Tuesday, January 27, 2009

sanggup?

ada beberapa sebab orang tak sanggup berkawan dengan saya.
saya nasrah. eh saya pasrah. saya cuba untuk tidak hipokrit.
saya hanya menjadi diri sendiri.

1. saya sebolehnya akan jujur. (saya ckp sebolehnya, ada situasi yang memaksa untuk lebih baik bersikap diam atau ckp pusing2.) kalau tak sanggup nak dengar kejujuran, sila elakkan diri daripada saya. kejujuran itu kadangkala menyakitkan. hihi..

2. saya tidak pekak. faten ngn ipah kata sapa cantik, dia pekak. maaf, saya tidak pekak. sejak balik ke tanah air yang panas ni, lagi bertambah 'tetamu' tidak diundang ke atas muka saya ini. saya tak pandai menempek sebarang bahan kimia ke muka saya bagi tujuan penipuan rupa. kan saya kata saya jujur.heh.

3. saya tidak pekak tapi saya lambat 'download' cerita. saya dengar tapi tak simpan. maaf lg, sebab kemungkinan saya bertanya soalan yang sama berulang kali adalah tinggi. tapi kadang2 dengan bantuan syaitonirrajim saya mampu mendengar dan menyimpan cerita-cerita yang tidak sepatutnya, contohnya gosip-gosip. huhu..

4. lawak saya sangat bangang. tidak sesuai untuk tatapan umum. kalau anda seorang yang blur, anda mungkin jadi point untuk saya terus bahan jikalau ada orang lain. tapi jika keadaan hanya berdua, saya akan berkeadaan mahu bercakap dengan cawan, kerusi, garfu dan sebagainya. kalau anda seorang yang emo & terlebih sensitif, sila juga elak diri daripada saya. risiko untuk anda sakit hati sangat tinggi. kemudian saya akan menyampah. haha..

5. saya suka bercerita. dengan details. tapi belum ke tahap sebelum A hingga selepas Z lagi. cerita saya akan dipenuhi kesan-kesan bunyi, kesalahan tatabahasa, ayat bersepah, sedikit tokok tambah penyedap cerita, bahasa-bahasa yang mungkin kasar, intonasi yang nyaring dan excited.

6. saya garang dan cepat marah. saya juga cepat sejuk. saya cuba untuk perbaiki part ni. tapi rasanya saya garang agak bertempat. rasanya la kan. kadang-kadang saya tak terdetik pun untuk bersikap sedemikian, tapi ada orang ckp saya garang dan marah. aik? mungkin kerana saya kurang mempunyai kelembutan dalam berbicara.

7. saya tak suka menunggu. penantian boleh membuatkan saya sakit perut, berpeluh-peluh dan nak terbuang air besar. saya tak paham kenapa saya perlu rasa sedemikian. tapi itu hakikatnya. nervous kot.

sanggup?

saya rasa saya ada ramai kawan-kawan yang best.
=)

10 comments:

Life said...

hahah.. part no 7 tu best. hahahaha. aku sgt memahami perasaan berpeluh2 spt nk terbuang air besar. hahhaha. hermm. tp aku akan tetap menunggu mu..

murtabak seberang jaya sedap!! said...

cam iklan mencari pasangan je bunyik nye?
adakah mungkin mesej tepat utk sesiapa?

ah rojimkan mereka semua. kalau nak dtg.
kalau tanak, jgn menyesal dahulu pendapatan.

feel good about yourself. no one else will do it for you..

~nasrah~ said...

nurin: ko tunggu aku ke razif? tp aku pelik la ngn perasaan itu.

en.meon: kalau iklan orang letak yang best2. mesej tidak dikhaskan utk sesiapa. early warning kalau ada yang berkawan. sanggup?

i always feel good. =)

Qis said...

oh really? (dedicated to your last sentence of the above comment)

LIAR! (bkn haiwan liar, tp perkataan 'liar' in english)

camne tau walau guna nama nonsensical said...

cik nasrah: tentu sekali sanggup...

tuan pny blog said...

kid: i think so.heh..

abg meon: well,maybe u juz need to accept the fact that, i can read behind the word.haha.. hey,tp suwit la sbb sanggup.

s.u.e.r.i.e said...

eceh.. ada org sahut cabaran ckp sanggup.. haha!

NWAY... this entry sounds like "7 Reasons Why You Would Not Want Me As Your GF" jegh? am i right my dear? coz ive done this tagged before.. haha!

~nasrah~ said...

hah? ade ke tag camtu? hahaha..kalo ada aku copy paste je mende ni. aku tatau plak surie..saja tercetus idea bongok ni utk post entry ni.
kat ko tak yah tanya sanggup ke tak..sbb ko dah terpaksa kawan ngn aku..hahaha..

s.u.e.r.i.e said...

tu la.. aku nasrah jegh berkawan ngn ko, eh pasrah.. haha

nway ni link previous post aku yg psal 7 reasons tu, gle kebetulan beb.. bernasrah btul, eh silap lg... bernas btul

http://suerie.blogspot.com/2008/05/7-reasons-of-why-you-would-not-want-me.html

~nasrah~ said...

nasrah ke pasrah ke..nasib la. u have to stuck with me for the whole life.

seerriioouuss..skang aku dh kagum ngn diri sendiri. kalo org tag aku, tah2 aku tak buat pon mende tu. tp wujud betul la tagging tu. hahaha..