Sunday, December 28, 2008

kehadapan kamu III

kamu,
hebat. tu satu perkataan terbaik aku boleh fikirkan untuk kamu.
dalam gundah ini, kamu patut jadi lawan.
tapi kamu tetap teguh sebagai kawan.
tak terdetik pun sedikit di celah sudut hatiku untuk menidakkan kehebatan mu.
aku akur aku tak mampu bersaing dengan kamu.
aku nasrah..eh aku pasrah.
payah suatu keikhlasan itu.
berat suatu pengorbanan itu.
seksa suatu keredhaan itu.
sakit suatu penghijrahan itu.


kamu,
setiap ketetapan ada tujuan.
tolong jangan jadikan alasan.
Dia uji supaya kamu balik padaNya.
semoga kamu jumpa u-turn tu semula,
aku percaya hati kamu hanya terlalai sementara.


kamu,
aku tahu rasa sakit itu.
hati ku pedih bila kamu laluinya juga.
aku doa kamu cepat jumpa jalan bahagia.
jangan mengambil masa terlalu lama seperti ku jua.
aku akan ada selagi terdaya.


kamu,
ini aku. merepek.

4 comments:

Life said...

ternyata kamu tiada point.. sekian

Anonymous said...

ini yg III. di bawah ada yg II. yg pertama mana?

~nasrah~ said...

suka ati aku je kan. haha..

yang pertama ada dlm post bulan november.

Its ME said...

Bolih kongsi water-cure protocol untuk kesihatan umum di halaman anda?
daripada healthy Wealth blogger di http://theinnozablog.blogspot.com

Sekian terima kasih selamat tahun baru harapan baru semangat mulia.