Saturday, May 10, 2008

Here Goes My Umrah Journey

Ingin sekali ku catatkan agar setiap mata yg membaca akan mengajak akal dan hati bersama ke sana. Tapi aku bukan penulis yg hebat. Dan catatan ku hanya untuk diri sendiri, dan mungkin untuk insan yg 'tersesat' ke blog ini. Pengalaman hidupku menempuh dunia ini banyak menduga keimanan ku. Aku mencari ketenangan yang hakiki dalam meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, niat untuk sampai Tanah Suci termakbul, dengan fully sponsored daripada abah. (Terima kasih Abah!).

9hb Mac mencatatkan sejarah penting dalam hidup ku, menjadi tetamu Allah & Rasul di Madinah Al-Munawarah & Makkah Al-Mukaramah. Hanya Allah yg Maha Mengetahui perasaan ku semasa berada di Masjib Nabawi.. sgt indah. Aku seperti mimpi, tak dapat aku menahan air mataku yg sudah bergenang. Aku sangat tak sangka aku benar-benar berada di sana. Dan hari tu juga aku dapat masuk ke Raudhah, berhampiran Makam Rasulullah & sahabat. Syahdu & sayu yang aku sendiri tak tahu dari mana, hinggap ke hati ku. Aku berada dekat dgn Kekasih Allah, Rasul yang terlalu banyak berkorban & menderita untuk umatnya. Aku bersyukur Ya Allah aku dilahirkan sebagai Islam. Semoga aku diberi petunjuk & hidayah utk terus beriman kepada Mu.

Hari berikutnya, jemaah kami dibawa ke Al'Ula Madain Saleh, tempat tinggalan sejarah Kaum Tsamud. Teknologi architecture mungkin bermula di situ, aku agak la. Bukit batu yang keras boleh ditebuk dan diukir, rumah-rumah didirikan dengan pokok tamar dan tanah liat, kekal hingga hari ini. Kami dibawa melawat ke Muzium, Stesen keretapi lama. Yang aku pelik, kenapa sekarang dah tak ada keretapi di sana? LRT ke? Bukankah boleh mengurangkan kesesakan musim haji?Selepas bermalam di sana semalam, kami kembali ke Madinah dan membuat lawatan dalam Madinah. Memang jemaah kami banyak dibawa ziarah, sebab kami pemegang visa pelancong, bukan visa umrah. Jadi kerajaan Arab Saudi dah sediakan bas dan schedule utk kami pergi ziarah. Jadual kami agak padat. (Bersyukurlah dengan keindahan negara kita.)

Kami bertolak ke Makkah pada hari ke-5, berniat umrah wajib & berihram di Masjid Bir Ali. Jujurnya tiba di Makkah, aku seperti blur..jakun pun ada jugak. Mungkin ilmu umrah tak cukup, harapkan baca buku & bertanya pada org yang pernah mengerjakannya saja. Aku hanya ikut saja mutawif yang membawa kami untuk umrah. Dengan nak baca doa tawaf keliling 7 kali, dengan nak terkedu terkedan nampak Kaabah depan mata, dengan nak tengok MasjidilHaram, dengan nak ikut Mutawif lagi, dengan nak jaga bahu sentiasa iring kaabah..Selesai tawaf, solat sunat tawaf. Sujud pertama ku dalam solat betul-betul di hadapan Kaabah sangat menusuk jiwa. Aku terasa aku sangat kerdil, hina & keji sebagai hambaNya. Ya ALLAH ampuni segala dosa ku Ya Tuhan. Tak layak rasanya aku berada di situ dengan segunung selangit dosa yang ku bawa. Dengan rahmat & rahimNya, aku masih diterima sebagai tetamuNya. Aku menangis dgn penyesalan & keinsafan. Aku bersyukur atas segala yg diberikanNya. Perasaan yang tak mampu ku gambarkan dengan kata-kata & apa jua bentuk tulisan. Tempat saie sedang diubahsuai, kami tak nampak kaabah dari situ sbb dah ditutup. Selesai tahalul, selesailah umrah ku yang pertama.

Alhamdulillah, aku berjaya menunaikan umrah lima kali sepanjang lebih kurang seminggu di sana, beberapa kali aku dapat mengucup Hajarul Aswad & bersolat sunat di Hijir Ismail. Bersolat di dalam MasjidilHaram dengan mengadap Kaabah di depan mata, mengundang satu perasaan yang sangat berbeza, sangat hebat! Tak ternilai perasaan itu. Ketenangan yang sebenarnya. Sungguh beruntung penduduk Makkah kalau mereka menggunakan peluang tu sepenuhnya. Pada satu malam, jemaah kami (optional) kebanyakannya yang muda-muda, dibawa mendaki Jabal Nur, di mana terletaknya Gua Hira'.Gua Hira' tempat Nabi Muhammad menerima wahyu pertamanya, tempat Nabi ber'uzlah. MasyaAllah, payahnya nak mendaki Jabal Nur tu, sejam untuk sampai ke puncak, tempat Gua Hira' tu. Tah berapa kali kami berhenti sebelum sampai di atas. Itu pun separuh perjalanan sudah ada tangga buatan manusia untuk memudahkan pendakian. Macam mana lah Siti Khadijah mendaki sehari-hari untuk membawa bekalan makanan kepada Rasul. Umur Baginda & isteri dah lebih 50 tahun. Ya Allah Hebatnya perjuanganmu Ya Rasul! Penat bukan main untuk mendaki Jabal Nur tu.

Masa di Makkah, byk juga tempat yg dibawa melawat. Muzium Makkah, Ta'if, Tan'im, Hubaidiyah, Padang Arafah, Jabarrahman, tapak umah Nabi Muhammad SAW, etc etc etc. Mmg enviroment kat sana lain drp tempat kita. Perempuan tak boleh drive. Tapi boleh dikatakan pegi lah kat mana2 pun, semua org boleh cakap Melayu/Indonesia. Tak ada masalah nak beli2 atau tawar2 barang. Aku considered the best place ever. Ketenangan yang tak dapat dicari di mana pun.

Patutlah org selalu cakap, orang yang pernah pegi Makkah mesti rasa nak pegi lagi. Memang betullah! Aku rasa mcm tanak balik ja. Kerinduan untuk ke sana lagi menebal hari ke hari. Ya Allah semoga dimurahkan rezeki, dibukakan hati untuk aku dapat sampai lagi ke sana. Mudah-mudahan semua keluarga, saudara mara & sahabat-sahabatku mendapat peluang juga untuk menjadi tetamu Mu dan diberi petunjuk & hidayah. Amin..

4 comments:

wa8 said...

jom kita kumpul duit..kita g ramai2dgn geng 5th.

syigha said...

nasrah next post should be about ur admirer wink wink

nasrah said...

hahaha..sadap la.

jamal said...

huhu.. akupun tringin gi umrah atau haji masa muda, tenaga byk, insaf awal... (kalu insaf la.. ;p) jeles ngan kamu!