Friday, January 30, 2009

my choice

ignorance is a bliss
curiousity can kill
i rather be killed in a bliss.

there's a dark side
there's unsure ending story
i choose to smile and walk through those
because i have faith there's a light at the other end

there's someone
that always have the right words to make me feel good
i dunno if that someone have the right heart to do the same

sincerity, honesty, respect
all i'm giving
hipocritisme i'm begging you to stay away

i'm not perfect, way too far of being one
but if you give me sh*t
i choose not to be you.

Thursday, January 29, 2009

The Story: Tembok Gergasi, Roda Kecil dan Bintang Jatuh

ini cerita wani ardy - Aug 2008. saya rasa indah. hanya berkongsi di sini.

"I've built a wall not to block anyone out, but to see who loves me enough to climb over it." -Azreen Sulaiman

"Sometimes we put up walls, not to keep others out. But to see who cares enough to knock them down." -Szetoo Weiwen

A close friend said something similar to me before. He claimed that I always have these big walls surrounding me, regardless I'm attached or not. When I am, I refuse to see the possibility of being with other people. When I'm not, I refuse to give in to the possibility of getting hurt.

Tembok-tembok gergasi ini seperti sepasang roda kecil yang menyokong tayar belakang sebuah basikal. Si cilik takut terjatuh, takut lututnya luka lagi, maka dipasang roda-roda kecil tersebut. Dengan adanya roda kecil yang menyokong, si cilik rasa selamat. Dia bebas untuk berkayuh dan tidak akan jatuh.

Pun begitu, ada sekelumit waktu ajaib di mana terbit segelintir individu yang (entah bagaimana) mampu merobohkan tembok gergasi ini dengan senyap. Perlahan-lahan dua roda kecil tadi dicabut, tanpa disedari oleh si cilik yang sedang leka mengayuh, malah kayuhannya semakin laju.

Individu-individu ini saya sebut sebagai bintang jatuh.

Shooting stars. They are the most beautiful and the brightest. They don't appear all the time. They come once in a while. Just like the very few people who managed to knock down my walls and walk into my little box. Being an annoying perfectionist and skeptist, I don't let just anyone in. If you're not strong and patient enough, you'll never be able to knock down these great walls around me.

The fact that we were not meant to be, does not make these people less beautiful. I did not and do not fall for jerks. There must be something inside them, something that others can't see but I can, and I know that it made them the people they are today. They don't have it because they were once with me, but because it's in them. Hence, even though we didn't have a fairytale ending, so long as they remain them, they are still pretty much beautiful to me.

My actions may not reflect my words (I'm a woman, what's new?) but deep down inside, this is how I truly feel.

Shooting stars. They passed you by and they left you in awe. You're disappointed because you only get to catch a glimpse of them. You're crushed at the thought of they didn't stay, and not because they're ugly. They touched you despite you being guarded by giant walls, how can they possibly be ugly?

Hari ini tembok-tembok gergasi jadi lebih tinggi. Tiap kali bintang jatuh lalu dan hilang, tempias serpihannya mengenai si cilik. Cepat-cepat tembok gergasi melengkung dan melindung. Si cilik pula terlalu kerdil untuk menggapai bintang jatuh. Cahaya bintang jatuh terlalu terang, tidak terlihat dek matanya yang sudah bergenang kesilauan.

Si cilik terus mengayuh dan mengayuh dengan sepasang roda kecil menjaganya rapi. Barangkali sebutir bintang sedang merenungnya dari atas sana? Entah. Pasti bintang itu biasa saja, satu antara jutaan yang tersedia berselerak. Namun yang penting, bintang itu tidak berganjak.

Dengan mata terpejam, si cilik mendongak. Dibisiknya "terima kasih" pada bintang-bintang jatuh yang suatu masa dulu pernah meruntuhkan tembok gergasi. Dia seronok dapat berkayuh lapang biarpun hanya sebentar. Kini tembok gergasi tumbuh semula dan kian meninggi. Kayuhan si cilik terbatas, tapi sekurang-kurangnya dia sempat menjamah peluang menyaksikan bintang jatuh menconteng langit. Si cilik mengeluh senyum. Dia rasa bertuah dan bersyukur.

Mungkin pengalaman indah ini sekali seumur hidup.

nasrah - mana agaknya bintang jatuh saya? :) mungkin bintang paling terang, si matahari, ada di sana. cuma hanya menunggu waktu dan ketika yang paling tepat untuk muncul di sini.

Tuesday, January 27, 2009

sanggup?

ada beberapa sebab orang tak sanggup berkawan dengan saya.
saya nasrah. eh saya pasrah. saya cuba untuk tidak hipokrit.
saya hanya menjadi diri sendiri.

1. saya sebolehnya akan jujur. (saya ckp sebolehnya, ada situasi yang memaksa untuk lebih baik bersikap diam atau ckp pusing2.) kalau tak sanggup nak dengar kejujuran, sila elakkan diri daripada saya. kejujuran itu kadangkala menyakitkan. hihi..

2. saya tidak pekak. faten ngn ipah kata sapa cantik, dia pekak. maaf, saya tidak pekak. sejak balik ke tanah air yang panas ni, lagi bertambah 'tetamu' tidak diundang ke atas muka saya ini. saya tak pandai menempek sebarang bahan kimia ke muka saya bagi tujuan penipuan rupa. kan saya kata saya jujur.heh.

3. saya tidak pekak tapi saya lambat 'download' cerita. saya dengar tapi tak simpan. maaf lg, sebab kemungkinan saya bertanya soalan yang sama berulang kali adalah tinggi. tapi kadang2 dengan bantuan syaitonirrajim saya mampu mendengar dan menyimpan cerita-cerita yang tidak sepatutnya, contohnya gosip-gosip. huhu..

4. lawak saya sangat bangang. tidak sesuai untuk tatapan umum. kalau anda seorang yang blur, anda mungkin jadi point untuk saya terus bahan jikalau ada orang lain. tapi jika keadaan hanya berdua, saya akan berkeadaan mahu bercakap dengan cawan, kerusi, garfu dan sebagainya. kalau anda seorang yang emo & terlebih sensitif, sila juga elak diri daripada saya. risiko untuk anda sakit hati sangat tinggi. kemudian saya akan menyampah. haha..

5. saya suka bercerita. dengan details. tapi belum ke tahap sebelum A hingga selepas Z lagi. cerita saya akan dipenuhi kesan-kesan bunyi, kesalahan tatabahasa, ayat bersepah, sedikit tokok tambah penyedap cerita, bahasa-bahasa yang mungkin kasar, intonasi yang nyaring dan excited.

6. saya garang dan cepat marah. saya juga cepat sejuk. saya cuba untuk perbaiki part ni. tapi rasanya saya garang agak bertempat. rasanya la kan. kadang-kadang saya tak terdetik pun untuk bersikap sedemikian, tapi ada orang ckp saya garang dan marah. aik? mungkin kerana saya kurang mempunyai kelembutan dalam berbicara.

7. saya tak suka menunggu. penantian boleh membuatkan saya sakit perut, berpeluh-peluh dan nak terbuang air besar. saya tak paham kenapa saya perlu rasa sedemikian. tapi itu hakikatnya. nervous kot.

sanggup?

saya rasa saya ada ramai kawan-kawan yang best.
=)

Monday, January 26, 2009

bintang

gelap malam suram
tiada bintang

kalau bintang ada
pasti indah
tapi takut pada harapan
kalau hujan
pasti kelam semula

macam ada bintang itu
tak pasti
takut nak dongak

ada kah bintang itu?

Friday, January 23, 2009

ini betul2 seeerriiuusss!

tajuk adalah petikan dialog kartun apa tah..wonderpet?

ini berkaitan tentang tujuan idup.
hmm.. ada petikan dlm Al-Quran sebut,
Allah berfirman; aku jadikan manusia utk beribadah kepadaku.
(pls correct me kalau salah)
kan dah clear kat situ. hidup ini untuk beribadah.
dah beribu2 tahun ayat tu ada dlm al-quran.
tp still ramai yg tercari2 tujuan idup.
itu termasuk aku pd suatu ketika. heh.

ada yg tanya, abis tu buat apa penat2 keja..bla bla bla..
kan keja tu ibadah, belajar tu ibadah, kawin tu ibadah,
jumpa kawan tu ibadah, angkat batu tgh jalan pon ibadah,
senyum pun ibadah, bukan solat, puasa, zakat, sedekah, haji je..
buatlah dgn niat kerana Allah.

*********************************************

ini cerita seorang sahabat pada aku.
tapi ada adaptation dgn omputeh sikit la..

bayangkan, kita dah mati..dok dalam keranda.
pastukan macam ceta omputeh tu diorg ada ucapan2.
cakap pasal si mati tu.

ok, bahagikan orang2 yang dtg tu kepada 4 kumpulan.
group 1 : keluarga, termasuk mak ayah, anak isteri/suami, siblings, relative lain.

group 2 : kawan-kawan, yg masa kecik2, sekolah, belajar kt uni, yg kenai rapat.

group 3 : officemate, kwn2 sekerja dan bos.

group 4 : komuniti, masyarakat..yg mungkin xkenai sgt pon ngn kita..mungkin xkenai lgsg.


n now, pikir apa yang kita nak dgr diorg cakap pasal kita.

contohnya, group 1.
kita bukan nak anak2 sebut, mak saya keja besar, pakai keta bmw, pengerusi persatuan bla bla bla, mak saya cantik, selalu bawa pegi melancong oversea bla bla. tu juga bukan kita nak dgr dr mak ayah dan ahli keluarga yang lain. tp how we touched their hearts, mak saya sgt penyayang, dia mendengar dan nasihat saya bila saya ada masalah, dia kawan baik saya. kalo parents, mungkin kita nak dgr, anak saya yg boleh diharap, jaga saya masa sakit, selalu urut kaki saya, etc etc. kalo family, mungkin, selalu buat kami gelak, tapi selalu tolong kalo ada apa2 masalah.

group 2 pun lebih kurang gak kot.
group 3 mungkin ada kaitan dgn keja dan attitute kita di tmpt keja.

cth group 4, mungkin kita sndiri tak sedar pon. mungkin suatu hari, kita penah tlg pakcik ni kt tepi jalan cari brg dia ilang, mungkin kita ada penah ckp something kt someone yang masa tu buat dia tersedar untuk solat, tu contoh ja.

kita boleh mencipta nama untuk dunia. our name will be in a book. nobel prize maybe. setakat mana sgt dunia ingat kt kita? how about our family? camna diorg ingat kita? sebagai penerima hadiah nobel or orang diorg sayang?

itu tujuan hidup kita.
(tapi mungkin org lain punyai fikiran yang berbeza.)

************************************************

i read this from saifulislam.com
tapi pjg sgt nk copy paste. so diceritakan di sini pakai bahasa sndiri.

dalam dunia ini, berapa ribu org mati disebabkan nyamuk?
banyak kan kes pasal nyamuk ni. dr dulu sampai skang.
demam denggi la, malaria la, baru2 ni chingukuya? (eja camne oi?)
nyamuk ni binatang yang kecil ja.. dan ada byk2.
suma tmpt ada nyamuk.
kalo dikira statistik dalam dunia ni,
berapa ramai yang mati sbbkan nyamuk compare ngn yang mati dibaham harimau.
kalo dlm malaysia tu, mungkin la setahun sekali dgr org mati kena baham harimau.
harimau tu kan binatang yang besar.

camtu la juga dengan dosa.
dosa kecil ni selalu kita pandang remeh.
kalau dah byk2, titik2 hitam dalam hati kalo dh byk..
hitam gelap juga hati kita.
takyah tunggu buat dosa besar la kan..
sesungguh kita selalu buat dosa kan..

solat lmbt la, kutuk bos la..(hehe),
x puas ati ngn badan la..(xbersyukur la tu),
malas..(aku la tu), aurat tak tutup sempurna la,
umpat org dlm hati la, marah, benci, huii..byk..byk..
asgtafirullah.

jom perbaiki diri! =)

Wednesday, January 21, 2009

Juliette - Bukannya Aku Takut

kepada yang suh aku cari & download lagu ni,
aku dh dload, tapi aku rasa better lah pegi dload sendiri di sini.
kalo nk dgr, cari dlm playlist lagu aku di sebelah.
klik je next2 sampai jumpa lagu tu.

ok, bleh tahan la version unplugged tu. heh..

hehe..xjadi nk tampal liriknya di sini. sendiri carilah.
sekian.

p.s: sila jgn buat spekualasi liar ye, lagu ini bukanlah ditujukan aku atau aku menujukan utk sesiapa. waahh..macam artis. tah2 org baca pon tak..hakhak

perasaan itu muncul kembali

rindu.

aku rindu saat2 itu.
masa kena bgn pukul 5 pagi utk senaman pagi!
suma muka cam toya dan ofkoz tak mandi lg.
sapa yg dh mandi masa tu mmg cacat.
walopon aku penat dan mengantuk, tapi aku excited setiap pagi.
utk merepek. kalo redz lead, dia akan mulakan dgn pantun,
'hari2 minum milo, HELLO!'
pastu mula lah aktiviti senaman yg buleh tahan bersepah.
aku suka bila kena nyanyi sambil buat gerakan.
aku rindu ciken dance! aku rindu poco-poco!
sbbkan kem, aku hafal suma lagu patriotik.
kalo Ayat lead, dia akan akhiri dengan "baakaarrr"
tah apa2 tah..takde point pon. tapi suma org ikut je.

tak byk kem aku ikut. tapi the memories sgt melekat di hatiku.
aku rindu kwn2 fasi yang gile2..sporting..dan sgt support each other.
aku ingat lg ada sorg cikgu penah tny,
'korang nk jadi fasi ni ditrain camni ke?'
haha..camni tu mksdnya, bangang, bengong dan sengal.
kitorg gelak je time tu. lalu sorg menjawab
' tak..suma mmg semulajadi camni'

aku penah dpt sekolah yg tere gile, smpai dpt sekolah terbaik.
penah jugak dpt sekolah yg baru 2nd time jumpa komputer.
ada yg biasa2 je. tp suma tetap best.
pasal loghat negeri ni jgn ckp aa..
aku yg mmg jammed ni..tiba2 otak aku berfungsi dgn baik masa tu.
terpaksa cepat2 digest amenda bdk2 ni tanya.
walopon ada peristiwa2 yang aku mmg jammed gila.
selambe bdk2 mainkan aku, sbb aku tak paham.
penah aku dpt sekolah sabah,
tak pasal2 dgn suma org aku terckp sabah.
hahaha.. smpai dlm post mortem meeting pon aku terckp sabah.

bila la lagi aku bleh nyanyi lagu 'atas rumput ada kaki',
main kamil kata, tepuk cyberkids,
tepuk2 ape lg tah..aku pon dh tak ingat.
dulu masa kena handle persembahan, aku penah suh bdk2 koir
lagu bagaikan puteri, bintang, you are my sunshine, dll.
bdk2 tu mmg sgtlah comel. ada yg buat perangai, ada yg mmg best,
tp biasa la bdk2. cikgu2 pon ada yg ok, ada yg menguji kesabaran jugak.

fasi2 mmg perlu sentiasa ceria dan semangat.
walopon hati masa tu hancur berkecai camna pon.
ms preparation, aku plg mengelak hal2 berkenaan dgn belon.
belon sgt byk menghias kelas, sungguh hampeh.
sbb aku takut belon. rs berdebar ja tgk belon besar2.
ms kem, setiap hari tido lmbt bgn awal.
kalo direct bbrp kem mmg sayur rebus la thp lembik.

hari last, suma pserta buat persembahan.
pastu ada la sesi sedih2. time tu hati kuntum diuji aa..
fasi yg dh tatau brp kali kem ni, dh tak larat sedih ni,
buleh tangkap leleh tgk bdk2 dok nangis teresak2.
dh suma blk bilik..paling keji, pastu fasi dok nari poco2 dgn riangnya.
sblm tu hanyalah lakonan semata. keji weh!

skang, dah 2 thn suma tu berlalu. eh 3 kot.
bdk2 tu pon dh besar agaknya. dh tak ingat suma tu.
kwn2 fasi dh ramai tuka status.
arip-jamal dh kawin, er-payed soon kawin,
ayat dh tunang, ada pon dh kawin kot, imah dh kawin,
cik ros-wan dh bakal jd mummy daddy,
ash dh tunang, sape lg? yg single mingle dh ada partner masing2..
redz? kemal? khai? moque? mau? bai? paan? harith? lain2?
ape cite tah suma2 ni..

tah aku pon diorg tak ingat..heh.
the good ol'day.

Tuesday, January 20, 2009

dream come true!

tajuk hanya berkaitan dgn ini.

hohoho..
last week aku mimpi. hari ni mimpi tu jadi betul.
xdak la exactly betul. ada la sikit.
pasal kain..parents aku br blk jakarta & bandung.
wahahaha..aku kaya..aku kaya ngn kain!
bukan la mcm dlm mimpi..tp cantik2..aku suka!
lalalala..aku sungguh bahagia ngn kain2 yg banyak dan cantik ini.
aku rambang mata nak pilih. jadi aku pilih separuh.
ye ye..aku tamak. lantak! aku suka.
sila pahami perasaan aku skang..

dan tiada kaitan dgn ini.

hmm..smlm aku mimpi ujan lebat.
hari ni aku tak siram pokok2 mak aku.
sbb aku mahu mempercayai mimpi itu.
walopon hakikatnya aku mmg tatau ujan ke tak.
hehehe..

atau ini..

aku tau agak annoying bukak blog aku pastu tiba2 bunyi lagu.
kalo x suka..sila click stop di player sebelah.
atau 'mute'kan sound laptop anda.
atau click tanda X di atas sebelah kanan window ini.
apa pon, aku bahagia dgr lagu laskar pelangi ni.
aku imagine ada kanak2 riang berlari, di satu kawasan padang,
yang berbukit. kat atas tu ada satu pokok besar..
pastu bleh duduk kt bawah pokok tu. dan aku happy dgn suasana tu.
lagu stand by me..heh.aku suka2 letak. lgpon aku mmg melayan
lagu2 zaman itu, light of my life..words..lg apa tah.

ini juga tiada kaitan..

aku hanya bercerita di sini.
aku juga ingin berkongsi di sini.
tapi bukan perasaan yang dalam tu, tapi hanya cerita,
mungkin juga pendapat, dan ilmu kot.
aku juga suka merepek dan mengarut.
blog ini bukan cermin jiwa, perasaan atau jalan hidup aku.
kdg2 aku CUBA jadi kreatif walopon hasil macam sampah.
itu hanyalah hasil cubaan aku.

abg meon..tulun! haha..

dan ini

aku nk sambung entri asma'ul husna ni..
tapi..err..nanti lah eh.
aku tetap rasa bersalah sbb blom cukup 99.
isshh..


Sunday, January 18, 2009

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

creditted to zubir

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah - apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah : apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang : apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah : apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. Al-Quddus - Maha Suci : apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. As-Salam - Maha Penyelamat : apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman : apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga : apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa : apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa : apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

untuk senarai lengkap, sila layari http://www.pekanrabu.com/zubir/asmaulhusna.html

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

creditted to zubir

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Saturday, January 17, 2009

aku baca aku suka

blog qistin - celebrated life : inspiring blog
blog yang bloggernya pemalas nak update. but every entry really inspired me.
i try not to be bias here, hehe, but i would like to call the blog, inspiring.

blog erni - i was born at the age of zero : cute blog
blog yang bloggernya sangatlah rajin mengupdate. from my point of view, honest.
the blog kinda cute, ok, cute. admit it.

blog moen - meonjeng : great poems blog
first time when i go through the blog, the first and only word came out at that time is "wwooohhh!!" (this is a very impressive expression, ok). canggih gila words yg digunakan. mana belaja ni. kalo aku pakai theasaurus pon blom tentu aku bleh write like 10% of his writting.

blog fynnjamal - fynn is telling you something : honest blog
i know here from faten. really honest and brave enough to say it out loud. it's a real story. sebagai seorang manusia, perempuan, isteri, pemuisi dan hamba Allah.

blog wani ardy - my coulourful island : creative blog
sorry guys. this is a private blog. luckily i have the access. she is a really good writer. how she plays with the words, so graceful.

blog na - salty sugarry peppery : blog paling rajin update
na or aween, sgt rajin mengupdate blog dgn cerita2nya sebagai student medic kt uk. bleh tahan sengal jugak la cerita dia. hehehe. i just enjoy reading her stories.

blog anak mat noor & kahuna : blog paling kelaka
tah camna aku sesat jumpa blog2 ni. ada yang rekemen kot. but seriously klaka. kalo tgh tension2 baca blog2 ni.. bleh release tension.

blog dug - reculent : nice pics blog
blogger seorang photographer yang mempunyai gambar2 yang catched my eyes.

ini cerita mudah tentang love

love.
hari ni ada org tanya aku apa aku maksudkan bila ckp pasal love. kasih. cinta. sayang.

oh ya, ini sama sekali tiada kaitan dengan cerita selamat pagi cinta. yang aku tak paham tu. yang juga sangat meniru cerita serendipity. dan ini mungkin ada sedikit kaitan dengan cerita p.s. i love you, yang sangat membuatkan aku membazirkan air mata aku. ini tiada kaitan dengan review mana2 filem tersebut. hanya iklan semata2.

berbalik kepada persoalan love.
aku terkedu. so kawan aku rephrase balik soalan tu. apa yang aku buat kalau aku sayang kat somebody. aku jawab jawapan yang agak standard. kang aku decribe dengan penuh beriya, jadi lain plak. sebenarnya pada saat dan ketika itu, aku xtau nak jawab apa. mungkin patut aku jawab merentasi lautan api, mendaki gunung yang penuh hutan berduri, berlawan dengan naga dan raksasa bla bla bla. hakikatnya bg aku love tu ada value yang tinggi untuk dihuraikan.

dia cakap kat aku. love is just an expression of a feeling.
the way to show your love is you care and concern. so how not to? just be dun care. uih..walopon aku macam rasa tak logik sesimple itu tapi aku masih terima konsep tu. tp bg aku, we love, that's y we care. not we care, that's why we love. kan? dia cakap, dia hanya mempermudahkan konsep tu, realiti memang tak semudah itu. but it can a step of something. to love and to not love.

p.s: qistin, tolong beli hp baru cepat2 n cntct aku k.

Friday, January 16, 2009

be careful with what you wish for

i wish i can be invisible
i wish i can read others' mind and feel their hearts
i wish i am away, i mean really away
i wish i can be there
i wish it just disappear
i wish no one care to read this

cerita bersih dan jalan

ttiiiiitttttttttttttttttttt............


clear!!


padam! padam!


delete!


nyah ko!


tune!!



hahaha..aku sungguh struggle di kala ini.
kamon..kamon..!!



ada satu cahaya aku sedang tuju.
ada satu ketika aku ada di jalan yang agak lurus,
ada la sedikit senget bengetnya.
namun selepas satu ketika,
jalan tu macam sangat bengkang bengkok.
yang bestnya, aku macam x sedar kebengkokan jalan tu. aku ikut ja.
sebab konon2nya aku nampak cahaya tu makin terang.
tu silau la sengal. silau yang menyakitkan mata.
tu pon tak boleh beza!

susah woo nak meredah segala onak nak ke cahaya tu.
maklum lah bukan senang-senang nak dapat menda yang berharga.
salah steps ni mau tergolek aku ni.
silap hari bulan terbabas dari landasan.
isshh..harap sangat2 tak.
silap2 lagi, takut sampai kat dead end yang mmg totally gelap.
no turning back man at that point.

jalan tu tatau lagi panjang mana.
kalau x cukup panjang, x smpat sampai.
kalau panjang sgt, risk nak terbabas pon tinggi.

aku tgh berusaha utk berada di jalan yang lurus.
pastu nak letak segala tembok di kiri kanan
supaya aku tak terkona2 salah jalan.
mungkin kalau ada yg tolong suluh jalan kt depan mungkin lebih baik.
tapi takut gak kalau ada yang lempar aku melayang jauh dr jalan..mampos!

niat..niat..niat..kerana Allah

doa..doa..doa..pada Allah


semoga jalan ku dipermudahkan dan aku berada di jalan yang lurus.
amin.

Wednesday, January 14, 2009

where is the magic?

i always have faith. i really do believe.
everything will be fine.
the good time will come.

but seem i have to build the patience in me.

p/s: connection cam sampah!! errk..sabar sabar..
tarik nafas..lepas...tarik nafas..lepas.. dh nafas mcm naga je ni.
(pastu terkeluar air idung skali..hakhakhak..ye aku mmg keji)

Tuesday, January 13, 2009

she promised

she tend to be honest, a complete one.
the honesty killed her heart and soul eventually.
she appeared with a beautiful smile
and the dark shadow keep following her.
she tried to spread the love, the colours,
she was forced to be strong.
but she's dying inside.
she shouted to the wrong one, she cried.

and then
she lied. a big one.
that swing a thunderbolt.
she fixed it.
she promised to wake up from the dream.
she promised to keep the promises.

the end.

Monday, January 12, 2009

happy dream?

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
- laskar pelangi (nidji)

hahaha..lagu di atas tiada kaitan. saja syok2 nyanyi.

semalam..eh the night before..
(aku tatau nak sebut apa dalam melayu..cewaah..abih omputih la aku..
bkn laa..kalo org kedah sebut malam kemarin..
kalo kt kl sebut malam semalam..so aku kompius..paham!!)

kesimpulannya. aku mimpi.
dalam mimpi tu..aku tgh cari camna aku buat utk aku tak pkkan masalah2 aku.
lalu aku mengambil keputusan nak loan duit kt mama abah aku..
untuk beli kamera DSLR Canon D450.
aku bahagia. sebab aku excited ngan kamera baru tu..
so aku tak pkkan problem aku.

ni mimpi sama tapi takda kesinambungan dgn kamera tu pon.
tujuan masih sama. cari happiness.
aku jalan2..pastu jumpa satu kedai ni.
kedai ni juai kain2 yang cantik2 dan eksklusif..
ada tudung suma la. pastu aku bahagia..
sbb aku syok tgk kain2 yang cantik2 tu.
ada macam2 kaler la..kain organza ada..pastu ada baju kebaya apa tah..
tapi dlm mimpi tu kira cantik gila la.
aku dah plan nk amik yg kaler merah putih, yg purple, yang lain tgh pilih2 lagi.

aku tak paham.
senangnya nak bagi aku happy.
kamera dslr n kain.
paaddiaaa?? tak dak kemajuan langsung mimpi aku ni.
tah apa2.

adakah ini berkaitan mama abah aku akan meninggalkan aku untuk pergi melancong ke indon tidak lama lagi??
ke ada org nak hadiahkan aku kamera tu? lalala..
ke aku nak menang hot car petronas tu?? hahaha..ok, fine..xdak kaitan.

haaaiihhhhh....

Sunday, January 11, 2009

aku diingatkan..

aku baca blog..

"jangan takut hidup sorang. bila kita lahir, kita tak kenal siapa siapa pun. dan, bila kita mati nanti pun, kita tetap akan sorang sorang jugak. banyakkan buat amal dan ibadat. jangan dipikir sangat hal dunia sebab sampai bila pun kita takkan ke mana mana." - mak erni

thanks for the post, erni.

aku cakap fon..

..dan aku diingatkan kepada sesuatu yang dah lama aku lupakan. aku tak mungkin boleh kembali kepada diri aku macam masa tu. tapi ingatan tu cukup untuk membuatkan aku tak terus lupa pada basic tu. ini bukan untuk fahaman semua. ini untuk ingatan diri. dah lama, dah ramai cuba kembalikan aku yang itu. mungkin kepulangan aku bantu aku untuk sedarkan aku. yang dah terlepas tak boleh dikembalikan, tapi tak perlulah juga untuk diulang.

..yang lain, yang panjang, aku dengar. dan aku simpan. tapi yang tu paling mendalam. mungkin it's just the right word at the right time. *senyum*

thanks syikin.

aku baca buku...

Dialog iblis dengn Nabi Musa. Berhati-hatilah pada empat perkara ini dan aku tidak akan membinasakanmu.

a. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang marah kerana aku menguasai hatimu sepenuhnya. Mataku tepat berada pada matamu dan aku mengalir di dalam tubuhmu mengikut aliran darahmu.

b. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang bertempur dalam peperangan. Akan ku ingatkan mereka tentang anak-anak dan isteri yang mereka tinggalkan.

c. Ingatlah kepadaku ketika engkau keras kepala. Ketika itu, aku menguasai sepenuhnya hatimu, mudah bagiku mempermainkan hati mereka seperti anak kecil bermain dengan bolanya.

d. Ingatlah kepadaku ketika sedang berdua-duaan dengan seorang perempuan. Aku menguasai mereka dan menimbulkan ghairah cinta hingga mereka melakukan perbuatan dosa.

Buku 3T.

Friday, January 9, 2009

sirap bandung


abah korang penah buatkan air kt korang?
abah aku penah. utk aku.
*grin*

itu lah abah.
akan raikan lebih2 untuk berbuka puasa.
puasa sunat je pon.
abah akan tanya nak makan apa.
mesti dicari.

sayang abah.
*peluk*

ni abah dolu2. hiks hiks.. ensem x? aku pelik nape lain sgt muka ngn skang.

p/s: kpd sesiapa yg berkenaan, sila jgn report kt abah aku DAN mama aku juga.

c.h.a.n.c.e.s

do you belive in 2nd chance?
i do.
not only 2nd, but 3rd, 4th, 5th or more than that, still, i believe.

i wrote this once, in dec.
"Kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. "

Allah Maha Pengasih dan Pengampun. agree?
manusia ni selalu lupa dan lalai. selalu buat dosa.
Allah kata, lebih kurang camni,
'pohonlah keampunan daripadaKu, aku akan ampunkan dosanya.'
(correct me if i'm wrong)
baik kan Allah. mulia kan Allah.
kita ni dah la sgt byk dosa. yg kita sedar atau tak.
kadang2 tu, dosa kering. orang lalu dpn kita, kenal pun tak,
hati dah terdetik, 'besarnye idung dia'..dh buat dosa x pasal2.
tu tak kira yang lambatkan solat, tak tutup aurat betul2,
lek aje sentuh laki pompuan, sakitkan hati mak bapak, keluarga, kwn2.
haih..byknya la sgt.

bayangkan lah, kalau setiap titik dosa kita tu tak diampun dan terus dibalas.
Allah boleh buat tau.
kutuk org dlm hati, idung dia besar.
tiba2 jalan tersadung, terhantuk kat meja.
patah gigi, patah batang idung. lagi teruk kalau jadi infection plak tu.
melarat sampai masalah pernafasan. hah..amik ko!!

tapi Allah bg chance..kalo bahsa aku, bg can la.
hebat kan Allah. kasih Allah mmg tak ternilai untuk hambaNya.
tapi jangan pula kita permainkan taubat kita. rujuk sini.

mungkin sebab tu, aku percaya kepada peluang.
dan sebab aku sendiri terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yg perlu diperbaiki.
aku sedang berusaha. tapi kadang2 aku lupa. kadang2 aku lalai.
mungkin sebab dah terbiasa dengan cara yang salah tu.

itu aku.

i cannot expect others to think the same way as i am.
and definitely, they have their own good reasons.
manusia ada limit. termasuk kesabaran.
aku hormat kepada mereka yang cuba untuk berubah. aku tahu bukan mudah.

bg aku, kalau ada yg buat salah, n they wish for another chance,
insyaAllah, i'll give with my faith.
Allah pun bagi kita peluang..so?

let's do it ~ untuk Allah.
Dia Maha Mengetahui.

dare to life

Whatever you give to lie, it gives you back.
Do not hate anybody.
The hatred which comes out from you will someday come back to you.
Love others. And love will come back to you.

It is not because things are difficult., that we do not dare.
It is because we do not dare, they seem difficult to us.

Dare to take on your difficulties.
Once conquered, you will ask only for more.

Wednesday, January 7, 2009

I'm home?

pls define me a home.
what about a family?

tiba2 aku emosi..pk psl diorg yg jauh di sana. yg tgh menjerit.takut. gigil.
apa yg kamu sdg pk skang?
masalah keluarga.
masalah jiwa.
masalah hati.
masalah duit.

kalau kamu kat tempat mereka..apa kamu rasa saat ini?

Ya ALLAH, tolong selamatkan mereka, saudara seagamaku.

Saturday, January 3, 2009

away mode

aku takut.
aku cuak.
aku ingat.
aku sedih.
aku rindu.
aku kasih.
aku bertahan.

aarrgghhh..sungguh, aku takut.

p/s: aku masih di sini. ada dia. esok cabut.

p/s: happy birthday hafiz. semoga temui bahagia n dekat padaNya.

Thursday, January 1, 2009

New Year

1 Jan 2009

new year.
new step.
new life.
new place.

physically, i'm leaving.
the place where i found
independence life, survival life, great friendships, love life *wink*,
away from family, away from home.

in my heart, i'm still here.
KL hectic life! i gonna miss the good drivers & jammed (errk..)
midnight movies, big shopping complexs, nice scenes with all the lights,
mapley, hartamas, burger kl gate, blkg pasar, pelita ss2, bla bla bla..

hey my dearest friends,
thank you for making my life great!
asasians rawk, 5th aricha, um sempoi,
housemate2 ku yang kenal suma artis..hehe..korg sgt baik n best..
my crazee fellas in ibm..
kepompong guys..

i luv each and everyone of u.
termasuk yg menganggap aku rival..hehe..
i'm so sorry for all my wrong doings.
let's jom start this year with new great heart. =)

i already miss everyone, everything.

aku sedih ok! ye aku pon hati kuntum..ciss..