah tau kt mana jalan gangsa (aku bangga!)

22. aku bengap dalam pengetahuan geografi. kalau ada undang-undang sapa paling bengap geografi kena gantung..mungkin aku la yg kena dulu. senawang aku jwb kt johor ok! napoh kt negeri sembilan..

23. aku pernah terbang masa belajar bawak motor. maka, aku kuburkan saja cita-cita nak amik lesen motor pada saat dan ketika itu juga. sekian..

24. aku mahu anak yang ramai. huhu..

25. This is the first ever tag that I've done. THANKS to you Nurin. aku mmg malas buat tag. rekod aku telah dipecahkan.

Monday, February 2, 2009

cinta



creditted to cahaya ketenangan

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan ‘Bismillah’. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’.
Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit.”

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

  • Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.
  • Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
  • Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
  • Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
  • Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
  • Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat ‘geran’ kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

episod

kalau terus dilihat pada yang kurang,
tiada apa untuk kita.
kalau terus dipandang pada yang ada,
kita mungkin hampir sempurna.

ini episod kehidupan
tanpa siaran ulangan
sakit dan hina itu nyata
bahagia dan suka itu ada
ikhlas itu rahsiaNya

sabar itu separuh,
pelengkapnya adalah syukur.

hidup ini hanya temporarily basis.
yg indah itu hanya sementara
yang gundah itu juga.

maaf dunia,
manusia berubah
aku sebahagian daripadanya.
kamu juga, dia juga, mereka juga.
tak guna terus berbangga
hati kita milikNya.

Sunday, February 1, 2009

hilang

ciss..
sakit hati. blog list aku hilang.
dalam cubaan aku mengupdate blog ini.
sungguh tekanan.
sabar2.
terpaksa aku add balik satu2. haih.


dear friends,
kindly leave me ur blog link, so i can add it in my list.
pls. sori ye..