Friday, October 31, 2008

Tatabahasa & Geografi ku Hancur

nnti dah besar nk jadi ape?
tp aku tak besar2. camne?
aku kecik. tp aku bercita-cita besar. hekhek..
kalo kerja, nk jadi cikgu. currently la..kalo sok lusa aku ubah xtau la.
hehehe..
(cita-cita lain..lenkali aku cite)

tp masalah aku skang.. aku sgt bermasalah..haha.
masalah tatabahasa dan geografi yg sgt kritikal.

situasi 1
dlm perjalanan ke PD ngn shasha.
shasha: dulu slalu gak nmpk lori bwk binatang tu kt hiway ni. la ni dh xnmpk pn.
aku: ya la kan..kwsn sini byk ladang babi.
shasha: kandang babi la..bukan ladang. ladang tu utk tanaman.
aku: ladang babi mcm masuk ja..n sedap ja bunyinya (blur)

ladang babi ke kandang babi?
salah ke weh?

situasi 2
tgh lepak2 ngn pian, dora, baldi, yeol, maz n amal.
(*iklan: ms ni nmpk mamat ensem kt meja lain..hihihi)
pastu cerita psl nk raya. timbul persoalan kain samping ke kain sampin?
aku jwb: sampin. pastu kena bahan org kedah selalu ilangkan G.
salah eh?

situasi 3
fatin buat announcement suh buat piket.
aku blank gila. ape mende pikett ni? makanan ke?
bob atau bhupinder singh jwb piket tu mcm buat tunjuk perasaan secara aman la.
aku : hehehe..malu2..

situasi 4
(bercerita ttg halloween)
nurin: aku nk kuar
aku: ok, treat or treat?
aku: eh? betul ke?
nurin: trick or treat laa..
aku: hahahaha..salah lagi.

situasi 5
aku: bla..bla..bla..(aku tak ingat cite pasal ape).. aku pn tamau la mengkeruhkan keadaan.
maz: mengkeruh?? mengeruhkan la.
aku: hahahaha..sengal aku ni.

geografi. hehe.
dayah baru ajar napoh kt changlun.
pastu aku baru hafal kota tinggi kat johor, padang kota kt penang.
jgn tanya aku nama jalan kt kedah, not even alor star.
aku mmg tatau.
aku x tipu weh.

ada satu time ni, ceta2 psl tmpt kt padang indonesia.
mama fauziah ceta psl tmpt2 kt indon. bandung la..bali la..
pastu aku dh setat angguk2 konpius..
nah! amik ko..mama fauziah bg atlas dunia kt aku.
hakhakhak..

tatabahasa aku kena belajar kt kogi la..
kogi..tolong2..tolong2..
geografi..dayah dh kata nk ajar aku..
tapi aku tanya batang kali kt mana pon dia xtau. ces..

Wednesday, October 29, 2008

kata-kata

ingatan utk diri aku..
(kalo ada yg gunapakai, silakan)

kalo kita tak suka org buat kt kita, jgn la kita buat kt org..
cthnya: marah

kalo kita nak org buat kt kita, buat la dulu kt org..
cthnya: senyum

*senyum*

i`m not that good

aku x baik.

aku tak suka org kata aku baik.
sbb mmg aku tak baik.

kalo org kata aku baik, aku rs mcm org tu tipu.
ataupun aku yg menipu dunia..
sbb tu dia nmpak aku mcm baik.
padahal aku tak baik.

(tp jgn la kata aku jahat..isk isk..
aku cuba perbetul diri la ni.)

aku selalu rasa bersalah..
kat Allah
kat mama abah
kat keluarga
kat kawan-kawan
kat semua org

sorry is not the hardest word..for me,i guess.
bukan harganya murah. aku betul mksdkannya.
tapi..
kdg2 org tanya kenapa pohon.. tu yg susah.

aku tak suka tgk org sakit dan sedih..
sakit jantung, sakit kaki, sakit tgn tu mmg la..
tp bukan yg tu mksd aku.
sakit.. dlm hati.
aku tau sakit. percayalah aku mmg tau.

tny. aku cuba jwb..aku cuba tahan kamu dr terus jatuh..
aku cuba tarik kamu utk bangkit semula..
dan aku akan doakan kekuatan kamu.

doakanlah aku jua.. =)

Saturday, October 25, 2008

bakat

aku dh pk punya pk punya pk..
ape bakat yg aku ade.

melukis? mewarna?

haih..biar betul.
dulu ms skolah, aku pujuk mak aku tlg buatkan homework pendidikan seni aku.heh!
dpt A. aku bangga.
ms kwn2 menghias kelas, mewarna apa menda tah, aku ditegah dgn jayanya.
'nasrah, hg takyah la buat ni'
sbb aku mmg x reti pn nk buat. cis!

menyanyi?

boleh la aku nyanyi. tp sedap tu mmg tak aa.
kalo dlm family tu, aku kire black sheep of the family la.
pakcik2, makcik2 aku, adik bradik aku, sepupu sepapat aku, suma memiliki suara yg lunak merdu. mcm p.ramlee ada, saloma ada, siti nurhaliza pn ada. mmg hebat lah.
aku? errr... diorg ckp mcm chipmunk nyanyi. siot tul..tp betul ke?
(tapi aku rasa aku nyanyi sedap drp nurin pe..ok aa tu..hehe)

model?

hmm...kalo tgkkan gamba2 aku. kalo ade 89 keping tu ada la kot 9 yg aku rasa mcm cantik sikit.
ok la tu kan? drp xde langsung. aku pn tatau salah sapa.
samada mmg aku xreti bergmba..atau org tu yg tak reti amik gmba.
aku pilih jwpn no.2.. menyedapkan hati sndiri. pedulik!
p/s: dulu2 aku penah kena tanya kt tgh jalan, midvalley to be exact, nak jadi model tak..
siap diorg pujuk2 aku. dgn keringnya aku reject. terkujat sbanrnye. gile pe. nk mainkan aku ke ape. ade ke muka aku nk jd model iklan syampoo rambut bertudung. haih..sungguh xlogik.

memasak?

jeng..jeng..jeng..ni mmg aku bg question mark cepucemas utk diri sndiri.
kdg2 sedap. kdg2 tak sedap lgsg. yg pasti, aku telan je apa aku masak.
kdg2 housemate aku sndiri tatau pn aku masak.
aku tutup semua bukti. hahaha..sbb bila aku yakin, diorg tak lalu mkn.
kang aku gk kecik hati. aku menjaga hati sndiri..macam lagu yonie n sapa tah tu.
hahaha..baik pny cover.

menjahit?

haa..yg ni aku blom figure out. tp ms dolu2 dlm kelas jahitan..cikgu rohana puji jahitan aku.
kembang idung..kembang idung..
tp bila bwk blk, mak aku, yg merupakan cikgu KHB berkata, la camni ja buat? x kreatif langsung. aiseeyy..moral down betul la mak aku ni.
ke cikgu rohana tipu aku aa? aku belom siasat ni.

berlakon?

wah! ni mmg jauh panggang drp punggung.
xde makna nye aku reti berlakon.

menari?

last time aku nari masa aku darjah 4. aku lead woooo.. drp dok tgh cikgu halau dok tepi.
cis. tingkatan 3 cikgu nasihatkan aku takyah pegi lgsg training menari.
mungkin kayu kayan lebih lembut drp aku. hekhek..
ye aku mmg kecik, tp aku x mampu melunjurkan kaki dgn straight.
kutuk la..kutuk la..

amik gambar?

bleh tak aku nk perasan aku pandai amik gmba?
pls pls..ni je chance yg aku ade.
hee..hee..hee..

Friday, October 24, 2008

Crazee Sale of Jusco

aku jakun. cultural shock mungkin.
aku jarang pegi shopping. ye, aku cacat sbg pompuan.
mmg best shopping. tp pk budget dan kesesakan manusia.
aku back off dr suma tu.

jcard day.
tetiap tahun aku berazam utk pegi.sbb murah!
sblm ni 2 kali aku penah mencuba cubaan utk mengharungi manusia demi brg murah.
aku tewas dlm ms kurang 5 minit.
aku masuk. panik. keluar blk.
1st time, midvalley a few years back.
2nd time, OU last year.

thn ni..azam lg.
janji ngn juani..yg mmg queen of shopping.
she's also good mempersetankan org utk membeli.
yes, aku berjaya dipersetankan thn ni.

seawal pg bgn. tp tak seawal arfah n iza. 730pg dh pegi.
aku? kol 830 br grk.
perjalanan sepatutnya 5min dh jadi setgh jam.
jammed! aku mula panik. tp stuck..stuck sbb mmg takleh gerak n stuck ngn janji kepada teman. dem!

berjaya redah masuk.
again..panik! aku tiba2 tatau napa aku berada di dlm jusco dgn bilangan manusia yg terlalu ramai tu. panik..panik..
nk tgk brg pn rasa x lalu.
paksa diri sementara tunggu juani.

try try..tgk harga.
*stunning*
waahhhhh..murahnyeeee..
dan tanpa rasa panik dan segan silu..
aku try try try..amik amik amik.. try lagi..amik lg..
lalalala..

try lagi.
amik lagi.
try lagi.
amik lagi.
try lagi.
amik lagi.
try lagi.
amik lagi.

byr? plastic la.
puas hati. pegi mkn.
pegi keja.
*senyum*

pikir blk.
maafkan diri kerana shopping!
=)

p/s: happy bday loco!

Thursday, October 16, 2008

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.



Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.



Artikel ni dicopy drp Website Darussyifa

Aku sgt rindukan Kaabah, Makkah & Madinah.. takdak tmpt yg lebih membahagiakan. Aku nak p sana lagi sangat..sangat.. Semoga Allah akan menjemput aku menjadi tetamuNya lagi soon! Ada sesapa nk sponsor? pls pls pls.. hihihi =D aku buat muka penuh senyuman manis dan bermakna ni.

Wednesday, October 1, 2008

Maxis 3G Broadband, work, raya, operamini

Aku sungguh kejakunan dgn kecanggihan teknologi telekomunikasi skang..waaahh.. disbbkn desperately perlukan cuti raya..aku janji kt bos nk buat online dr umah, sbb xde bckup. sdgkan umah aku ni..tepon umah pn xdak! mana plak la kan aku nk cr connection ni. dh la raya..xkan nk p menempek kt kdai ada wifi..atau pn umah sesapa.

jd..jeng..jeng..jeng..

idea bernasrah aku pn muncul dgn hebat. biasa aa time trdesak mmg kreatif..aku pn menregister dgn kadar segera n pantas BROADBAND MAXIS. pkai pakej unlimited. henponku yg canggih manggih ni dijadikan modem..fuiyoo..xsia2 ada hp cnggih.ni rupanya gunanya..

dan dgn bestnya..aku boleh pulang ke desa brhari raya..yeehaaa..maka teruslah kluar lagu..

Berlalu lah sudah ramadhan, sebulan brpuasa..tiba syawal kita rayakan..dgn rasa gumbiraa..lalala...

namun spt yg dijanjikn..aku trpaksa lah bkerja di umah.sib baik xdak keja sgt..
aku dh dload operamini..memula prob.setelah mmbuat pggilan cinta ke maxis 123..problem brjaya disetelkn. :-) ni aku post pkai operamini..

Salam Aidilfitri utk suma..salah suma org aku maafkan. n aku nk minta maaf byk2 kpd sesapa yg aku buat salah sngaja atau tak.. Enjoy ur RAYA!