Sunday, January 11, 2009

aku diingatkan..

aku baca blog..

"jangan takut hidup sorang. bila kita lahir, kita tak kenal siapa siapa pun. dan, bila kita mati nanti pun, kita tetap akan sorang sorang jugak. banyakkan buat amal dan ibadat. jangan dipikir sangat hal dunia sebab sampai bila pun kita takkan ke mana mana." - mak erni

thanks for the post, erni.

aku cakap fon..

..dan aku diingatkan kepada sesuatu yang dah lama aku lupakan. aku tak mungkin boleh kembali kepada diri aku macam masa tu. tapi ingatan tu cukup untuk membuatkan aku tak terus lupa pada basic tu. ini bukan untuk fahaman semua. ini untuk ingatan diri. dah lama, dah ramai cuba kembalikan aku yang itu. mungkin kepulangan aku bantu aku untuk sedarkan aku. yang dah terlepas tak boleh dikembalikan, tapi tak perlulah juga untuk diulang.

..yang lain, yang panjang, aku dengar. dan aku simpan. tapi yang tu paling mendalam. mungkin it's just the right word at the right time. *senyum*

thanks syikin.

aku baca buku...

Dialog iblis dengn Nabi Musa. Berhati-hatilah pada empat perkara ini dan aku tidak akan membinasakanmu.

a. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang marah kerana aku menguasai hatimu sepenuhnya. Mataku tepat berada pada matamu dan aku mengalir di dalam tubuhmu mengikut aliran darahmu.

b. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang bertempur dalam peperangan. Akan ku ingatkan mereka tentang anak-anak dan isteri yang mereka tinggalkan.

c. Ingatlah kepadaku ketika engkau keras kepala. Ketika itu, aku menguasai sepenuhnya hatimu, mudah bagiku mempermainkan hati mereka seperti anak kecil bermain dengan bolanya.

d. Ingatlah kepadaku ketika sedang berdua-duaan dengan seorang perempuan. Aku menguasai mereka dan menimbulkan ghairah cinta hingga mereka melakukan perbuatan dosa.

Buku 3T.

No comments: