Friday, January 23, 2009

ini betul2 seeerriiuusss!

tajuk adalah petikan dialog kartun apa tah..wonderpet?

ini berkaitan tentang tujuan idup.
hmm.. ada petikan dlm Al-Quran sebut,
Allah berfirman; aku jadikan manusia utk beribadah kepadaku.
(pls correct me kalau salah)
kan dah clear kat situ. hidup ini untuk beribadah.
dah beribu2 tahun ayat tu ada dlm al-quran.
tp still ramai yg tercari2 tujuan idup.
itu termasuk aku pd suatu ketika. heh.

ada yg tanya, abis tu buat apa penat2 keja..bla bla bla..
kan keja tu ibadah, belajar tu ibadah, kawin tu ibadah,
jumpa kawan tu ibadah, angkat batu tgh jalan pon ibadah,
senyum pun ibadah, bukan solat, puasa, zakat, sedekah, haji je..
buatlah dgn niat kerana Allah.

*********************************************

ini cerita seorang sahabat pada aku.
tapi ada adaptation dgn omputeh sikit la..

bayangkan, kita dah mati..dok dalam keranda.
pastukan macam ceta omputeh tu diorg ada ucapan2.
cakap pasal si mati tu.

ok, bahagikan orang2 yang dtg tu kepada 4 kumpulan.
group 1 : keluarga, termasuk mak ayah, anak isteri/suami, siblings, relative lain.

group 2 : kawan-kawan, yg masa kecik2, sekolah, belajar kt uni, yg kenai rapat.

group 3 : officemate, kwn2 sekerja dan bos.

group 4 : komuniti, masyarakat..yg mungkin xkenai sgt pon ngn kita..mungkin xkenai lgsg.


n now, pikir apa yang kita nak dgr diorg cakap pasal kita.

contohnya, group 1.
kita bukan nak anak2 sebut, mak saya keja besar, pakai keta bmw, pengerusi persatuan bla bla bla, mak saya cantik, selalu bawa pegi melancong oversea bla bla. tu juga bukan kita nak dgr dr mak ayah dan ahli keluarga yang lain. tp how we touched their hearts, mak saya sgt penyayang, dia mendengar dan nasihat saya bila saya ada masalah, dia kawan baik saya. kalo parents, mungkin kita nak dgr, anak saya yg boleh diharap, jaga saya masa sakit, selalu urut kaki saya, etc etc. kalo family, mungkin, selalu buat kami gelak, tapi selalu tolong kalo ada apa2 masalah.

group 2 pun lebih kurang gak kot.
group 3 mungkin ada kaitan dgn keja dan attitute kita di tmpt keja.

cth group 4, mungkin kita sndiri tak sedar pon. mungkin suatu hari, kita penah tlg pakcik ni kt tepi jalan cari brg dia ilang, mungkin kita ada penah ckp something kt someone yang masa tu buat dia tersedar untuk solat, tu contoh ja.

kita boleh mencipta nama untuk dunia. our name will be in a book. nobel prize maybe. setakat mana sgt dunia ingat kt kita? how about our family? camna diorg ingat kita? sebagai penerima hadiah nobel or orang diorg sayang?

itu tujuan hidup kita.
(tapi mungkin org lain punyai fikiran yang berbeza.)

************************************************

i read this from saifulislam.com
tapi pjg sgt nk copy paste. so diceritakan di sini pakai bahasa sndiri.

dalam dunia ini, berapa ribu org mati disebabkan nyamuk?
banyak kan kes pasal nyamuk ni. dr dulu sampai skang.
demam denggi la, malaria la, baru2 ni chingukuya? (eja camne oi?)
nyamuk ni binatang yang kecil ja.. dan ada byk2.
suma tmpt ada nyamuk.
kalo dikira statistik dalam dunia ni,
berapa ramai yang mati sbbkan nyamuk compare ngn yang mati dibaham harimau.
kalo dlm malaysia tu, mungkin la setahun sekali dgr org mati kena baham harimau.
harimau tu kan binatang yang besar.

camtu la juga dengan dosa.
dosa kecil ni selalu kita pandang remeh.
kalau dah byk2, titik2 hitam dalam hati kalo dh byk..
hitam gelap juga hati kita.
takyah tunggu buat dosa besar la kan..
sesungguh kita selalu buat dosa kan..

solat lmbt la, kutuk bos la..(hehe),
x puas ati ngn badan la..(xbersyukur la tu),
malas..(aku la tu), aurat tak tutup sempurna la,
umpat org dlm hati la, marah, benci, huii..byk..byk..
asgtafirullah.

jom perbaiki diri! =)

4 comments:

aween lia-na said...

wah good one! insaf insaf

nurin nunu said...

hee..
jom!!!!

maz said...

ini sangat seriusssss....bukan ini betol2 serius ok....make sure the title is correct children!

syigha said...

mind opening entry
good one nash! :)