Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430M


Semoga Hijrah kali ini lebih bermakna kepada semua.

Dan sesiapa berhijrah ke jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah An-Nisa: 100)

kehadapan kamu III

kamu,
hebat. tu satu perkataan terbaik aku boleh fikirkan untuk kamu.
dalam gundah ini, kamu patut jadi lawan.
tapi kamu tetap teguh sebagai kawan.
tak terdetik pun sedikit di celah sudut hatiku untuk menidakkan kehebatan mu.
aku akur aku tak mampu bersaing dengan kamu.
aku nasrah..eh aku pasrah.
payah suatu keikhlasan itu.
berat suatu pengorbanan itu.
seksa suatu keredhaan itu.
sakit suatu penghijrahan itu.


kamu,
setiap ketetapan ada tujuan.
tolong jangan jadikan alasan.
Dia uji supaya kamu balik padaNya.
semoga kamu jumpa u-turn tu semula,
aku percaya hati kamu hanya terlalai sementara.


kamu,
aku tahu rasa sakit itu.
hati ku pedih bila kamu laluinya juga.
aku doa kamu cepat jumpa jalan bahagia.
jangan mengambil masa terlalu lama seperti ku jua.
aku akan ada selagi terdaya.


kamu,
ini aku. merepek.

kehadapan kamu II

ada bintang ada bulan.
indah. teman malam yang gelap.
apa yang kau kejar?
bulan? bintang?
atau sang matahari yg bercahaya?
atau mungkin pelangi yang hanya ilusi?
pilih. kau tetap akan kehilangan.

aku xde point. sekian.

Tuesday, December 23, 2008

oh buah kedondong


venue: umah pak uda kt kg nakhoda mengadap satu pokok yg ada byk buah.
day: sunday


aku:
nih buah ape pak ude? (hikhik..walopon aku rasa klaka kena ckp kl ngn bapa sedara..tp aku kena sedar diri yg kg aku satu lg di selayang. ingatkan aku pure kedah..tidak rupanya..ces)

pak ude:
ni pokok kedondong..tu buah kedondong la. nak mkn amik la.

aku:
ooo..buah kedondong. (dalam hati aku..macam penah tgk ja rupa buah ni..tp setahu aku bukan nama buah kedondong, mungkin ni buah lain)

pak ude:
org makan yg muda2 sikit, yg tua2 org xmkn.

aku:
mkn macam mana tu?

pak ude:
makan terus camtu la..amik..gigit terus..amik la try! amik yg macam tu (sambil tunjuk ke arah buah yg dh besar tapi masih hijau2)

aku:
eh takpe la pak ude, tak nak la. ni la first time tgk buah kedondong. (sambil dgn jakun2nya pegang2 buah tu n cium2. aku tanak amik risk dgn rasa yg belum tentu tu)

abah n abg aku dtg dr mana tah.

abah:
org selalu makan dgn kicap buah ni. cicah..

aku:
(dgn belagaknya) abg am tahu dak ni buah apa?

abg am:
tau..buah kedondong.

aku:
eh..macam mana tau..? (musykil..ingatkan aku dh hebat)

abg am:
org chef..tau la..(jawapan yg lagi belagak drp aku..cis)


venue: kepong
day: tuesday

aku: rituh nasrah first time tgk buah kedondong. (mengeluarkan ayat penyataan dgn tiba2)

auntie fauziah: laa..takkan xpenah tgk buah amra.

aku: laaaaaaaaaaaaa....buah kedondong tu buah amra kaaaa......... patut macam sama ja. tp bila tanya kata buah kedondong. (setrusnya menceritakan kejadian di atas)

moral of the story:
buah kedondong tu orang negeri2 lain sebut.
org utara sebut buah amra atau buah mera (megha).

aiiyooo..aku rasa sgt sengal!

past back as present

woohh..tajuk cam gempak ja kan. hehe..

well, i luv reading..i luv it alot.
when i was a little girl (ye ye aku tau skang pon tak besar sgt),
my mom used to buy me a lot of story books.
enid blyton was the author.

growing up still with books
sweet valley collections.
(do comics consider as books?)
if they do, doraemon, ujang, slamdunk should join in. hehe..
mutiara naga aku baca sampai habis..huhu.
and of course, lots of other story books.
kisah2 nabi, si kancil ke, buat baik bla bla bla..

i think i have read all of sidney sheldon's precious collection.
and i enjoyed harry potter books so much!

then, skang aku byk membaca blog.
that's y i said i luv search & read.
i get to know my 'journey', Islam, my heart is looking for..etc etc.

blogs also are real life stories.
some people are really good in writing.
the words..the phrase..are so bombastic.
some blogs give me inspiration.
hey, i just discover, i luve nice poems too.

it's been a while since the last time i bought a book.
last week, aku buang tebiat..
or maybe should say, kembali kepada tebiat lama.
aku p MPH beli 2 buku, p POPULAR beli 2 lagi.

pastu kt kedai mana tah aku beli 1 magazine.
aku beli 5 buah buku! please consider a magazine as a book.

eh..aku beli magazine ANIS every month.
so, tipu la aku tak beli buku dh lama kan..hehe..

this are those five. ANIS (monthly reading), La' Tahzan (read it before but want to have it for my collection n later reference), 3T (Taubat,Tasbih,Tahajud - I need it), Aku terima nikahnya (a gift to a friend who's getting married soon - tapi aku baca dulu..hehe), Thanks for the memories (no reason of buying - feel like reading it).

Plus with these five, qistin pinjamkan aku 2 more books. inspiration n motivation kinda books. Paulo Coelho is her fav author.




Happy reading to myself!
Syok tgk buku-buku baru ni.
Rasa nk cium2. haha..pegang pon dgn berhati-hati.
to fiza, thanks for be very nice to lend me your camera phone.

Friday, December 19, 2008

pls stay a bit longer

dear handphone,

I feel really sad now.
Your LCD goes crazy again.
I love you so much.
I have enough of losing.. watch & last phone.
I really want you to stay more more longer with me.
I hate people keep telling me to throw you away
and buy a new one.
It's kinda expensive to fix you back.
I dunno it's worth or not.
You meant so much to me.

uuwwaaaa!!!

Thursday, December 18, 2008

mode: takut

Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah, disaksikan masjid Rasulullah SAW di sisi makamnya, dengan lelehan air mata yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di lehernya?

aku takut. aku manusia yg lupa diri tu.
aku manusia yg tak tau malu tu.
sampai bila?
aku takut kalau masa hanya ada beberapa hari saja
mmg tak sempat aku bertaubat atas dosa yang selangit.
tapi aku takut juga kalau masa masih jauh di depan sana
aku masih ulang dosa di atas bumi Allah ni.
sungguh aku takut.

aku hidup untuk bahagia di akhirat sana.
itu tujuan hidup aku, yang akhirnya aku sedar dan jumpa.
aku tak hidup untuk kaya
aku tak hidup untuk manusia yang ku cinta
aku tahu semua itu sementara.

aku manusia yg hina dan sering lupa
iman yang selalu goyang dgn indahnya dunia

hidup ku untuk ibadah padaNya
aku tahu sangat tinggi cita-cita ku
kalau kaya itu datang di antara jalan hidupku
kalau nikah itu mengiringi hidupku
aku bersyukur, bukankah itu juga ibadah..

hari ni aku menangis
sujud pinta keampunan, pinta ketenangan
entah esok lusa aku ketawa sampai tak ingat dunia
gembira sambil berdosa

ya ALLAH, tolong lah aku.
jangan lah Kau tinggalkan aku walaupun sesaat atau kurang dari itu.
ampunkan aku ya Allah.

Alhamdulillah

Too Phat feat. Dian Sastrowardoyo, Yasin & Ahli Fiqir




Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
*Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersamaJ
agalah nama hidup penuh pementasan dan drama

Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus
bukan semuanya tulusada sempuna
ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar,
kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai
lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar
kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau
dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku‘tuk hanturkan
* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….

Tuesday, December 16, 2008

Manusia kerap lupa janji tak ulang maksiat

creditted to mutiara hati
Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

AL-IMAM Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Al-Daa’ wal Dawaa’ berkata: “Kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat di sisi Allah melebihi timbangan dosa itu.”

Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupakan dosanya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)

Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapa orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermain-mainkan pengampunan Allah ?

Orang yang benar-benar beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang sama dua kali dan orang yang benar yakin dengan perhitungan hari akhirat pasti berusaha menjadikan hari ini lebih baik daripada kelmarin dari segi peningkatan ilmu, iman dan ibadat.

Jadi panggilan apakah yang paling sesuai bagi mereka yang selepas bertaubat selalu berbuat dosa kembali secara berulang? Agaknya mereka ini sesuai dipanggil dengan sebutan hamba Allah yang tidak tahu malu.

Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham: “Wahai Imam, aku ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku, tunjukkanlah kepadaku jalan yang mencegah aku bermaksiat lagi kepada Allah .”

Ibrahim bin Adham berkata: “Jika engkau ingin bermaksiat janganlah engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya: Lalu di manakah aku boleh melakukannya? Ibrahim bin Adham menjawab: Keluarlah dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, jangan makan rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa rezeki daripada-Nya? Ibrahim berkata: “Tidakkah engkau rasa malu hidup di atas bumi-Nya dan makan daripada rezeki-Nya kemudian melakukan maksiat kepada-Nya?”

Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah, disaksikan masjid Rasulullah SAW di sisi makamnya, dengan lelehan air mata yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di lehernya?

Dia ditipu oleh hasutan syaitan yang memanjangkan angan-angan bahawa dengan hartanya dia boleh 10 kali lagi mengerjakan haji dan menambah amal salih. Tetapi dia lupa sihat dan sakit, ajal dan maut di tangan Allah yang tidak mungkin dibeli dengan harta dan kedudukannya. Bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dia bermaksiat?

Begitu pula ketika seseorang ditimpa musibah, serta-merta dia ingat kepada Allah dan cepat bertaubat, tetapi dengan sedikit saja harta dan keuntungan yang Allah tambahkan, dia sudah pun lupa dan lalai kerana tidak tahan dengan ujian harta itu, akhirnya dia bermaksiat kembali tanpa rasa malu.

Jelaslah betapa pentingnya seorang hamba memiliki rasa malu kepada Allah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terjaga mata hatinya, tidak tidur dan lalai dibius oleh kemaksiatan yang bermaharajalela.

Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah ?

Ingatlah kurniaan Allah .

Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam hati yang terdetik secara tiba-tiba. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu semakin banyak dilimpahkan seiring semakin tebalnya buku catatan dosa yang kita lakukan?

Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak, pujian manusia yang semakin melambungkan nama, jawatan semakin kukuh, kehidupan meningkat sejahtera padahal dosa dibuat berganda-ganda banyaknya?

Orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.” (Surah Hud, ayat 15-16)

Ayat itulah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi sakaratul maut sambil mengulang-ulangi bacaan ayat berkenaan.

Mengapa Allah tidak terus menyeksa manusia pada kali pertama dia mengulangi dosanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan daripada hidupnya, ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh?

Maha Suci Allah yang sentiasa memberi peluang untuk manusia mengingati kurniaan-Nya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka bersyukur dan kembali pulang, Dia menangguhkan seksa kerana sayang kepada kita sedangkan orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah. Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu milik hamba Allah yang beruntung ini?

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa Baginda melakukan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak sedangkan Allah sudah menyucikan dirinya? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak bolehkan aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Telitilah aib diri.

Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang perisainya dikoyakkan dengan dengki, pertengkaran dan perbuatan keji, haji yang dilakukannya tanpa reda dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.

Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat, matanya mengintai-intai taman syurga tapi kabur oleh gelapnya bayang-bayang zina mata yang pernah dilakukannya ketika melayari web lucah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.

Jika tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, sekurang-kurangnya malulah bila melakukannya secara terang-terangan. Apa akan jadi dengan dunia ini apabila semua manusia berbuat maksiat secara terbuka dan tiada seorangpun memiliki rasa malu melakukannya.
Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang menegakkan amar makruf nahi mungkar di kalangan mereka. Kemaksiatan dan kejahatan manusia yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula daripada hilangnya rasa malu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hamba-Nya, pasti Dia mencabut rasa malu dalam dirinya, jika dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan dibenci. Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah daripadanya, maka jika dicabut rasa amanah, kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati kemudian jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati, dicabutlah kasih sayang daripadanya, jika kasih sayang dicabut maka kamu tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah ikatan keislaman darinya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Lihatlah iman dan amal orang lain.

Apabila seorang hamba berasa dirinya berada di bawah titik paling rendah dalam kadar hitungan imannya, hendaklah ia melihat kepada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikan hamba Allah yang khusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tetapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis.

Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan ulama, kemalasan kita dengan orang yang ihsan, riak yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain.

Orang kaya yang bersedekah satu gantang berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah 10 kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita.

Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, di manakah silapnya kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang, kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri saja.

Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah yang memandangnya.

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my

Cari hati kamu

Cari hati kamu di tiga tempat

1. Sewaktu bangun membaca Al-Quran
2. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika mengerja solat
3. Jika tidak ditemui juga, cari hatimu ketika bertafakur mengingati mati.

Jika tidak kau temui, berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru.
Kerana hakikatnya kau tidak mempunyai hati ketika itu.

Jalan itu SUSAH tapi INDAH.
Kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali.

Monday, December 15, 2008

kasut cantik

thanks to erni for the boongashoes entry!
excited. sgt cun. smpai tatau nk pilih ni. camne?!
aku nak! aku nak!
waaahh..

bleh design kasut sendiri..
http://www.boongashoes.blogspot.com/
tp aku mmg tak reti la kan bab ni.



nak suma ni! ade sesapa nk bg tak? kaki aku size 5. haha..

Sunday, December 14, 2008

puteri gabai they called me

dearest my gila friends,
thank you sssooooo muuuuccchhh for a great day!
damn u guys..this will make such a hard time for me to leave you.

early morning..oops early SUNDAY morning,
(hari AHAD mana ada org bgn pg2 la wei!! gile pe..)
I've been waken up by Norul.
peh, hafiz the bro & naza the parkison dtg amik aku kol 745am.

Sg Gabai - the destination for today!
nk tercabut kepala lutut aku nk smpai kt kwsn yg air terjun atas tu.
makanan yg dibawa mcm nk tinggal dua hari kat sana.
siap bleh buat kenduri kt org2 sebelah lg..
sejuk gilooosss air tu k.
organizer siap buat game lg..ade bbq..
pastu aku ni kan sgt berat..tah brp kali nk hanyut.
sib baik kengkawan sentiasa memastikan aku ade tmpt berpaut..
hehehe..diorg la tu tmpt paut.
kalo nk g tmpt air laju je..suma kena tarik aku..sbb aku mmg tak bergerak.

aku ngn maz..sama2 tak reti berenang..lawan pegang each other.
hehehe..tp ada hati nk pegi dok kt air terjun tu.
plg kelaka maz ajak aku berendam di suatu kwsn yg konon2 airnya tenang.
pegi je port tu..nk berendam pe nya..air paras buku lali je.
aku siap dok bertimpuh..bersila..
maz plak bleh berpura2 berenang kt situ..hahaha..logik aa terapung..
tenggelam pon tak habis.

pastu dok main capkalicap ramai2..ngn permainan aku tatau nama..
tapi kalo nk main..bunyi psstt..psstt..takleh sama ngn org yg buat tu.
paham tak? tak paham sudah.

masa nk pegi tuka baju..
aku tatau nape aku blur2 sgt. fatin dh mcm kantoi..
tp aku still tak realize ape2..
siot je..kena mandi telur aku ms tu.
tapi yg best fatin dok ketuk telur kt blkg aku tak pecah2..
sakit bahu aku..pakai telur rebus ke ape!
hehe..mana leh kena sorg2 kan..
pastu aku attack diorg ngn telur yg dok meleleh2 kt baju tu.
nurul pasrah je kena peluk ngn aku. hamiikk koo!!

pastu aku dimandikan dgn sabun bagaikan puteri oleh dayang2..
iaitu dayang ipah, dayang norul, dayang dewi,
dayang maz n dayang fatin.
tima kasih ye dayang2 suma! i lap u!
walopon dh berbuih air sungai tu..
aku masih saiko yg aku ni berbau telur lg..
hehe..

perjalanan pulang juga membahagiakan aku.
azrul yg sedekahkan sebelah cermin mata dia kt ikan sg gabai xleh nk drive..
telah memberi kehidupan yg begitu bermakna bg diri ku.
drive keta manual slps beberapa ketika.
laaayyyyaaaannnn giilleeeee...
mmg heaven la nikmat bawak kete manual.

kalo rajin nnti aku upload gmba.
blk tu g buat spek si azrul buta tu.
dia ada celik blk dh skang.

wei..seriously i enjoyed the day!
norul, i arward you the best organizer. thanks weh.
thank you so much kawan2.. =D

eh aku ni mula2 mcm nk buat post in english..tah apa2 tah.
lantak la..
aku bahagia!
muaahh..

counting

i'm counting the days
nothing to do with what those lucky girls are waiting,
yes, i call this year & next year as mating year - tahun mengawan.
but i'm counting for the new year - 1430H.
i have new resolution
with a new high hope.

dun put too much hope or too high hope,
afraid you will fall and hurt so much.

as my dear friend qistin told me today,
if you fall from level 3 you will feel the pain,
if you fall from level 10 you will also feel the pain.
why not just be at the highest level..
nothing to loose anyway.
yeah, why not being at the best level in your life.

hey you who said that to me,
you know that every night i being grateful,
because Allah has sent you to me at the perfect time.
you really inspired me, and help me to raise up again.
*hug*

Thursday, December 11, 2008

aku terkorban pada hari raya korban

al kisaaaahhh...
alkisah sang kancil dtg beramai mengadap sultan...
(taaiiibbbbb....)

haih..
alkisah..
aku terkorban pada hari raya korban.
in other very simple word..cir bir.

mmg seksa jiwa raga..dan tuuttt..
penat gilos menjadi pengunjung setia toilet.
aku penah gak before this jd cmni..tp sehari ja. dh lama dulu.
ni sampai 4 hari..mmg beeeessstttt!!!
terkulai johor aku..(aku tau kulai kt johor ok!)

sepanjang masa itu, aku mendapat byk gila petua utk
menstopkan masalah dunia itu.

1. minum teh o kelat
2. minum milo o kosong
3. minum air tepung gandum (first time aku dgr)
4. mkn 3 pucuk daun jambu batu + garam
5. makan milo
6. makan pil chi ki tek aun
7. makan pil arang (charcoal)
8. minum air beras hangus

selain tu, mkn ubat doc la kan.
n minum 100 plus.

is it working?? maybe for others..
aku try most of those petua. except pucuk jambu n air beras hangus tu.
the rest are done!
and akhirnya ada ubat yg rasa sedap..ialah makan milo saja.

letih tau dak cir bir ni!!!
sekian cerita hari raya korban aku.
takde gamba..takkan nk tunjuk gamba T*** aku kot..
hahahah...

Friday, December 5, 2008

want vs need

another wisdom words from a wise guy;

we will not always get what we want,
but we will always have what we need.

p/s: thank you for your support. i feel better. =)

Thursday, December 4, 2008

REMINDER TO MYSELF!

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
heh. bukan tu la.

Ingat matlamat hidup!
.
.
.
.

Remember the reason you are doing all this at the first place!

Chaiyok!

Wednesday, December 3, 2008

The moon is smiling :)

Semalam henpon ku yg ala2 nampak tak nampak je
screennya tu berbunyi.
Menandakan ada khidmat pesanan ringkas masuk.
Dem..sape antar ni.
dah la setiap kali nk baca msg aku kena
ketuk2 la..on off la..shake2 la..tekan2 la..atau buat la apa2 yg patut
utk membuatkan screen hp aku menayangkan apa yg sepatutnya terpapar di situ.

Dalam usaha gigih itu, hasil nya aku berjaya,
walaupun kadang2 kuar kaler biru, kadang2 merah, kadang2 ijau..
xkisahlah.. janji aku bleh baca. qistin rupanya. dgn msg berbunyi
"The moon is smilling, The left side is Venus and the right is Jupiter"
(atau mungkin terbalik kedudukannya, aku takleh nk refer blk,
sbb hp aku skang kaler itam pekat..ciss..)

Dgn itu, aku terkedek2 lari keluar untuk menyaksikan kebenaran itu.
Subanallah. mmg betul la! Mmg hebatlah kebesaran Allah.
dgn penuh kejakunan dan kagum.
Tapi sengal sbb tak cuba amik gmba.
Tapi..untuk tatapan aku dan sesapa yg tak tgk smlm
Sila cuci mata ngn gmba2 berikut.
Gamba di bawah adalah hak milik En. Molarc
(tatau sape..tp kawan erni)
dan juga dicurik dr blog syikin. Tima kasih!




cantik kan?
tiba2 aku teringat lagu bintang
Air
Bintang
Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya
Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam
Oh bintang tetaplah pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya
p/s: Untuk urusan rasmi dan penting
(contohnya nk ajak lepak2 atau bergosip)
sila lah call. sbb kalao msg tah bila aku akan berjaya baca.
harap maklum.
aah..jgn ngada2 suh aku beli henpon lain. kalau korang hadiahkan ok gak.

Tuesday, December 2, 2008

consolidate of wishes

Dear those ppl whom I love,

To En. Hafiz (even I'm doubt you ever read my blog..haha)
Thank you so much for everythings .
I have to open a new blog (not new entry, but a blog)
if I have to list all down.
Well done for the great job! You really deserve the trust.
All the best there..(this is for later, i guess)

To Nurin
I luv u bebeh! haha..
happy for your lovely goody goody change..
bukan dress up tu..yg malu2 tu..huahuahua
aku doakan terbaik utk ko beb!

To Doc Juani
Hey..you're really a doctor now.
macam tak caya ja..
hope you won't be so busy for our hang out time!
All the best. Proud of you.

To Mama & Aboh to be - Putu & Nasrul
As u know, aku dah terlebih excited dgn the happy and great news!
Congrats!
p/s: sedar tak aku takde dlm mail list tu..ciss..

To Ruhil & Hubby - also mama abah to be
Another congrats to both!
nnti korg bleh la daftar sekolah sama2 ngn pasangan di atas.
Happy for you.
still ingat hidangan kepok lekor yg sgt byk dulu.

To Syira & Chot (by the time hampa pasang internet..
mungkin dh basi wish ni..hehe)
Congrats n Happy 1 month anniversary!
aku takmo ckp dpn2..tapi hampa dua mmg sweet.
and pls jgn ulang menda ni dpn aku k..keep it here only!
hahaha..

To Venesa & Pooven
Congrats newly married couple!
so so happy for you..n venesa, u looked so preeeettty!
yes..i hate you guys for being so far away.
nnti sponsor la aku p melbourne wei..pls pls..

To Shida Gan & Abg Miel - very2 soon to be married.
Lek weh, jgn cuak..mesti tgh berdebar gila kan?
so sorry can't make it to the wedding nnti.
cuti aku dah takdak. Congrats!

To Shida Puch & hubby
Congrats! sungguh cantik kamu di hari bahagia.
aku di kedah semasa itu. maaf ye..

To Amal & Yoz (tatau camne eja) - soon to be married
hope not too late. congrats di atas ketunangan korg.
nnti aku akan cuba usahakan sampai di hari bahagia kamu ye rumet.

To Iza & Tazry - soon to be engaged
Congratulation my housemate!
Akan aku try arrange how to make it to Malacca that day.

To EG & Faten - soon to be married
Yeaayy..aku masih ingat masa aku tanya faten syg eg tak..
lalu dia blushing..dan marah aku..
hahaha..congrats..
aku doakan suma berjalan lancar nnti..

To Ajon, Faten & Azrul
Congratulations for your convocation!
You have a degree scroll now. haha..
dh bleh letak dlm frame.

To Jamal & Arip - soon to be married (jamal for jamaliah..haha)
Arip..bawaklah aku ke sepmporna!
Jamal..jgn lupa bunga tu bagi kt aku..hahaha..
tapi ko jgn gtau mak andam ko tau.
Congrats beb!

To my beloved Qistin!!! and Asraf senget..
Congrats for the engagement.
You inspired me so much kid!

To Nakisha & Zack
Welcome to Qistin's club.
Congrats!

ramai lg ni yg dah kawin & akan kawin..
tak larat nk list..
aku doakan suma bahagia smpai akhir hayat.

oo..new born baby.. congarst to nis!! congrats to hajare!!

untill 2.00 am..yg ni je aku mampu ingat.
the rest..nnti aku cr ilham dlm mimpi.
*grin*

tough

"when the going gets tough, the tough gets going."
tajuk choral speaking 1998.
hehe..takdak kaitan pon ngn entri.
but still..it was a great year.

apa tujuan hidup ni ?
aku yg bengong2 ni..rasanya dh jumpa tujuan hidup aku.
nice hah? i'm proud of myself.
tp xmau la aku announce kt sini..
(memandangkan dgn perasan yg tingginya,
aku rasa blog aku ni ada gak pembacanya..kui kui kui..)
eleehh..nurin nurin (refer kpd ramai) aku tau korang baca..haha

after 20 years..oops 25..ye aku baru yakin tujuan hidup aku.
korangnya dh tau ke? heh.
think deep..and deeper.
guidance dh beribu tahun wujud.
tp aku yg sengal ni..baru nk nk mengaplikasikan.

bukan senang.
tp aku tekad (ke nekad? apa word yg betul ek?) nk go for it.

bila dh ada tujuan hidup ni.. (patutnya word tu 'apabila' kan?)
there's a lot of things are change, most of them, how we think.
in our way to archive our purpose of life, there's a package of bitter and sweet..
(or maybe sugar and spice and everything nice! hehe..)
patience is most needed.

this entry just to remind me & myself that
I have the purpose of life!! =D